Pelancaran Filem 4D Pertama Dunia “LEGO® City 4D – Officer In Pursuit” Di Legoland Malaysia

Friday, February 08, 2019

LEGOLAND®… Antara wishlist anak-anak untuk ke sini. Asal keluar iklan dekat TV atau nampak iklan LEGOLAND®, mula lah berzikir ‘Ibu… Nak pergi LEGOLAND®. Ibu… Jom lah pergi LEGOLAND®’. Reaksi Ibu? Insyaallah… Doa lah banyak-banyak supaya ada rezeki kita untuk pergi LEGOLAND®. Finally… Doa anak-anak termakbul bila kami dapat menjejak kan kaki ke LEGOLAND® untuk memeriahkan majlis Pelancaran Filem 4D Pertama Dunia “LEGO® City 4D – Officer In Pursuit” Di Legoland Malaysia.


Pelancaran Filem 4D Pertama Dunia “LEGO® City 4D – Officer In Pursuit” Di Legoland Malaysia


Ia nya merupakan tarikan terbaru di Taman Tema LEGOLAND® dimana LEGOLAND® Malaysia merupakan LEGOLAND® yang pertama di dunia melancarkan filem LEGO® empat dimensi (4D) menerusi filemnya iaitu LEGO® City 4D – Officer In Pursuit. Anda boleh merasai sendiri pengalaman menonton filem 4D bersama keluarga bermula dari 24 Januari 2019.

LEGO® Emmet and LEGO® Policeman

Mr. Kurt Stocks, Pengurus Besar LEGOLAND® Malaysia Resort berkongsi tentang penambahan jenama baru di LEGO® 4D, LEGO® City 4D Movie – Officer in Pursuit

Menurut Pengurus Besar di LEGOLAND® Malaysia Resort Kurt Stocks, pada tahun 2019 LEGOLAND® komited untuk memperkenalkan tarikan baharu bagi memastikan taman ini menarik untuk pengunjung yang datang. Pengunjung boleh merasai pengalaman yang menyeronokkan  dengan menyertai aktiviti yang disediakan terutama untuk kanak-kanak dimana pada masa yang sama mereka boleh bermain sambil belajar 

Pelancaran rasmi LEGO® City 4D Movie – Officer in Pursuit dengan Encik Kurt Stocks, Pengurus Besar LEGOLAND® Malaysia Resort bersama LEGO® Emmet dan LEGO® Policeman.


Dalam filem LEGO® City 4D – Officer In Pursuit ini anda dapat saksikan bagaimana polis LEGO® City mengejar penjenayah melalui jalanan dan bangunan pencakar langit Metropolis. Dah nama pon filem 4D kan, kita dapat rasa seolah-olah berada dalam filem itu sendiri dengan percikan air, pecahan gelembung buih, angin kencang dan juga kepulan asap. Kejutan demi kejutan. Memang terbaik lah weather effects nya sebab basah lah kami semua dalam panggung tu. Memang teruja sangat dibuatnya. Rasa nak tengok lagi sebab tak puas.

CS Lim, Pengarah Kewangan LEGOLAND® Malaysia Resort, Mahendira Raj, Pengarah Kesihatan, Keselamatan dan Keselamatan LEGOLAND® Malaysia Resort dan Mr. Kurt Stocks, Pengurus Besar LEGOLAND® Malaysia Resort mengalami kesan cuaca yang realistik seperti pecahnya gelembung, percikan air dan angin kencang.

Kusyuk menonton masing-masing ☺

Tersangat best walau basah dibuatnya ☺

Kalau nak tahu, LEGOLAND® sedang menganjurkan LEGO® Movie Event Days bermula dari 24 Januari - 31 Mac 2019 bersempena dengan pelancaran LEGO® Movie 2: The Second Part tidak lama lagi. Banyak aktiviti menarik dan menyeronokkan yang disediakan untuk pengunjung dimana mereka berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat watak kegemaran dari filem sempena LEGO® Movie Event Days ni. Antaranya:

"The LEGO Movie" Scavenger Hunt
  • Wyldstyle, MetalBeard, Unikitty dan Benny telah kehilangan jalan dan Emmet memerlukan bantuan untuk mencari rakan-rakannya di Miniland.
"The LEGO Movie" Misteri Mosaic
  • Para tetamu bekerjasama untuk membantu membina mosaik LEGO misteri sepanjang hujung minggu.
Character Meet and Greet Session
  • Bertemu Emmet, Wyldstyle dan watak baru yang ditemui dari filem semasa sesi meet and greet.
LEGO® Movie Building Activity
  • Buat kapal angkasa dan melarikan diri dari Invaders Alien yang menyerang Bricksburg. Pembina tuan akan memenangi koleksi eksklusif dari filem itu.
Sempena sambutan Tahun Baru Cina @ Lunar New Year ini juga pengunjung yang datang ke LEGOLAND® dapat melihat keindahan dekorasi Garden of Prosperity dan juga lupa sertai aktiviti Festive Building Activity di mana pengunjung diberi peluang untuk membina panda dan oren Mandarin dari LEGO® bricks. Terdapat juga pertunjukan menarik seperti Tarian Singa dan Naga untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru.


Ok… Jangan lupa sertai dan memeriahkan lagi program LEGO® Movie Event Days yang berlangsung dari 24 Januari - 31 Mac 2019. Bermula setiap hari dari Isnin hingga Ahad dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang. Nikmati Tawaran istimewa di mana LEGOLAND® mengumumkan pakej pas tahunan bagi pemegang MyKad dengan harga RM239.00 untuk Dewasa dan RM190.00 untuk kanak-kanak (3 – 11 tahun). Keistimewaan pada pemegang pas ini adalah mereka dapat menikmati akses TANPA HAD ke LEGOLAND® Theme Park dan LEGOLAND® Water Park untuk sepanjang tahun.


Paling menarik, mereka juga mendapat akses percuma ke SEA LIFE Malaysia yang dijadualkan bakal menemui pengunjung pada bulan April 2019 ni. Best nya kalau dapat sertai kemeriahan majlis pembukaan SEA LIFE Malaysia ni nanti. Apa tunggu lagi, cepat buat tempahan sekarang dan nikmati keriangan bersama keluar di Taman Tema LEGOLAND® Malaysia Resort. Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti, boleh follow social media LEGOLAND® Malaysia Resort di:

Website

Facebook

Instagram

Alamat


LEGOLAND® Malaysia Resort
7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini  
79250 Nusajaya, Johor Darul Takzim, Malaysia

No. Telefon
07-597 8888

You Might Also Like

3 komen

  1. Yeay, legoland dah ada movie 4D.. best best!

    ReplyDelete
  2. Wah, tak sabar nk terjah legoland dengan anak2 dah rasai tarikan baru di sini

    ReplyDelete
  3. ada macam2 tarikan kat situ da.. masa mula2 bukak mcm
    biasa2 je kan.. tapi kite x sampai gi.. kena plan trip ke JB ^^

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page