Happy Birthday To You | Qahirah Turns 8!!!

Tuesday, September 25, 2018

Happy Birthday To You | Qahirah Turns 8!!! | Hari ini bersamaan dengan 25 September 2018. Maka bertambahlah lagi usia satu-satunya anak perempuan yang saya ada... Alhamdulillah... Anak dara ibu ni dah 8 tahun usianya. Kalau ikut masa lahir, time-time macam ni belum keluar lagi. Pukul 9.56 malam karang baru boleh wish sebab time tu baru Qahirah lahir.. hehehe... Antara empat beradik nih, qahirah lah yang paling ringan sebab berat masa lahir 2.8 kg jer. Yang lain semua 3 kilo ke atas. 


Happy Birthday To You | Qahirah Turns 8!!!


Kita throwback gambar lama saja lah. Gambar-gambar masa dalam perut, pregnancy test dan juga tag hospital tu masih ada lagi dalam simpanan. Rasa sayang nak buat sebab ada sentimental value gittew kan. Jenis sayang barang memang macam ni. Lepas tu semua barang nak simpan. Agak lama juga penantian untuk nak dapatkan anak kedua dulu ni. Hampir 3 tahun juga lah. Lain betul muka masa baby dan muka bila dah besar ni.

Untuk the one and only princess Ibu dan juga princess kesayangan Abah... Happy Birthday to you kakak Qahirah. Walaupon kita selalu bercakaran... Errkkk... Hehehe... Alaaaa... bercakaran ibu dan anak. Bisalah kan. Nanti malam cari ibu jugak suruh tidur sebelah. Tapi ibu tetap sayang kakak hingga hujung nyawa. Smoga kakak membesar sebagai anak yang solelah, anak yang mendengar kata ibu dan abah dan menjadi anak yang lemah lembut tingkah lakunya. 


Ibu nak ucapkan Terima Kasih banyak-banyak dekat kakak sebab rajin tolong ibu buat kerja rumah. Memang anak yang ringan tulang. Tapi yang tak tahannya kuat membebel... haha... Sampai ibu kadang-kadang jadi risau bila kakak tak boleh tengok rumah bersepah sikit. Takut jadi OCD je. Barang-barang dalam rumah pon kakak yang susun atur. Iyer... kalau dekat rumah anak dara ni lah interior designer. Meja makan dan meja komputer... Dia lah yang alihkan. Kalau dah bosan dengan susun atur tu, di ubahnya lagi. Kalau freezer tu ringan mau selalu dialihnya juga 😄

Ingatkan nak buat kek sendiri hasil air tangan ibu dia ni kan. Tapi awak-awal lagi anak dara ni dah pesan dia tak nak kek ibu buat. Dia nak kek beli... ppffttt... Amboi sangat tau. As per requested.. Ibu dah pon order kek. Weekend ni kita celebrate birthday kakak yer. Abah and Ibu LOVE 💖 you so much kakak Qahirah 👧



You Might Also Like

4 komen

  1. Sanah helwah Qahirah...kekalkan kerajinan itu sampai bila-bila ya...moga sentiasa diberi ketajaman fikiran..keteguhan iman dan kerendahan hati...aamin.

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Qahirah.. moga jadi anak solehah :)

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page