A'bloom | Rangkaian Produk Terbaru Dari Althea

Tuesday, May 21, 2019

Althea… Kalau masuk website dia kan, tak sah kalau tak rambang mata tau. Semua product dalam website tu tersangat best. Dah lah best, packaging comel-comel pula tu. Sehari pon tak cukup kalau nak search. Boleh ambil masa berhari-hari nak pilih barang. Ni saya nak tambah rambang mata korang semua dengan rangkain produk terbari dari Althea iaitu A’bloom. Mesti korang akan jatuh hati dengan produk A’bloom ni sebab packaging nya cute dan produk nya pon best.


Rangkaian produk terbaru dari Althea iaitu A’bloom ni terdiri dari 3 produk iaitu:


  • 1 A'bloom Giant Meringue Puff
  • 3 A'bloom Baby Meringue Puffs
  • A'bloom BHA Blackhead Blaster
  • A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
  • A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
  • A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
  • A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet

Rangkaian produk terbaru dari Althea iaitu A’bloom


A'bloom Giant Meringue Puff – Giant (RM8.00) / Baby (RM11.00/3 pcs)


Dalam ketiga-tiga produk baru Althea ni kan. Saya paling geram dengan Meringue Puff ni tau. Bila tengok macam cookies jer dan rasa macam nak makan sebab comel sangat.. Hahaha.. Kalau korang nak tahu, A’bloom Meringue Puff ni merupakan beauty tool yang pertama dari Althea tau dimana ianya telah diilhamkan dari biskut meringue.  Diperbuat daripada span bukan latex (non-latex sponge) dan bersifat hidrofilik apabila saiz nya akan membesr 1.5 kali ganda daripada saiz normal apabila direndam dalam air.


Cara penggunaan pula. Untuk Giant Meringue Puff, sesuai digunakan pada bahagian muka yang luas seperti pipi dan dahi. Untuk Baby Meringue puff pula digunakan pada bahagian muka yang kecil seperti atas kelopak mata dan tepi-tepi hidung. Ada dua cara penggunaan A’bloom Merigue Puff ni. Untuk makeup yang moist and glossy, boleh rendam di dalam air sebelum menggunakannya. Manakala untuk makeup yang matte and flawless, tak perlu basah kan dengan air.

A'bloom BHA Blackhead Blaster (RM16.00)


Untuk mereka yang mengalami masalah Blackheads, Whiteheads dan masalah kulit mati, boelh lah try A'bloom BHA Blackhead Blaster ni. Ianya membantu membersihkan lian-liang dengan perlahan dan mengeluarkan sel-sel kulit mati tanpa sebarang kerengsaan atau kemerahan pada kulit. Apa yang best dengan BBB ni kan, ianya mengandungi:
  • BHA Semulajadi yang membantu membersihkan liang yang dalam dan mengelupas kan sel-sel kulit mati
  • Apricot Seed berfungsi mengeluarkan sebum yang berlebihan
  • Arang pula membantu menyerap kotoran pada liang-liang
  • Tea Tree leaf Oil menenangkan serta menghalang kemerahan dan kerengsaan pasa kulit


Cara pakai pon tak susah. Hanya lembabkan sedikit kulit muka. Sapu pada Kawasan yang bermasalah dan urut dalam gerakan membulan selama 30 saat. Selepas itu boleh dibilas dengan air dan rasai perbezaan nya. Senang saja kan. Packaging pon cute dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. 

A'bloom Fruits Mask Sheet - RM 2 (1 Sheet) RM 15 (10 Sheet)



Geram betul saya tengok packanging A'bloom Fruits Mask Sheet sebab comel sangat. Mempunyai antioksidan buah-buahan yang kuat dan sesuai untuk semua jenis kulit. Mempunyai kesan penyejukan dan penyerapan yang sangat baik dan mengekalkan kulit lembap sehingga keesokan harinya. Ia juga memberi aroma sitrus lembut dengan sentuhan yang menyegarkan. Terdapat 4 jenis A'bloom Fruits Mask Sheet dan keistimewaanya. Iaitu:

A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet


  • Melembaokan dan menenangkan kulit semasa cuaca panas
  • Mengandungi asid aminoik semula jadi (Citrulin & Betain) yang membentuk membrane pelembap semulajadi pada kulit dan menjadikan kulit lembap, licin dan tidak kering
  • Mengandungi ekstrak lavender yang membantu menenangkan kulit yang sensitive

A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet


  • Menghalang penuaan dan kaya dengan protein 
  • Memberikan rasa berseri dan keanjalan pada kulit
  • Mengandungi Antocyanin, antioksidan untuk mengelakkan kulit daripada penuaan 

A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet


  • Mengandungi ramuan Vitamin C yang tinggi untuk membantu membaiki dan melindungi kulit daripada kerosakan UV
  • Fungsi Vitamin C menghalang pengeluaran melanin dengan memberikan kulit yang cerah dan telus
  • Mengandungi ekstrak the hijau yang kaya dengan bahan Vitamin Cuntuk membantu mengawal pengeluaran melamin

A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet


  • Membantu mengawal keseimbangan minyak dan air pada kulit
  • Membantu menormalkan kitaran kulit dan menghalang sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit licin
  • Mengandungi ekstrak pokok teh untuk membersih dan mengelak masalah pori

Kalau korang berminat nak mencuba Rangkaian Produk Terbaru Dari Althea iaitu A'bloom ni, korang boleh pergi ke laman web https://my.althea.kr/althea-exclusives/a-bloom. Apa tunggu lagi, shopping cepat. Especially A'bloom Fruits Mask Sheet ni. Laku keras tau ☺


You Might Also Like

3 komen

  1. Althea ni kena belu online aje ke? Macam menarik mask tu

    ReplyDelete
  2. blackhead blaster tu best sangat...

    ReplyDelete
  3. Wonderful collection! Thank you for sharing best care products I really likes it.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive