Salam Ramadan Kareem 1444H Dan Cara Menyambut Ramadan

Wednesday, March 22, 2023

Kurang beberapa jam dari sekarang bulan Ramadan bakal menjelma. Bulan yang penuh dengan kemulian, keampunan dan kerahmatan. Sedang buat persiapan untuk menyambut bulan Ramadan ke tu? Ker tengah sibuk buat persiapan nak menyambut hari raya? Hehehe.. Bukan apa, sana sini dah mula sesak dengan orang ramai. Terutama nya butik-butik muslimah. Sibuk cari baju raya sebelum nak start puasa ni kan. Boleh lah nak tumpu perhatian untuk beribadah nanti kan. Kalau dah start puasa nanti dah lak larat nak cari. 


Ok... Tak nak cerita pasal persiapan raya sebab saya pun belum beli apa-apa lagi baju raya sebab banyak dah berhabis untuk persiapan persekolahan. Cuma saya nak share berkenaan dengan Cara Menyambut Ramadan yang sebetulnya. Bila menjelang Ramadan ni biasanya kita terlalu excited dengan persiapan, fikir menu untuk bersahur dan berbuka. Ada tak kita berdoa kepada Allah supaya kita diberikan kebarkatan, keimanan, keselamatan untuk kita menjadi benar-benar mampu untuk menempuhi Ramadan dengan  acara-acara ibadah?

Anas bin Malik RA berkata: “Rasulullah ﷺ berdoa sebaik sahaja datangnya bulan Rejab.”

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah berkatilah bagi kami pada bulan Rejab dan Sya’ban serta berkatilah kami juga pada bulan Ramadan”

Terdapat beberapa cara untuk kita menyambut kedatangan Ramadan agar kedatangannya memberikan rahmat dan keberkatan buat kita. Antara yang ialah:

 

1) Perbaiki Niat

Firman Allah SWT:

وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ

Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya”.

(Al-Bayyinah: 5)

Tanpa niat maka ianya tidak dikira sebagai ibadah boleh jadi hanya menjadi adat kebiasaan sahaja. Persiapkan niat kita untuk mengahadapi Ramadan ini hanya kerana Allah. Jika jantung hati telah terfokus hanya untuk mencari keredhaan Allah maka amal perbuatannya selepas itu akan menjurus kepadanya juga.

Memperbaiki niat bukanlah sesuatu yang mudah semudah mengucapkannya di bibir, para salaf juga tidaklah terlepas dari kepayahan ini. Sufyan al-Thauri Rahimahullah meskipun dengan kehebatan ilmu dan kewarakannya juga pernah berkata: “Tidaklah pernah aku merawat sesuatu yang paling sukar melainkan niatku (untuk ikhlas kepada Allah)”. Jika beginilah keadaannya Sufyan al-Thauri apatah lagi kita?

2) Berdoa

Jika kita melihat perihal golongan salaf dalam menyambut Ramadan, antara yang diamalkan oleh mereka adalah dengan berdoa. Begitu juga dengan Nabi yang mana di dalam sebahagian hadith  meriwayatkan mengenai perihal doa Nabi untuk diberkati di dalam bulan Ramadan dan juga ketika melihat anak bulan Ramadan. Antara doa-doanya telah kami sebutkan pada perbincangan di atas.

Meskipun sesetengah hadith tersebut tidak mencapai taraf sahih namun ianya boleh diamalkan berdasarkan keumuman berdoa selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syarak dan mestilah tidak menyandarkan doa tersebut pada Nabi .

Al-Imam Ibn Rejab al-Hanbali Rahimahullah di dalam kitabnya, Lataif al-Ma’arif menukilkan daripada Ma’la bin al-Fadhl: “Adalah mereka (golongan salaf) berdoa kepada Allah selama enam bulan supaya disampaikan kepada mereka bulan Ramadan dan enam bulan lagi supaya Allah ﷻ menerima daripada mereka amalan mereka”.

Beliau juga menyebut daripada Yahya bin Abi Kathir iaitu di antara doa para salaf itu ialah: “Ya Allah, selamatkanlah (sampaikanlah) diriku hingga ke bulan Ramadan, terimalah (pahala) Ramadhan untukku dan perkenankanlah amalanku di bulan Ramadan”.

3) Memperbanyakkan Membaca Al-Quran

Ramadan adalah bulan yang amat istimewa. Di dalamnya diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk buat sekalian manusia. Mari kita lihat keadaan salaf dalam mengagungkan Al-Quran ketika bulan Ramadan, semoga dengannya dapat membangkitkan semangat kita dalam beramal soleh:

  • Ibrahim al-Nakha’i Rahimahullah meriwayatkan bahawa al-Aswad mengkhatamkan bacaan Al-Quran dalam bulan Ramadan setiap dua malam sekali.
  • Adalah Qatadah Rahimahullah mengkhatamkan Al-Quran pada setiap tujuh hari sekali. Ketika tibanya Ramadan, beliau mengkhatamkan Al-Quran pada setiap 3 hari sekali. Manakala ketika tibanya sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan, beliau mengkhatamkan Al-Quran sekali pada setiap hari. 
  • Daripada Mujahid Rahimahullah bahawasanya beliau mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan sebanyak sekali pada setiap malam.
  • Telah berkata al-Rabe’ bin Sulaiman Rahimahullah bahawa al-Imam al-Syafi’e Rahimahullah mengkhatamkan Al-Quran sebanyak enam puluh kali pada bulan Ramadhan di luar bacaan solat. 
  • Al-Imam Malik Rahimahullah apabila tibanya bulan Ramadan, beliau meninggalkan majlis pembacaan hadith dan beralih kepada Al-Quran.
  • Al-Imam Al-Zuhri Rahimahullah apabila tiba bulan Ramadan mengatakan: “Bulan ini adalah bulan tilawah (membaca Al-Quran) dan memberi orang makan”.
Begitulah keadaannya para salaf apabila tibanya bulan Ramadan, mereka mengagungkannya dengan membaca serta mengkhatamkannya.

