Dashing Lancar Semburan Deodoran dan Wangian Badan Untuk Lelaki Yang Pertama

Tuesday, July 16, 2019

Penggunaan wangian badan untuk bauan yang harum dan deodorant supaya dapat mengekalkan kesegaran dan menghindarkan dari badan berbau adalah sangat penting buat kaum lelaki. Iya lah… permulaan hari kenalah bermula dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Susah juga nak cari minyak wangi yang baunya boleh digabung dengan haruman dari deodorant yang tujuan nya untuk mengatasi bau badan saja.


Biasanya ada sesetengah lelaki yang hanya menggunakan deodorant sahaja untuk mengelak kan badan berbau. Tak pakai minyak wangi pon tak apa sebab semburan dari deodorant tu dah wangi. Lagi pon minyak wangi mahal juga harganya. Kan bagus kalau ada deodorant yang boleh jadi minyak wangi dalam masa yang sama. Orang kata 2 in 1 lah. Lebih ringkas, mudah dan cepat kan. Memahami keperluan lelaki masa kini, Dashing ada penyelesaiannya apabila tampil dengan produk terbaru mereka iaitu Semburan Badan DEO + Perfume yang pertama dari Dashing.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki, Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY menggabungkan kedua-dua manfaat deodorant dan minyak wangi dalam SATU botol yang dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette bagi memberikan haruman maskulin yang tahan lama bagi memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Yang bestnya, ianya memberi kesan perlindungan 24 jam terhadap bau badan dengan agen anti-bau dan anti-bakteria.


Untuk semburan deodorant yang biasa, ianya hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala untuk DASHING DEO + PERFUME yang baru ni dapat bertahan lama sebab satu botol boleh menyembur sehingga 880 semburan dan tahan sehingga 146 hari kerana formulanya adalah 100% deodorant. Menarik sangat kan dan baunya memang tersangat wangi lah.

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY ni terdapat dalam 4 variasi. Iaitu:


HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Dengan reka bentuk yang ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana saja kerana datang dalam pek bersaiz 120ml dengan harga RM12.20. Produk DASHING DEO + BODY SPRAY ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper dan juga platform belian atas talian. Untuk mengetahu lebih lanjut berkenaan dengan produk DASHING, boleh layari laman sosail mereka di:

Facebook: 

Instagram: 

You Might Also Like

0 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive