Senarai Susu Yang Selamat Untuk Anak!!

Tuesday, July 10, 2018

Senarai Susu Yang Selamat Dan Berkhasiat Untuk Anak!! | Harap jangan salah anggap dengan perkataan ‘Susu yang selamat dan berkhasiat’ itu yer sebab sememangnya kita tahu susu yang terbaik hanya lah susu ibu kan. Tapi kena ingat, tak semua ibu-ibu diberi kelebihan dan keistimewaan dalam memiliki susu badan yang banyak walau mereka dah berusaha bersungguh-sungguh. Rezeki kita tak sama sebab ianya datang dari DIA. 'Kun faya kun'… Apabila Allah SWT berkehendak dan menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka terjadilah ia. Nak tak nak terpaksa juga bagi susu formula kan.


Senarai Susu Yang Selamat Untuk Anak!!


Dalam pemilihan susu formula, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebab tak semua susu formula sesuai dengan bayi dan kanak-kanak. Teringat masa anak pertama dulu. Iman Hakimi memang tak boleh minum susu lembu sebab akan naik bintik-bintik merah pada muka dan badan. Jadinya… Doctor suruh bagi susu yang berasaskan soya. Breastfeed still on. Tapi time tu tak berapa nak ada ilmu lagi pasal breastfeeding. Nak tak nak terpaksa juga campur susu. Even campur susu, dekat 3 tahun juga lah dapat rasa susu ibu. Susah juga nak weaning off dari susu badan dulu… huhuhu…

Sambung balik. Memang ada bermacam-macam jenama susu dipasaran. Dari jenama murah sampai lah jenama mahal. Sampai kadang-kadang tak tahu nak pilih jenama susu apa. Masa umur Harraz nak masuk 2 tahun haritu, ada juga survey beberapa jenis susu. Tengok harga susu pon naik seram jugak. Boleh tahan mahal harganya. Lagi berjenama lagi mahal harganya. Tapi ikut kemampuan sendiri juga lah. Tak semestinya yang murah tu tak berkhasiat kan. Kebetulan ada terjumpa perkongsian berkenaan dengan Susu Yang Selamat Dan Berkhasiat. Ini perkongsian dari Pn. Sumaiyah Abdullah dan senarai susu yang disarankan:


Lazat, berkrim, dan berkhasiat, susu tepung ini diperbuat 100% daripada susu dari New Zealand. Tinggi dalam protein, kalsium, magnesium, vitamin A, B2 dan B12, anda dan orang tersayang dapat menikmati kebaikan susu Fernleaf yang dikenali dan digemari oleh ramai Maklumat tentang produk susu Fernleaf boleh didapati dalam talian (http://www.greatness.my/en/products). Produk-produk Fernleaf juga boleh didapati di kesemua pasar raya, pasar hiper dan peruncit di seluruh negara.

Didatangkan dengan 4 saiz pek. Iaitu 300g, 550g, 900g dan 1.8kg. Sesuai untuk umur setahun ke atas. Make sure beli yang Full cream sahaja tau. Yang lain ada gula tambahan walaupun brand Fernleaf jugak.


Susu Puremil (susu lembu) tanpa gula tambahan seperti Sukrosa (sumber gula tebu, ataupun gula putih). SUKROSA adalah antara penyumbang terbesar kepada masalah diabetes(kencing manis), gout, obesiti dan darah tinggi. Bagi kanak-kanak pula, gigi mereka akan cepat rosak kerana gula berinteraksi dengan bakteria di dalam mulut lalu menghasilkan asid yang akan menyebabkan gigi rosak.

Susu Puremil adalah susu tepung berwarna kuning berasal dari New Zealand, negara pengeluar susu lembu terbaik dunia. Rasanya sangat sedap seperti susu segar dan selamat diminum kerana tiada campuran gula, krimer tanpa tenusu, maltodextrin, pemekat dan juga “anti caking agent”.Siapa yang sesuai minum Susu Puremil ? Susu Puremil adalah untuk bayi atau kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas hingga orang dewasa. Susu Puremil sangat baik untuk ibu hamil dan ibu menyusu untuk mendapatkan keperluan kalsium yang tinggi.


