6 Sebab Kenapa Susu Fernleaf UHT Jadi Pilihan!!

Sunday, October 14, 2018

6 Sebab Kenapa Susu Fernleaf UHT Jadi Pilihan!! | Susu antara minuman yang banyak kalsium dan protein serta sangat baik untuk tumbesaran kerana sejak kecil lagi susu merupakan minuman yang kita nikmati setiap hari. Nak tau tak, kebanyakan penduduk Malaysia tidak memenuhi keperluan kalsium mereka dimana purata pengambilan kalsium di kalangan orang dewasa adalah di bawah 50% pengambilan nutrien yang disyorkan manakala 49% daripada kanak-kanak Malaysia pula tidak mendapat kalsium yang cukup dalam diet harian mereka.


6 Sebab Kenapa Susu Fernleaf UHT Jadi Pilihan!!


Macam mana nak dapat kalsium yang cukup? Kena lah minum susu setiap hari. Saya dan keluarga memang amalkan minum susu Fernleaf (Full Cream) setiap pagi dan sebelum tidur. Tapi susu Fernleaf (Full Cream) jenis tepung yang perlu dibancuh sebab baru tahu yang Fernleaf ada keluarkan susu dalam pek UHT. Macam mana lah boleh tak perasan kan. Bila dah tahu ni, memang beli susu dalam pek UHT saja lah lepas ni kan. Boleh terus minum dan tak perlu nak bancuh. Tapi kenapa mesti susu Fernleaf? Ini dia 6 Sebab Kenapa Susu Fernleaf UHT Jadi Pilihan.


1. Lembu Tenusu Diberi Makan Rumput Secara Bebas



Selalu kita tengok lembu-lembu diberi makan didalam kandang kan. Dan kalau nak tahu, tak semua lembu tenusu diberi makan rumput. Berlainan di ladang di New Zealand dimana lembu di biarkan bebas merayap untuk meragut rumput di padang rumput yang subur tanpa terkurung dalam kandang.

2. Rumput Segar Yang Berkualiti Tinggi



New Zealand terkenal dengan tanahnya yang subur. Sebab itu lah rumput yang dihasilkan adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik. Selain daripada itu, iklimnya yang selesa dengan kadar hujan yang baik, udara dan air yang bersih secara tidak langsung menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.

3. Menghasilkan Susu Secara Semulajadi



Dalam erti kata lain, lembu tenusu di New Zealand menghasilkan susu secara semulajadi tanpa perlu sebarang bentuk penggalak susu. Memang terbaik lah kan sebab tak perlu sumber lain untuk lembu tenusu menghasilkan susu.

4. Pakar Tenusu



New Zealand memang pakar dalam industri tenusu dan terkenal di dunia dengan lebih 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu. Bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti sehingga produk diedarkan kepada pengguna. Mereka akan memastikan kualiti tertinggi untuk setiap peringkat pengeluran susu dilakukan.

5. 100% Mmmmm



Susu Fernleaf penuh dengan 100% manfaat dan dijamin 100% halal dan sedap.. Hahaha... Siapa yang tak minum susu tu boleh try susu Fernleaf ni.

6. Dibuat Dengan 100% Susu Dari New Zealand



Memang datang nya dari New Zealand 100% hasil dari para peladang yang menjaga lembu tenusu dengan penuh dedikasi. Hasilnya susu yang dihasilkan kaya dengan kalsium, tinggi nutrien seperti Protein, Vitamin A dan Vitamin D.

Ini lah dia 6 Sebab Kenapa Susu Fernleaf UHT Jadi Pilihan kami sekeluarga. Jadinya… Pengambilan susu amat penting untuk semua peringkat umur dan perlu di amalkan setiap hari kerana dengan 2 gelas susu sehari dapat membantu untuk memenuhi keperluan kalsium anda manakala segelas susu dapat memberikan sekurang-kurangnya 275 mg kalsium harian. Sebab tu kami memilih susu dari jenama Fernleaf sebab Ferleaf diperbuat daripada 100% susu dari New Zealand.

Kita minum pakai straw rare ni pulak 😀

Saya suka minum susu. Hari-hari saya minum susu sebab susu Fernleaf sedap 👍

Susu Fernleaf UHT didatangkan dengan 3 jenis perisa iaitu Full Cream, Low Fat dan Chocolate. Packaging nya pula  boleh didapati dalam pek 200ml dan 1 liter. Yang pasti, susu Fernleaf memang sedap. Jom layari Facebook Fernleaf Malaysia untuk maklumat lanjut.

You Might Also Like

8 komen

  1. bagusnya susu fernleaf ni! boleh lah gi beli nanti

    ReplyDelete
  2. Wah ni yg buat mama.terasa nak Cuba Susu fernleaf ni

    ReplyDelete
  3. Peberet fernleaf ni, dari kecik sampai ke anak la ni pun minum jenama ni ja. Cuma sepupu anak kata rasa susu ni macam keju XD

    ReplyDelete
  4. susu segar ni memang sedap dan lazat..anak kita pun suka..nak² yang coklat tu

    ReplyDelete
  5. Sis suka susu coklatnyaa sedap minum sejuk² ...

    ReplyDelete
  6. Patutlah sedap susu fernleaf nie..

    ReplyDelete
  7. sedap susu ni fiza, anak2 memang suka. Memang rare straw tu, mau berebut ni haha

    ReplyDelete
  8. kami kat rumah minum susu tepung fernleaf jugak

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive