Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code

Sunday, September 02, 2018



Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code | Bila scroll gambar-gambar lama dekat dalam PC ni kan, sekali nampak pulak gambar masa pergi Universal Studios, Singapore. Masa pergi tu tahun 2013. Dah lima tahun berlalu rupa nya.  Dah alang-alang bercerita pasal trip Singapore ni, kita throwback balik lah macam mana boleh sampai ke USS sana kan. Sebab cerita pasal trip Universal Studios, Singapore ni pon saya tak story mory dalam blog lagi… huhu… 


Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code


Actually trip ni adalah hadiah dari tempat kerja saya sekarang ni sempena ulangtahun Syarikat. Memang excited lah bila dapat tahu yang company buat trip pergi Universal Studio, Singapore. Tapi masalah  nya… Passport tak ada. Maklumlah… Orang tak pernah travel over the sea kan. Maka buat lah passport. Dugaan buat passport jangan cakap lah. Pergi Putrajaya, system offline. Pergi pula cawangan Jalan Reko. Seharian dekat Jabatan Imigresen Jalan Reko sebab orang yang ramai. Dari luar dah beratur panjang. Dugaan betul.

Untuk company trip ni pula, tak boleh bawa family. Dah lah masa tu Iman Qhalif baru masuk setahun dua bulan rasanya dan menyusu badan lagi. Kalau tak pergi trip ni rugi pulak sebab bukan selalu dapat peluang macam ni kan. Alhamdulillah stok susu masih ada. Husband lah yang take over jaga anak-anak. Sedih juga lah walaupon hanya pergi untuk dua hari satu malam saja sebab tak pernah berjauhan lagi dengan anak-anak. 


Hari yang ditunggu pon tiba. Seawal 6 pagi kami dah kena turun untuk breakfast sebab pukul 7 pagi bas dah nak bertolak masuk Singapore. Rasa tak sabar nak masuk Universal Studio, Singapore tu jangan cakap lah. Maklumlah… 1st time kan. Sampai-sampai jer dah tersenyum lebar.. Finally… Sampai juga dekat tempat yang terkenal ni. Kalau dah sampai Universal Studios, Singapore tu memang harus lah ambil gambar dekat signboard Universal Studios tu kan.

Masuk-masuk jer dah rambang mata. Sebab tak tahu nak mula dari mana dulu ni. Kalau korang nak tahu, antara bahagian dan tarikan menarik yang terdapat di Universal Studios Singapore ni adalah Hollywood. Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt. Sci-Fi-City dan New York. Tapi tempat pertama yang saya tuju dulu sudah semestinya Sci-Fi-City sebab nak naik Transformers Ride.


Transformers Ride ni merupakan wayang 3D. Sanggup beratur panjang. Merasa juga lah diselamat kan oleh Transformers. Memang macam real betul lah. Tapi sepanjang masa dalam USS ni memang tak naik pon roller coaster sebab tak berani lah… hehehe… Cuma pergi dekat bahagian-bahagian menarik dalam USS ni saja sambil berangan… Bestnya kalau dapat bawa anak-anak dan suami datang sini. Kalau ada rezeki memang nak sangat bawa family datang USS ni sebab best sangat.

Dah kebetulan bercerita pasal Singapore ni kan, banyak juga tempat-tempat menarik yang ada dekat Singapore ni kan selain dari Universal Studios Singapore. Antaranya Pulau Sentosa, Orchard Road, Jurong Bird Park, S.E.A Aquarium, Gardens By The Bay, Night Safari Singapore, Bugis Street dan banyak lagi  kot. Best juga kalau dapat explore Singapore ni kan. 

Kalau korang tak pernah pergi Singapore tapi teringin nak pergi atau sesiapa yang sedang merancang nak pergi bercuti ke Singapore, bolehlah tempah dengan pakar dalam percutian ni. Siapa lagi kalau bukan dengan Traveloka. Sebab dengarnya Traveloka ada buat Promo Code dengan RM50 flat rate discount untuk penerbagan pergi dan balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore. Untuk tempahan hotel pula korang boleh dapat tawaran potongan sehingga 20% di Singapore dan tiada kupon diperlukan. Menarik sangat ni.



Syarat-Syarat Dan Cara Membuat Tempahan


Tak susah pon nak buat penempahan. Korang boleh tempah melalui laman web Traveloka atau boleh terus tempah melalui aplikasi Traveloka di Handphone. Jangan lupa menggunakan kupon GOSG untuk mendapatkan discount. Tapi sebelum nak membuat penempahan, korang kena baca syarat-syarat ni dulu:

  1. Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID sahaja tau
  2. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu masa pembayaran
  3. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat. Jangan pilih sembarangan hotel. Hanya hotel yang terlibat sahaja yer.
  4. Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)
  5. Tempoh Perjalanan: Anytime

Jangan lepaskan peluang ke SEEngapore dengan menggunakan Traveloka Promo Code! Ni tau. Korang boleh klik dekat link ini ke https://www.traveloka.com/ms-my/promotion/seengapore . Cuti sekolah pon lagi beberapa bulan saja lagi kan. Boleh dah kalau nak merancang percutian bersama keluarga tersayang. Sebab Jom ke SEEngapore dengan Menggunakan Traveloka Promo Code ni boleh digunakan untuk berjalan pada bila-bila masa saja. Tapi jangan lupa yang tempoh penempahan bermula 1 - 30 September tau untuk korang dapat Promo Code ni.



