Steamboat Murah, Banyak Pilihan Dan Sedap Hanya Di D'kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Saturday, October 13, 2018

Steamboat Murah, Banyak Pilihan Dan Sedap Hanya Di D'kayangan Grill & Barbeque Steamboat | Siapa suka makan steamboat? Rasanya ramai yang suka kan. Biasa kita dengar atau tengok harga untuk makan steamboat ni boleh tahan mahal juga harganya kan. Haaaa... Ni nak bagitahu yang sebenarnya saya dah jumpa Steamboat yang murah. Bukan setakat murah saja tau, banyak pilihan dan tempat makan pon selesa. Yang penting rasanya sangat sedap.


Steamboat Murah, Banyak Pilihan Dan Sedap Hanya Di D'kayangan Grill & Barbeque Steamboat


Dekat mana lagi kalau bukan dekat D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Sebenarnya dah lama dengar pasal D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat. Ramai yang kata murah dan sedap. Tapi saya tak berkesempatan lagi nak pergi sehinggalah weekend baru-baru ni saya dan keluarga ke Shah Alam. Apalagi... Kena lah singgah kan. Masuk-masuk saja dalam D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat saya dah jadi rambang mata. Sebab banyak nya pilihan makanan.

Lebih 150 Jenis Hidangan


Iyer.... Ada lebih 150 jenis hidangan. Ini yang membuatkan D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat wajib dikunjungi dan tak hairanlah kalau kedai sentiasa penuh. Antara pilihan yang disediakan adalah aneka makanan laut yang segar seperti udang besar, sotong, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bambo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk. Selain daripada itu, ada menu grill dengan perapan istimewa seperti Chicken Mozza, The Toretto Meat, Squidward, Dory drive dan banyak lagi untuk ayam, daging, udang, ikan dan sotong.

 Pelbagai jenis bebola dan makanan laut

Sayur-sayuran segar

Aneka mee, fucuk dan telur

Tambah menarik, kambing grill yang diperap dengan 15 jenis rempah. Untuk sup pula, korang boleh pilih sama ada nak sup ayam atau tomyam sebagai kuah untuk rebusan. Nak kedua-duanya pon boleh sebab dua-dua kuah tu tersangat sedap. Kalau makan steamboat, mestilah ada sos nya kan. Antara pilihan sos seperti sos cili pedas, sos thousand island, sos cili thai, sos yong tau foo dan banyak lagi. Kesemua hidangan dan sos yang terdapat di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam, yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kulinari.

 Masih terbayang kesedapannya

Kambing grill. Memang cepat habis. 

Selaim dari Steamboat

Dah kata ada 150 jenis hidangan kan, selain dari Stemboat dan Grill, ada juga menu lain seperti buah-buahan dan rojak, Nasi Lemak, Mee Kari, Nasi Goreng, Kuey Teow Goreng, Spaghetti dan juga Teppanyaki. Dessert pula ada ABC dan 12 jenis ice cream antaranya perisa oreo dan mint. Air pon ada banyak pilihan dan teh tariknya sedap tau.

Buah-buahan dan rojak

Berapa Harganya?


Harga nya memang murah kalau nak dibandingkan dengan restaurant steamboat yang lain. Harga Dewasa  RM 29.90 nett (weekdays) dan Dewasa RM33.00 nett (weekend). Untuk Kanak-kanak pula  RM 12.50 nett manakala untuk Kanak-kanak bawah 4 tahun adalah PERCUMA. Yang bestnya, korang boleh refill soup sebab ianya unlimited ok.

Kenapa D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Ni Best?


Best sebab tempat makannya selesa dan boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa. Boleh lah kalau nak sambut Birthday kat sini. Korang boleh pilih sama ada nak makan dekat bahagian dalam atau nak makan di bahagian ruang terbuka. Surau untuk perempuan dan lelaki juga ada disediakan. Parking pon senang.

Ruang yang luas dan selesa untuk menjamu selera


Overall... Memang puas hati sangat dan memang highly recommended. Dah lah banyak pilihan hidangan, rasa nya sedap dan harga pon murah. Memang nak kena repeat lagi sebab ada makanan yang tak sempat dijamah dek kerana kekenyangan makan steamboat saja. Kalau nak tahu lebih lanjut atau nak mencuba D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat, boleh rujuk info dibawah ni:


Alamat: Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, 
Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, 
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan


You Might Also Like

0 komen


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page