Bersuka Ria Di LEGOLAND® Theme Park Malaysia Resort

Friday, February 15, 2019

Bersuka Ria Di LEGOLAND® Theme Park Malaysia Resort | Bersambung lagi kisah kami di LEGOLAND®. LEGOLAND® Part 2 gittew. Nak masukkan semua cerita dalam satu entry panjang sangat pulak nanti. Jadi nya kita asingkan untuk lebih nampak tersusun sebab nak spam banyak gambar ni.. hehe.. Ok.. Selesai upacara perasmian LEGO® City 4D – Officer In Pursuit, maka bermulalah pengembaraan kami sekeluarga di Taman Tema LEGOLAND® bermula pada 23 January dan berakhir pada 24 January 2019.


Bersuka Ria Di LEGOLAND® Theme Park Malaysia Resort


Walaupon 2 hari berpeluang bersuka ria di Taman Tema LEGOLAND®. Tapi masih rasa tak puas hati sebab ada banyak tempat yang tak sempat nak explore. Memang besar lah LEGOLAND® ni di mana ianya dibahagikan kepada dua bahagian. Theme Park dan juga Water Park. Untuk LEGOLAND® Theme Park, terdapat LEGO® Ninjago™ World, Miniland, Imagination, LEGO® Technic, LEGO® Kingdoms, Land of Adventures dan LEGO® City. Ini pon tak sempat explore walaupon 2 hari apatah lagi nak ke LEGOLAND® punya Water Park. Memang tak sempat. 

Sumber gambar: Legoland

Ok… Back to the story. Pengembaraan kami bermula pada 23 January 2019 dan pit stop pertama yang kami pergi adalah LEGO® City. Dalam LEGO® City ni ada macam-macam aktiviti. Tapi kami hanya sempat singgah di Driving School, Junior Driving School dan Boating School sahaja. Sebab sampai pon dah petang. Jadinya… Kejar masa selagi boleh dan sebelum LEGOLAND® tutup.

Posing dulu


Sumber gambar: Legoland

Driving School

Sebelum dibenarkan memandu, anak-anak di beri penerangan dan penyampaian video mengenai keselamatan jalan raya terlebih dahulu dan juga tips lain seperti isyarat, lampu isyarat dan parking. Selesai semua baru lah masing-masing dibenarkan memandu. Aktiviti ini untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 13 tahun. Selesai sesi pemanduan, pemandu cilik ini akan diberi lessen memandu mereka sendiri. Tapia da bayaran yang akan dikenakan. Kalau tak silap dalam RM35++.


Junior Driving School

Ingat budak 6 tahun ke atas saja ker boleh belajar memandu? Nah… Kelas memandu untuk kanak-kanak 3 hingga 5 tahun pon ada yer. Bezanya diorang tak masuk kelas penerangan. Terus boleh memandu. Janji kaki pemandu dapat cecah pedal dan juga steering. Dapat lah Iman Harraz pengalaman memandu kereta LEGO®. Ada lah juga bakat dia memandu. Kalau di asah boleh pergi jauh ni… hahaha… 

Boating School

Boat sorang satu

Dah selesai anak-anak belajar memandu, kami pergi ke next pit stop pula. Betul-betul berdepan dengan Driving School ni, iaitu Boating School. Masa untuk menguji kemahiran navigasi anda semasa anda mengawal kapal bertema LEGO® yang berkuasa bateri melalui perairan yang tenang ke pelabuhan terakhir anda… haaa gittew. Kalau kanak-kanak umur 6 tahun dengan ketinggian minimum 120cm, boleh lah menunggang boat secara bersendirian. Kalau kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas, kena ada pengawasan orang dewasa.

Harraz naik dengan ibu

Ibu yang over ☺

Ni namanya salah posing

Memang layan lah menuggang boat ni. Iman Hakimi naik sampai dua kali. Untuk Boating School ni, bermula pada pukul 10.30 am – 5.30 pm. Sabtu/Ahad di buka pada pukul 10.30 am – 6.00 pm. Hari Khamis tutup yer. 

LEGOLAND® Express


Sumber gambar: Legoland

Dah puas meneroka Driving School dan Boating School, kami mengembara dengan menaiki keretapi pula. Penat berjalan kan… hehe… Naik LEGOLAND® train yang akan membawa anda melaui perjalanan menuju ke Kawasan tarikan utama di Taman. Sambil duduk sambil menikmati pemandangan di sekitar taman LEGOLAND®.