4) Bersedekah & Memberi Makan

Dalam sebuah hadith riwayat al-Imam al-Bukhari Rahimahullah, daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ‏

Maksudnya: Adalah Nabi ﷺ seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi ﷺ pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah ﷺ menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas.
Riwayat Al-Bukhari (3554)

Banyaknya Nabi bersedekah pada bulan Ramadan  menunjukkan bahawa bersedekah pada bulan ini terdapat kelebihannya yang tersendiri. Banyaknya Nabi bersedekah pada bulan Ramadhan  menunjukkan bahawa bersedekah pada bulan ini terdapat kelebihannya yang tersendiri. Dalam sebuah hadith riwayat Anas RA menyebutkan:

سُئِلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَىُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ: ‏‏ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ ‏.‏ قِيلَ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ: ‏ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ ‏

Maksudnya: Ditanyakan Nabi puasa apakah yang terbaik selepas Ramadan?. Jawab Nabi ﷺ: Puasa di bulan Sya’ban untuk mengagungkan Ramadan. Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Nabi ﷺ: Sedekah di bulan Ramadan.

Riwayat Al-Tirmizi (663) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini gharib.

Begitu juga dengan memberi makan dengan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang lain. Ianya juga adalah dari jenis sedekah bahkan mempunyai ganjarannya yang tersendiri. Ini seperti mana yang telah diriwayatkan dalam sebuah hadith Rasulullah ﷺ yang mana Baginda telah bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.

Riwayat Al-Tirmizi (807) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih.

5) Qiyam

Qiyam yang dimaksudkan di sini ialah  dengan menghidupkan malam hari di bulan Ramadan dengan beribadah kepada Allah ﷻ. Disunatkan bagi kita untuk menunaikan solat sunat yang dikenali dengan Solat Taraweh secara berjemaah ataupun bersendirian.  Terdapat sebuah hadith yang menceritakan tentang ganjaran bagi mereka yang menunaikan qiyam. Ianya sepertimana sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ قِيَامَ لَيْلَةٍ

Maksudnya: Barang siapa yang solat qiyam bersama imam sehingga selesai, maka Allah  telah memberikannya ganjaran qiyam sepanjang malam.

Riwayat Al-Tirmizi (806), Al-Nassa’ie (1605) & Ibn Majah (1327)

Maka rebutlah peluang ini serta ditambahkan lagi dengan amal-amal yang lain di siang harinya agar tawaran yang telah disediakan oleh Allah ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita.

Telah berkata Dr. Sayyid al-Affani: “Kita mendapati golongan salaf yang terdahulu menyambut Ramadhan dengan taubat nasuha kepada Allah ﷻ dan kembali kepada-Nya dengan mengerjakan ketaatan, memperbaiki diri sama ada dalaman dan luaran, bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadah puasa, solat, membaca al-Quran, berzikir dan semua jenis ibadat.”

Sumber: [BAYAN LINNAS]

Lafaz Niat Puasa Ramadan Dan Niat Puasa Sebulan Ramadan

Mana lah tahu kot-kot ada yang lupa sebab teruja sangat nak sambut ramadan. Maklumlah... Puasa kan setahun sekali. Bila nak puasa baru lah nak cari Lafaz Niat Puasa Ramadan, Niat Puasa Sebulan Ramadan dan Doa Berbuka Puasa untuk dihafal. Betul tak? Tapi kan... Melampau lah kalau Lafaz Niat Puasa Ramadan, Niat Puasa Sebulan Ramadan dan Doa Berbuka Puasa pon kau tak ingat langsung. Nak senang pergi dengar lagu kumpulan Raihan tu. Lagu Doa Niat Puasa tajuknya. Tapi tak apa… Pada yang lupa tu, ini doanya:


Pendek jer ni kan. Tak susah pon nak hafal. Upin Ipin tu pon boleh hafal, tak kan korang tak boleh kan. Tapi kalau nak senang, lebih baik niatkan puasa untuk sebulan terus. Kalau ini pon susah sangat, pergi download lagu tu. Sambil dengar sambil hafal. 

Kalau kedatangan bulan Ramadan ni, anak-anak lah paling tak sabar. Asyik tanya saja bila nak puasa. Bila bulan Ramadan ni kan, antara perkara yang saya rindu dan teringin nak buat ialah solat terawih dekat Masjid. Rindu betul kenangan solat Terawih dengan kawan sepermainan. Sejak dah ada anak memang tak berkesempatan nak pergi. Berbeza rasanya bila solat terawih dekat rumah dengan dekat masjid ni kan. Ini anak-anak semua dah besar, insyaallah... boleh lah pergi tahun ni.

Barang-barang basah untuk bulan puasa pon belum beli lagi ni. Minggu ni mesti pasar pon ramai orang kan. Dah rancang menu untuk bersahur dan berbuka puasa ke? Se eloknya buat list mingguan kan. Nak masak apa minggu ni dan minggu seterusnya. Tak ada lah mati kutu dok fikir nak masak apa kan. Masalah orang perempuan sangat. Ok lah... Selamat berpuasa semua. Janga lupa baca niat puasa dan jangan lupa kunci jam yer ☺

Note: Semoga tak terlaja sahur hendaknya ☺


You Might Also Like

2 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive