Kerana ‘SAMBAL’ Kami Bertemu

Wednesday, September 19, 2018

Kerana ‘SAMBAL’ Kami Bertemu | Dah macam tajuk drama pulak. Bertemu dengan siapa lah tu kan. Alaaa… Siapa lagi kalau bukan kawan alam maya ni. Kalau dah terlibat dalam dunia social media macam Blogging, FB dan IG. Perhubungan kau hanya di alam maya saja. Kalau ada rezeki, maka bersua lah di alam realiti. Itu pon kalau bertembung di event yang sama. Dan kebanyakan kawan-kawan blog yang saya kenal, kali pertama pertemuan tu mesti di event yang kami sertai. Tapi yang ni lain sikit pertemuannya sebab Kerana ‘SAMBAL’Kami Bertemu. Bukan kerana event ☺

Sumber: @zazanizam

Kerana ‘SAMBAL ’Kami Bertemu


Macam kawan kita yang sorang ni. Kenal dah lama. Dari Blog beralih ke Facebook. Dari Facebook kepada IG pulak. Sekarang ni pon ramai blogger-blogger lama yang dah tak active blogging macam dulu sebab ramai yang dah beralih arah kepada IG. Lagi sadis sebab tak tahu khabar berita langsung. Blog tak update. Nak keep in touch dekat FB and IG pon tak tahu nak cari macam mana. Sedih tau. Nasib kawan alam maya kita yang sorang ni masih keep in touch lagi even dia dah tak aktif blogging.

Siapakah dia? Siapa lagi kalau bukan si Zaza Abdul Latif ni. Sekarang ni dah jadi tauke sambal hokay. Kerana ‘Sambal’ Zaza ni lah akhirnya dapat juga bertemu, berlaga pipi dan bertentang mata. Kalau bukan sebab sambal sampai ke sudah tak jumpa kot. Cerita pasal sambal si zaza ni asyik berlegar-legar dekat IG. Asyik lah dok baca testimoni orang yang dah merasa sambal ni. Haishhh… Tak boleh jadi ni. Kena beli jugak Sambal Ikan Masin Cili Padi by Zaza ni. Order lah 2 botol sambal.

Nampak tak lebar senyum tu. Dah macam iklan colgate ☺

Kebetulan ada event masa end of August haritu dekat Sunway Velocity Mall. Dekat dah dengan rumah mak and nak singgah kejap. Lepas tub oleh ambil sambal sebab zaza pon tinggal area pandan tu juga. Belum sempat message, zaza dah message dulu suruh amik sambal. Habis event terus pecut ke Tesco Ampang sebab dah janji nak jumpa dekat situ. Begitulah kisah Kerana ‘SAMBAL ’Kami Bertemu. Ngeeee…

Sedap Ke Sambal Ikan Masin Cili Api by Zaza ni?


Actually ada 2 jenis sambal. Sambal Ikan Masin Cili Padi dengan Sambal Sotong Kering Berlado. Review paling jujur… Tersangat sedap. Serious sedap sehingga menjilat jari. Balik tengah malam tu terus cari nasi sebab nak rasa kesedapan sambal ikan masin cili padi zaza ni. Allahu… Bertambah nasi dibuatnya. Dah lah tengah-tengah malam. Memang kejam betul lah sambal ni. Ikan masin pon banyak. Masam, manis, masin, pedas… Cukup rencahnya. Kepedasannya jangan cakap lah. Saya rasa kalah megi pedas giler. Memang pedas namatey.


Tapi tu lah. Pedas namatey pon ku bedal juga sebab sedap. Tak puas hati sebab tak dapat makan banyak sebab saya tak tahan pedas. Sambil makan sambil minum air. Lepas tu cari benda manis nak hilangkan pedas. Untuk Sambal Sotong Kering Berlado ni pon sedap sangat. Rasa pedas jugak. Tapi tak sepedas sambal ikan masin. Terasa lah sotong kering tu seketul-seketul. Memang tak kedekut bahan. 

Sumber: @zazanizam

Yang pasti, Sambal Ikan Masin Cili Padi dengan Sambal Sotong Kering Berlado by Zaza ni memang tersangat sedap. Makan dengan nasi panas-panas saja pon dah layan. Sambal paling kejam sebab  memang boleh buat berat badan kau naik lah kalau dah asyik bertambah nasi jer. Stok sambal pon dah habis. Memang nak kena repeat lagi ni. Memanggil-manggil dah sambal tu. Kalau korang nak try, boleh contact Zaza. Ada no HP tu kan. Memang tak rugi beli.  

Note: Belek-belek HP jumpa gambar ni. Bila gambar diolah menjadi cerita ☺


You Might Also Like

5 komen

  1. Wahhh...dah jadi tokey sambal minah ni..nanti nak pi skodeng sambal dia la..sedap tak Fiza?

    ReplyDelete
  2. nampak sedap je, dah tengah lapar ni :3

    ReplyDelete
  3. salam singgah. alhamdulillah. ukhwah hadir dalam pelbagai bentuk. sama juga dengan rezeki. syukur :)

    ReplyDelete
  4. lama betul tak dengar cerita pasal zaza..blog pun dah tak aktif kan...

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page