Lunch Di Market Restaurant LEGOLAND® Malaysia


Sumber gambar: Legoland

Memandang kan kami sampai dah petang di LEGOLAND®, jadi nya kami decide untuk jalan-jalan dulu instead of makan lunch. Nak check-in hotel pon belum masanya lagi. Anak-anak pon dah tak sabar nak explore LEGOLAND® Theme Park. Dah penat berjalan, marilah isi perut. Tak perlu risau nak makan dekat mana sebab dalam LEGOLAND® Theme Park ni ada banyak kedai makan. Setiap destinasi ada restaurant. Macam dalam LEGO® City ni Market Restaurant lah yang ada.


Dalam Market Restaurant ni ada disediakan makanan Asia dan Barat. Antaranya ayam panggang, pizza, pasta, nasi ayam, salad, buah-buahan, pencuci mulut dan banyak lagi. Memang luas dan selesa lah. Anda boleh pilih sama ada nak makan di luar restaurant atau di dalam. Yang best nya, ada aktiviti untuk anak-anak. Aktiviti mewarna. Siapa mewarna paling cantik dapat lah hadiah. Tak ada lah anak-anak bosan menunggu makanan kan. Waktu operasi pula bermula pada hari Rabu – Ahad jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang. Manakala pada hari Isnin dan Selasa pula tutup.

Ok… Dah selesai jalan-jalan dan makan-makan sampai LEGOLAND® Theme Park pon nak tutup, tiba masa untuk check-in hotel pula. Untuk hotel ni saya akan share dalam next entry. Jadinya… Saya sambung pengembaraan pada hari kedua @ 24 January 2019 pula yer. Selepas habis majlis pelancaran LEGO® City 4D – Officer In Pursuit, kami isi perut terlebih dahulu sebab dah masuk waktu lunch. 

Sumber gambar: Legoland

Pizza sedap dengan buah Plum rangup

Bihun sedap 

Kali ni lunch di Pizza Mania. Menyediakan hidangan Itali iaitu Pizza dengan pelbagai topping, pasta, sup, salad organic, minuman dan pencuci mulut. Makanan untuk vegetarians pon ada. Tapi ianya akan disediakan mengikut permintaan. Restaurant pon luas, selesa dan santai lah. Memang makanan dekat Pizza Mania ni semua sedap-sedap. Pizza, croissant, bihun goreng, eh!... Terbayang-bayang lah kesedapannya. Waktu operasi pula bermula pada hari Jumaat – Selasa jam 11.00 pagi hingga 5:00 petang. Tutup pada hari Rabu dan Khamis.


Ok… Dah kenyang semua, kami sambung kembara dalam LEGOLAND® yang masih belum di jejaki. Destinasi pertama adalah dunia IMAGINATION. Dalam ni ada Build & Test, DUPLO® Playtown, Kids Power Tower, LEGO® Studios & Observation Tower. Tapi hanya sempat masuk LEGO® Studios dan tempat-tempat ini saja.

DUPLO® Playtown


Penat ke ☺

Budak-budak kalau dah nampak playground memang tak senang duduk lah. Layan kejap anak-anak main dalam DUPLO® Playtown ni. Main sambil belajar gittew sebab macam-macam mainan ada untuk diterokai.


Observation Tower


Tinggi juga


Next pit stop, Observation Tower. Nikmati permandangan Taman Tema LEGOLAND® dengan pusingan 360 darjah bila naik Menara ni. Memang best. Taka da rasa gayat pon… hehe.. Boleh tengok betapa besarnya LEGOLAND® Theme Park ni. 

Sumber gambar: Legoland

Selesai teroka dunia IMAGINATION, kami terokai dunia LEGO® KINGDOMS. Dalam ni ada Castle Stage, Merlin's Challenge, Royal Joust, The Dragon, The Forestmen's Hideout dan Dragon's Apprentice. Yang Dragon’s Apprentice ni sesuai untuk kanak-kanak umur 4 tahun ke atas. Qahirah naik ni sampai menangis. Takut katanya… hehe.. Lain-lain tempat dalam LEGO® KINGDOMS yang sempat kami terjah:


Merlin's Challenge


Sumber gambar: Legoland

Naik mystical carousel yang berpusing-pusing tu. Pening kepala mak nak. Sesuai untuk kanak-kanak umur 4 tahun ke atas. Kesian Harraz sebab nak naik tapi tak lepas. Menangis dia tak dapat naik.

