HCUBE Education | Menyediakan Perkhidmatan Home Tuition Dan Mengaji Al Quran Di Rumah

Friday, October 05, 2018

Teringat masa zaman sekolah dulu. Paling awal masuk tuition pon masa form 5 kot. Jauh berbeza dengan anak-anak zaman sekarang dimana kebanyakan ibu bapa sudah mula menghantar anak ke tuition seawal usia 7 tahun tau. Ini disebabkan faktor subject yang semakin meningkat dan juga tahap pembelajaran yang semakin mencabar. Memang tak dinafikan bila tengok buku sekolah anak-anak yang darjah 5 dan darjah 2 tu. Nak ajar anak-anak pon kadang-kadang tak sempat sebab kekakangan masa dek kerana ibu yang bekerja. Maka tuition antara yang menjadi pilihan. Dan yang lagi best, sudah ada perkhidmatan Home Tuition. 


Kelebihan Home Tuition


Bagi saya, perkhidmatan Home Tuition ni bagus sebab ianya dalam persekitaran yang selamat iaitu didalam rumah kita sendiri. Keselamatan anak pon terjamin sebab anak ada depan mata. Secara tak langsung kita pon boleh pantau macam mana anak kita belajar. Dari segi masa pula, ianya jadi lebih relax dan anak tak perlu terkejar-kejar. Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama dan malam pula nak tuition. Boleh bayangkan tak kepenatan tu? Kalau tuition di rumah tak ada lah penat macam tu kan sebab tak perlu terkejar-kejar. Masa parents pon lebih jimat juga sebab tak perlu keluar rumah untuk ambil anak balik dari tuition.

HCUBE Education | Menyediakan Perkhidmatan Home Tuition Dan Mengaji Al Quran Di Rumah


Nak tahu tak? HCUBE Education ada Menyediakan Perkhidmatan Home Tuition. Bukan setakat Home Tuition saja tau, ada juga disediakan guru mengaji Al Quran di rumah. Lagi menarik, mereka menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti dan bersedia untuk datang ke rumah anda pada masa yang anda inginkan. lebih selesa, mudah dan selamat. Kelas home tuition HCUBE membantu pelajar untuk belajar dengan lebih fokus dan mudah kerana pelajar diberikan tumpuan sepenuhnya oleh tutor sepanjang sesi pembelajaran.


Sedikit info mengenai HCUBE. HCUBE EDUCATION RESOURCES (SSM 002563767-D) telah ditubuhkan pada 2016 dan setelah itu menjadi pilihan ibubapa untuk mendapatkan tutor-tutor yang berkualiti bagi membantu anak-anak mereka di dalam pelajaran. Kami menyediakan perkhidmatan home tuition, mengaji Al- Quran di rumah, program cuti sekolah, asas membaca, asas mengira bagi subjek-subjek utama bermula dari Pra-Sekolah, UPSR, PT3, dan SPM.


Menyediakan penyelesaian bagi masalah ibubapa yang tidak mempunyai masa untuk menghantar anak ke pusat tuition, risau anak mereka malu bertanya di dalam kelas dan kurang keyakinan diri. Setiap kali kelas, tutor akan membincangkan perkembangan anak-anak tuan/puan dan di penghujung setiap bulan tutor akan memberi report card disemak oleh pada ibubapa. Menarik sangat kan.

Lokasi Service HCUBE Dan Feedback Ibu Bapa


Antara lokasi service yang ditawarkan untuk Home Tuition Dan Mengaji Al Quran Di Rumah Dengan HCUBE ni adalah meliputi kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Maklum balas yang diterima dari ibu bapa yang mengambil khidmat tutor untuk Home Tuition juga adalah sangat positive. Rata-rata ibu bapa sangat berpuas hati dengan prestasi anak meraka.


Jom Home Tuition Dan Mengaji Al Quran Di Rumah Dengan HCUBE Education


Bila baca pasal Home Tuition dan Mengaji Al-Quran di rumah ni kan, rasa macam tertarik juga. Sebab mereka menyediakan Tutor yang berkelayakan dan berpengalaman. Kalau anda nak tahu maklumat lanjut dan berminat untuk perkhidmatan Home Tuition dan Mengaji Al Quran ditumah ni, boleh layari laman web dibawah:


Website: www.hcubeeducation.com


You Might Also Like

1 komen

  1. Bagus sangat service macam ni especially utk ibu bapa yang sibuk. Keselesaan dan keselamatan anak2 pun terjamin.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive