Resipi Mudah Brownies Cookies Kedut Sukatan Cawan

Monday, August 20, 2018

Resipi Mudah Brownies Cookies Kedut Sukatan Cawan | Kalau sebelum ni teringin nak buat Brownies Kedut, mission accomplished sudah lepas 5 kali percubaan. Tapi kali ni teringin pulak nak buat Brownies Cookies Kedut. Apa lah istimewa dengan kedutan si brownies ni yer. Kalau tak kedut tak boleh ker… hehehe… Maka misi mencari resipi pon bermula. Macam biasa, kita kena cari resipi yang simple lagi senang nak buat supaya tak pening kepala. Kalau resipi yang complicated ni memang leceh nak buat kan.


Cari punya cari akhirnya jumpa juga resipi Resipi Mudah Brownies Cookies Kedut Sukatan Cawan. Kebetulan bahan-bahan dah ada. Tapi itu lah, tak perasan dark chocolate dah tinggal sikit sangat sebab brownies cookies ni kena pakai dark chocolate. Tapi tak apa. Kita yang buat dia kan. Pakai saja lah dark chocolate campur dengan milk chocolate. Dengan harapan semoga menjadi lah Brownies Cookies Kedut kita ni kan sebab pertama kali nak buat ni. Ini bahan-bahan simple nya. Kita letak sekali sukatan dalam cawan:  

Resipi Mudah Brownies Cookies Kedut Sukatan Cawan 


Bahan-Bahan


120gm @ 1 cawan Dark Chocolate Beryl coins
1 Biji Telur Gred A atau B
80 gm @ ¾ cawan Gula Acing 
50 gm @ ½ cawan Tepung Gandum
40 gm @ 3 sudu Mentega / Butter (Kita pakai Buttercup jer)
1 sk Esen Vanilla
Kekacang atau chocolate chip (optional)

Sebelum di bakar. Gambar blur pulak

Cara-Cara


  1. Dalam mangkuk tahan panas, double boil  Dark Chocolate dengan Butter sampai cair dan ketepikan.
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan gula aicing dalam mangkuk lain. Pukul dengan whisk sehingga gula larut. Kalau malas nak pakai whisk, boleh saja pakai hand blender.
  3. Tuangkan chocolate yang dah dicairkan tadi kedalam mangkuk yang berisi telur dan kacau rata
  4. Tambah tepung gandum. Boleh juga tambah kekacang dan chocolate chip. 
  5. Biarkan sekejap adunan dalam 5-10 minit
  6. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180’c
  7. Masukkan adunan dalam piping bag, dan paipkan adunan ke dalam silicon mat. Kalau tak ada piping bag, pakai sudu pon boleh. Silicon mat kalau tak ada boleh sudukan atas parchment paper.
  8. Bakar selama 10-12 minit dengan suhu 180’c. Tapi bergantung pada oven juga yer. Api atas bawah.
  9. Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk. Biskut akan lembik ketika panas, tetapi akan mengeras apabila disejukkan.
Silicon mat. Ni sebenar nya untuk buat macaroon. Tapi tengok orang buat buat brownies cookies pakai ni jugak ☺ (sumber: Google)

Kalau tak ada silicon mat boleh pakai secara manual macam ni ☺ (sumber: Google)

Sedikit Tips

  • Adunan telur, gula dan esen vanila harus dipukul sehingga kembang supaya biskut akan lembut di tengah dan menghasilkan lapisan kedut, kilat dan merekah dengan cantik apabila dibakar.
  • Doh pula mesti direhatkan di dalam peti ais supaya adunan rehat dan senang dibentuk, juga dapat mengawal cookies dari merebak dengan banyak ke bahagian tepi dan terlalu leper.
  • Kalau nak cookies jenis chewy, bakar selama 12 minit
  • Untuk cookis yang crunchy, bakar selama 15 minit
  • Kalau nak tahu cookies tu dah masak, atas dia akan pecah berkedut-kedut dan berkilat.
  • Semua nya bergantung pada tahap kepanasan oven. Kena pandai adjust timer and kena try and error
Sumber: SINI

Alhamdulillah… Untuk percubaan pertama ni menjadi jugak Brownies Cookies Kedut kita ni walaupon pakai dark chocolate campur milk chocolate. Tak rehatkan dapam freezeer pon. Tapi masa pembakaran pertama tu, brownies cookies ni ter hangus sikit sebab terlebih suhu dan terlebih bakar. Tu kita kata, kepanasan ikut oven masing-masing. Kena try and error panas oven dan masa bakar. Kena agak-agak sendiri lah yerp. 

Walaupon kehangusan, tapi rasa nya tetap sedap. Bakar kali kedua dah tak hangus lagi sebab dah tau timer dan masa pembakaran. Memang rasa dia sedap sangat. Lembut dan chewy walaupon rupa nya ada yang berkedut dan mengerutu. Lepas ni boleh buat lagi dengan double kan adunan. Dapat banyak sikit. Kita upgrade skill & pakai piping bag bagi dia membulat dengan cantik. Kalau korang nak try, boleh ikut resipi atas tu. Kalau nak buat banyak, boleh double kan adunan. 

Note: Selamat mencuba ☺




You Might Also Like

4 komen

  1. mudah je bahan-bahan dia eh...cuma agak mahal kalau nak beli coklat..hihihi..tapi nak makan sedap kena la hulur duit beli..hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya fiza, tengok pun terlur, bokehla cuba nanti

    ReplyDelete
  3. sha beli je sbb kat rumah takda oven huhu

    ReplyDelete
  4. mmg senang bg yang xde penimbang..Liez nakjugak buat tapi tak terbuat-buat lagi..

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page