Royal Joust

Cowgirl and Cowboy

Yang ini pula aktiviti berkuda. Bersiar-siar dengan kuda. Tapi kuda LEGO®. Dapatlah Qahirah and Qhalif fefeeling Cowgirl and Cowboy.. hehe.. Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.

The Dragon

Ok… Ini last pit stop kami sebelum berangkat pulang. Naik roller coaster The Dragon. First round husband dengan Iman Hakimi yang naik. Iman Qhalif ikut saja. Saya tunggu dekat luar. Ingatkan Qhalif tak lepas naik. Rupanya The Dragon ni untuk kanak-kanak umur 6 tahun ke atas. Keluar je dari Castle Stage tu si Qhalif dah terjerit ‘Ibu… best kita naik roller coaster’. Wahhh… Berani betul budak ni. Cakap dengan husband ‘Rasa macam nak naik, tapi takut’. Husband cakap ‘Qahlif pon berani naik’.. ppffttt…

Sumber gambar: Legoland

Ok lah. Rasa tergugat pulak bila budak 6 tahun pon berani. Tak kan kita yang dah tua ni takut kot. Maka naik lah saya. Tapi ajak Iman Hakimi teman… ngeeee… Last naik roller coaster masa zaman sekolah kot. Roller coaster dalam Leisure Mall dulu. Memang berdebar jugak lah. Takut kena panic attack pulak nanti.. haha.. Terjerit-jerit juga lah dibuatnya. Iman Hakimi relax jer. Cukup lah. Tak nak naik lagi dah.

Miniland


Dalam perjalanan nak ke hotel, kami berjalan menelusuri taman-taman mini di tengah-tengah LEGOLAND® dimana terdapat MINILAND yang sangat mempesona yang di bina untuk mercu tanda ikon di Asia. Karya hebat yang dibina ini menggunakan lebih daripada 30 juta batu bata LEGO® yang mempamerkan tarikan terkenal dari 17 negara Asia seperti Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Merlion Singapura, Taj Mahal India, Angkor Wat Cambodia dan juga tanda unik Johor. Panjang pulak kalau nak sebut satu-satu kan.


KLCC... Abaikan muka kembang semangkuk tu ☺

Overall… Memang tersangat best. Cuma tak puas hati sebab tak habis explore. Ada juga tempat-tempat yang ditutup sebab under construction macam LEGO® NINJAGO™ WORLD.  Dan banyak tempat best-best tak sempat nak singgah sebab nak kejar masa. Letih? Macam saya dan suami memang letih lah. Walau letih tapi happy sebab tengok anak-anak enjoy. Bagi anak-anak pula, tak ada istilah letih. Kuat betul energy diorang. Harap ada rezeki kami untuk datang ke LEGOLAND® Malaysia Resort lagi sebab tak puas.


Siapa yang belum pernah pergi tu, Harap-harap ada rezeki anda ke sini juga nanti. Untuk yang sedang merancang percutian ke LEGOLAND® Theme Park Malaysia Resort, ini harga tiket nya. Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti, boleh follow social media LEGOLAND® Malaysia Resort di:

Website
https://www.legoland.com.my/

Facebook
LEGOLAND Malaysia

Instagram
@legolandmalaysia

Alamat


LEGOLAND® Malaysia Resort
7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini  
79250 Nusajaya, Johor Darul Takzim, Malaysia

No. Telefon
07-597 8888

You Might Also Like

7 komen

  1. Dapat juga berjumpa dengan awak kannn..
    Nanti datang JB lagi roger-rogerlah ...

    ReplyDelete
  2. alahai..bestnya g legoland..bila nak g jgk ni..hihi

    ReplyDelete
  3. owh ninjago tengah renovate ke? ala rugi yer, huda nak ke Legoland dalam masa terdekat ni...

    ReplyDelete
  4. lagi syok kalau dapat buat pas tahunan.Boleh pergi selalu.kalau sehari tu macam tak puaskan fiza

    ReplyDelete
  5. legoland memang best :) tp time cuaca panas terik jd tak enjoy sgt hehehe
    moga2 ada rezeki kami nak repeat lg cuti2 legoland

    ReplyDelete
  6. Inshallah kalau murah rezeki nak bawa adik2x ke sana.. saya yg besar ni pun seronok nak pergi banyak tempat menarik.

    ReplyDelete


Labels

Instagram

Facebook Page