AFY haniff Dan Team Bekerjasama Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM, Kubang Kerian

Wednesday, October 16, 2019

Jarang sangat kita dengar pengusaha Bumiputera yang mengusahakan perniagaan berasaskan produk detergen dan penghalau serangga kan. Memandangkan sekarang sedang hangat dengan kempen Buy Muslim First (BMF), di sini saya nak share dengan anda semua berkenaan dengan Syarikat yang mengeluarkan produk tersebut iaitu Syarikat AFY haniff Group (M) Sdn Bhd yang diasaskan dan diperbadankan di Malaysia. Syarikat AFY Haniff ni merupakan 100% Syarikat IKS tempatan yang diusahakan sejak tahun 2006 lagi tau yang terletak di Telok Mas, Melaka. 


Berkemahiran Dalam Pembuatan Produk herba


Kalau anda nak tahu, Syarikat AFY haniff ni sangat terkenal dan mahir dalam pembuatan produk herba dengan terhasil nya detergen herba organik dan juga penghalau serangga yang di formulasikan juga dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga kerana kandungan nya mengandungi pati Seri Wangi dimana pati Seri Wangi ni terbukti berkesan untuk mengusir pelbagai jenis serangga secara semulajadi tanpa memudaratkan pengguna. Dan yang paling best, produk Afy haniff telah berjaya berada di lebih daripada 2,000 pasar raya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand. Rasa bangga lah sebab produk Bumiputra boleh pergi jauh macam ni.

Antara Aktiviti Syarikat AFY haniff


Ok… Anda dah tahu serba sedikit tentang Syarikat AFY haniff kan. Sekarang saya nak cerita tentang aktiviti yang mereka lakukan. Selalu nya memang ada Syarikat yang akan membuat aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR) atau lebih dikenali sebagai khidmat sosial kepada badan-badan kebajikan. AFY haniff juga tidak terkeculi dengan aktiviti ini di mana baru-baru ini mereka mengadakan gotong royong untuk mewangikan Rumah Ronald McDonald yang terletak di HUSM Kubang Kerian. Aktiviti ini adalah hasil kerjasama yang pertama di antara AFY haniff dan juga team McDonald’s dengan di bantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama-sama menjayakan event ini.


Usaha team AFY haniff untuk mewangikan Rumah Ronald McDonald ini harus dipuji kerana tujuan meraka adalah sebagai tanda simpati kepada para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Secara tidak langsung, kehadiran AFY haniff sedikit sebanyak dapatlah meringankan beban adik-adik pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian.  


Aktiviti yang telah di jadualkan pada hari tersebut bermula seawal pagi lagi di mana mereka yang mengambil bahagian diminta berkumpul untuk sesi perkenalan dan taklimat ringkas berkenaan dengan projek mewangikan Rumah Ronald McDonald yang akan di lakukan nanti. Selesai sesi perkenalan dan taklimat, mereka semua di bawa untuk melawat Kawasan Rumah Ronald McDonald dengan lebih dekat lagi dan mengenal pasti Kawasan-kawasan yang hendak dibersihkan dan di wangikan ☺


Selesai semua sesi taklimat dan melawat Kawasan, apa lagi… sesi membeli belah pula untuk kegunaan semua penghuni Rumah Ronald McDonald. Antara barangan keperluan yang di beli antaranya ialah barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah. Memang best shopping barangan keperluan ni. Lagi best kalau dapat join mereka sekali. Teringin juga nak buat aktiviti macam ni. Ok… Selesai membeli belah, tiba masa untuk acara memasak beramai-ramai. Best nya bila masing-masing berganding bahu di dapur kan. Makan pula beramai-ramai. Memang meriah.


Dah shopping dan dah makan, seterusnya aktiviti yang di nantikan iaitu mewangikan Rumah Ronald McDonald. Aktiviti ini menggunakan sepenuhnya produk keluaran AFY haniff. Antara tugasan yang di lakukan adalah seperti menyapu sampah dan mop lantai. Untuk mop lantai ni, produk yang di gunakan ialah pencuci lantai SWIPEL AFY haniff. Manakala untuk mewangikan lagi fabrik yang terdapat di Rumah Ronald McDonald seperti langsir dan sebagainya, pewangi fabrik D’MENC jadi pilihan. Untuk tugasan mencuci pinggan pula sudah semesti nya sabun pencuci pinggan 40 DAYS yang digunakan.


Pemberian Wang Kepada Salah Seorang Waris Pesakit


Selesai semua aktiviti dan tugasan mewangikan Rumah Ronald McDonald, pemberian wang secara ‘kilat’ turut diberikan kepada salah seorang waris pesakit pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Pemberian wang yang tidak seberapa ini di beri secara mengejut ‘on the spot’ kerana merasa simpati atas nasib yang menimpa keluarga ini. Anak kepada waris pesakit ini sedang terlantar di HUSM akibat di langgar kereta dan usianya baru 5 tahun saja. Kecederaan yang di alami agak serius dan sama-sama lah kita doakan agar adik ini cepat sembuh.


Usaha yang di lakukan oleh Syarikat AFY haniff dalam mewangikan Rumah McDonald dan membantu waris pesakit ini seharusnya di puji. Oh! Ya… Rangkaian produk AFY haniff ni terdiri daripada beberapa jenis. Iaitu SWIPEL (Penyembur serai wangi, pembersih lantai, lilin penghalau, kiub anti tikus, kiub anti lipas, minyak penghalau nyamuk), DMENC (penyegar fabrik dan pewangi kereta & bilik), 40DAYS (pencuci pinggan) dan PLASH (pencuci tangan berbuih). Anda boleh cari semua produk ni di Hypermarket seperti Giant, Mydin, Tesco, Aeon dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, boleh layari:





You Might Also Like

2 komen

  1. Wah! bagusnya buat amal jariah. semoga pihak puan mendapat banyak pahala dan dipermudahkan segala urusan. amin.

    ReplyDelete
  2. Tahniah AFY haniff berjaya memberikan senyuman kepada penghuni Rumah Ronald McDonald.

    ReplyDelete


Labels

Instagram