Salic Goat adalah jenama susu kambing keluaran syarikat bumiputera muslim Malaysia. Diimport dari Negara Belanda yang terkenal dengan ladang ternak bebas pencemaran dan alami, menyebabkan kesegaran dan keaslian susu kambingnya terjamin. Salic Goat adalah susu serbuk siap dibancuh yang TIDAK DICAMPUR dengan sebarang kandungan gula tiruan, perisa sintetik, penstabil, kondenser atau filler (whey protein / maltodekstrin). Dijamin 100% Susu Kambing Asli Organik yang penuh khasiat dan sedap rasanya. Amat sesuai untuk diminum setiap hari oleh Bayi Seawal Usia 6 Bulan hinggalah Orang Dewasa.


PURENAT ini adalah susu kambing tanpa campuran gula dan trans fat atau lemak tidak baik untuk kesihatan juga tanpa campuran creamer yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit serta tidak bagus untuk kesihatan. Susu KAMBING ini sesuai untuk kanak-kanak berumur setahun dan ke atas serta golongan dewasa.


Pure Goat diformulasi dengan tanpa bahan-bahan tambahan. Susu Pure Goat sangat baik untuk membantu Sistem Penghadaman Si Manja. Pure Goat diimport dari Belanda dan diformulasikan di Malaysia berdasarkan keperluan Si Manja. Susu kambing 100% asli tanpa sebarang pengawet, pewarna atau perisa tiruan. 


Serbuk Susu Kambing Pure Asli, dijamin 100% Tulen tanpa sebarang campuran lain, tiada gula, maltodekstrin, pengawet, penstabil, non dairy creamer dan lain-lain. Susu diambil dari kambing baka Saanen yang diternak di Holland tanpa injeksi hormon, antibiotik dan tidak diberi makanan GMO. Sesuai untuk 6 bulan ke atas.


Untuk Fresh Milk, korang kena make sure dekat kotak atau botol tu fulis FRESH MILK. Bukan yang berperisa atau yang low fat milk yer. Itu bukan fresh milk tau. Ni antara susu Fresh Milk dari jenama Goodday, Magnolia, Dutch Lady dan juga Farm Fresh. Korang boleh check kandungan dekat kotak susu tu. Tapi dekat packaging tu biasanya memang ada tulis Fresh Milk @ Susu Segar. Dulu main beli jer susu sebab ingat semua susu kotak tu fresh milk.. ppffttt.. Sekarang dah tahu nak beza kan yang mana susu fresh milk ☺

Siapa yang tak kenal dengan jenama Farm Fresh ni kan. Memang semua susu-susu jenama Farm Fresh memang sedap. Tiada bahan pengawet, pewarna atau mana-mana bahan-bahan asing lain ditambah ke dalam produk dari saat susu lembu diperah sehinggalah produk tenusu tersedia di pasar raya tempatan, kesemuanya hanya dalam tempoh 48 jam. Kalau nak bagi anak minum, jangan bagi yang berperisa. Tak kira lah perisa coklat atau latte sebab semua ada gula.

Kalau ada ibu-ibu yang masih mencari susu formula untuk anak. Atau ada ibu-ibu yang dalam preparation untuk bercerai susu ibu lepas 2 tahun boleh lah try susu-susu dalam senarai ni. Macam Iman Harraz sekarang ni aku bagi dia susu Fernleaf Full Cream Milk. Tapi dekat nursery saja lah dia minum. Dekat rumah memang fully breastfeed. Dah bagi FM tapi dia tak nak langsung. Dah 2 tahun 4 bulan tapi tak tau bila nak wean off tu. Macam tak ada tanda-tanda nak berhenti pon.

Sebelum beli susu tu, kena check kandungan GL (Glycemic Load) dalam susu sebab ada kajian yang dijalankan berkata kandungan gula dalam GUMP (Growing Up Milk Powder) ni terlalu tinggi. GL (Glycemic Load) ni adalah ukuran perubahan pada paras gula di dalam aliran darah kanak-kanak selepas minum segelas susu. Kalau kandungan GL tinggi  dalam susu formula maknanya ada banyak gula tambahan dalam susu formula dan kalau kandungan GL yang rendah bermaksud tiada atau rendah kandungan gula tambahan. Sumber [SINI].

Tapi kalau nak di ikutkan, selepas umur 2 tahun dah tak perlu bagi anak minum formula milk pon. Sebab bila anak banyak dangat minum susu formula milk, selera makan tu akan jadi kurang sebab dah kenyang dengan susu formula. Cukup bagi anak makan makanan seimbang seperti nasi, protein, sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt cheese dan susu pula boleh bagi fresh milk 2 gelas sehari sebagai alternatif. 


You Might Also Like

0 komen


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page