You Might Also Like

24 komen

  1. murahnyaa RM50 je.. kalo CT dari Penang ni xpenah la dapat RM50 ke singapore. tapi xdak tarikh free lagi semua ada urusan..

    ReplyDelete
  2. Syoknyaa kalau dapat jalan jalan Singapore. Nanti kalau ke sana, boleh lah book dengan Traveloka. Hehee.

    ReplyDelete
  3. takpernah lagi sampai sg tapi ada rancang nak brcuti hujung tahun ni, boleh bincang ni mana tau boleh gi sg

    ReplyDelete
  4. bestnya ada promo, teringin nak pergi korea huhu

    ReplyDelete
  5. Ni kalau tak pregnant ni memang saya dah lama grab opportunity nak pergi ke songapore dengan husband. Tapi dah nak masuk 9 bulan ni kite duduk diam diam je la dekat rumah

    ReplyDelete
  6. ramai yang suruh g singapore ni.memang recommended betul ni.singapore mmg one of bucket list jgk hehehe

    http://ibupantang.com

    ReplyDelete
  7. wah akk dah sampai singapore..bestnyaa..nad teringin nak pergi juga..tengah kumpul duit nak pergi jalan2 luar ni..

    ReplyDelete
  8. Saya prefer jalan jalan dalam Malaysia dulu baru pergi ke negara jiran kita yang selalu kurang sensitif.

    ReplyDelete
  9. Insyaallah lepas habis jalan jalan di banyak tempat menarik di Malaysia ni Ibu nak pergi ke singapo pula.

    ReplyDelete
  10. Dh lama tak pergi singapore..last pergi thun 2004.. Hahaha.. Sbb dlu duk jb rmi kwn2 dr spore... Sjk pndah dh xrpt ngn dorg xjln2 ke spore... Hopefully dlm mse tdekat dpt g spore jumpa mereka smua dgn booking traveloka

    ReplyDelete
  11. Hai Traveloka kalau buat promosi memang tak pernah mengecewakan. Siapa yang ada plan nak ke sana boleh book sekarang sementara tengah ada promosi ni.

    ReplyDelete
  12. Wah ada Promo Code ek..untungla sapa plan nak ke Singapore..tahun ni dh 3 kali ke sana. Tahun depan ada lagi tak promo ni? hehe

    ReplyDelete
  13. Liez mmg nak repeat singapore balik.. xsempat berjalan masa pergi tahun 2009.. kena kerja dan waktu tu xbyk tempat2 best mcm skrg..

    ReplyDelete
  14. Uish ramainya yang just entry pasal ni! Mesti ramai nak kesana kan? Tq sebab share ada promo kesana

    ReplyDelete
  15. Banyak dok baca promo nie - kebetulan Rawlins memang nak pergi ke sana hujung bulan nie maka boleh la gunakan penjimatan yang ada.

    ReplyDelete
  16. Traveloka nie mcm tahu2 je kita tgh survey2 nk bercuti kan. Terus buat promosi pergi singapore. Okay cepat pilih tarikh !!

    ReplyDelete
  17. bestnya pakej dari traveloka ni...pegi singapore lagilah best kan..sbb macam2 aktiviti boleh dilakukan kat sini

    ReplyDelete
  18. Ada promo code macam ni sedikit sebanyak boleh bagi kita jimat duit. tak dapat banyak pun sikit. Jadilah dari tak ada kan

    ReplyDelete
  19. Wah!! Tawaran yg menarik dari Traveloka nie.. memang berbaloi gunakan promosi ini untuk bercuti bersama keluarga.. thanks atas perkongsian..

    ReplyDelete
  20. Sesuai sangat lah. Esok 8 sept cuti straight 4 hari sanpai selasa. Molek benar lah kalau ke singapore.

    ReplyDelete
  21. Wah banyak juga tempat-tempat menarik yang Ika tak tahu. Selain universal studio ada lagi tempat best seperti Orchard Road. Hujung tahun ni boleh Ika pi

    ReplyDelete
  22. Bestnya...kita xpernah smpai lagi singapore...nnt nak ajak gal husbnd pi singapore..nk usha tiket dekat traveloka nnt

    ReplyDelete
  23. Traveloka mmg selalu adakan promo best-best. Satu hari mrmang nak cuba jugak gunakan traveloka ni..tapi nak travel jauh2 sikit mcm ke India ke

    ReplyDelete
  24. Jom g singapore ramai-ramai.. buat blogger trip ke singapore
    guna promo code mmg jimat la

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page