Deco Budget Dengan PE Foam 3D Wallpaper Brick Waterproof

Tuesday, October 01, 2019

Ada macam-macam design wallpaper yang terdapat di pasaran sekarang kan. Dari yang murah, sampai lah yang mahal. Nak yang bercorak? Atau plain? Atau 3D? Semua ada. Kalau ada budget, boleh beli yang berkualiti. Tapi kalau budget tak berapa nak ada, beli yang berpatutan pon dan cantik. Deco budget tak semestinya tak cantik kan? Kalau pandai pilih material dan kaler yang bersesuaian, memang boleh menyerlah hasilnya.


Sekarang ni kan trend 3D wallpaper. Kalau rasa tak mampu nak pasang subway tiles, korang boleh cuba pakai PE Foam 3D Wallpaper Brick. Ada macam-macam warna. Saya pon tak expect akan pasang PE Foam 3D Wallpaper Brick ni dekat rumah. Memang tak terfikir langsung pon sebab pasang nya dekat dapur, memadai dengan cat sahaja. Atau tak suka cat sedia ada, korang boleh cat warna lain. Sebab dekat dapur tak sesuai pakai wallpaper. Ini Kitchen Consultant yang bagi tahu.

Ini lah dia subway tiles kalau ada yang tak tahu lagi ☺ (Sumber: Google)

Kisahnya…. Kami cari tukang pasang grill dekat rumah. Jumpa lah dekat area rumah ni. Katanya dia memang pernah pasang dekat Kawasan perumahan kami ni. Ok lah… Dia datang umah dan ukur semua. Bila hari nak pasang, kami tunggu kontraktor ni buat kerja sekejap je sebab ada hal. Pesan dekat diorang suruh tinggal kan kunci rumah dalam box. Esoknya saya datang lah check. Grill dekat sliding door and main door ok… Cantik. Tapi bila saya tengok grill dekat dapur… hurmmm… ada sedikit kecacatan.

Nampak tak :-(

Dapur rumah saya tu, tiles nya separuh. Bukan jenis high tile sampai ceiling. Bila tengok grill tu… Alamakkk… Macam salah pasang je. Pada pendapat saya, kontraktor tu kena pasang grill dalam frame tingkap, bukan dekat luar frame tingkap tu. Bila dia pasang luar frame tingkap tu, effect dia pada tiles yang separuh tu. Ada gap sebab tile tu kan tebal. Bila pasang grill pada dinding yang tak rata, kejadian tu nampak tak cantik. Dapat bayangkan tak? Grill tu macam bengkok sikit dan crack sebab dia tak rapat ke dinding. Nampak tak kemas lah.. huhuhu…

Sepatutnya macam ni pasang nya. Gambar ni saya ambil dari WA masa minta quotation KC.

Bukan grill dekat dapur je, grill dekat tingkap kat tangga dengan bilik air pon sama juga. Even tak ada tile, tapi bila pasang diluar rangka tingkap memang nampak tak kemas. Tapi tak apa lah. Benda dah nak jadi. Tak kan nak suruh kontraktor buka balik. Jadi double kos pula nanti. Kita cari jalan penyelesaian macam mana nak tutup kekurangan tu. Benda boleh dibawa bincang, buat apa nak pening kepala kan. Husband cadangkan pakai wallpaper. Tu yang survey wallpaper dalam shopee terjumpa PE Foam 3D Wallpaper Brick ni. Nak pakai subway tiles, out of budget kot. Apa lagi… Rambang mata juga lah nak pilih warna. Kalau nak ikutkan, kami pilih warna Beige. Tapi dapat macam warna kuning. Rasanya dia bagi salah warna. Gasak lah. Cantik juga.


Sebelum kontraktor kitchen cabinet datang, kami kena mulakan proses pasang PE Foam 3D Wallpaper Brick ni dulu sebab kalau dah pasang kitchen cabinet nanti susah pula nak pasang PE Foam 3D Wallpaper Brick ni. Bila orang tak ada pengalaman pasang wallpaper, memang agak mencabar juga lah. Sebab nak kena ukur and nak kena gunting lebihan nya. Senang cakap memang menguji kesabaran juga lah ... hahaha..

Cara Pasang PE Foam 3D Wallpaper Brick


Macam mana nak pasang? Kena beli gam ke? Korang tak perlu risau sebab PE Foam 3D Wallpaper Brick ni memang dah siap dengan gam dan gam dia sangat kuat sampai melekit-lekit dekat tangan.  Kalau salah pasang, bila buka balik dengan cat-cat sekali tercabut. Possibility untuk PE Foam 3D Wallpaper Brick tu tercabut  memang susah lah. Lepas tu kalau terkena pen atau benda-benda kotor pon senang nak cuci. Just lap je sebab dia jenis waterproof. 

Beli dengan Valoobuy

Kalau beli dekat shopee, korang kena tengok harga dan compare kan sebab ada yang jual mahal dan ada yang jual murah. Lepas tu korang tengok ketebalan. Sebab ada yang nipis dan ada yang tebal. Macam saya beli yang tebal nya 8 mm sebab nak tutup kecacatan pada grill yang tak rapat ke dinding. Jangan lupa baca review juga yer. Sebab kalau baca review yang positive tu kita percaya lah sikit kan. Kalau review banyak yang negative sila elak kan berurusan dengan seller tu. Nanti saya share pasal Kitcen Cabinet pula ye.

Terlebih edit pulak. malas nak adjust

Note: Tunggu curtain blind pula ☺


You Might Also Like

7 komen

  1. Cantik KC dapur fiza tau, kenan tgk...baru tau 3D wallpaper brick tu kuat ye...kdg2 nak beli risau sbb gam lah...skrg dah tahu boleh lah survey.

    ReplyDelete
  2. cantiknya kitchen cabinet fiza, dah letak pe form tu nampak kemas je.

    ReplyDelete
  3. Cantik sangat2 kesannya. Nak cuba dari dulu lagi sebab tak berani. Bolehlah ada semangat lepas baca post ni :D

    ReplyDelete
  4. tapi nak buat sendiri tu la yg leceh.. nanti mulalah rasa tak samalah apalah .. haha. kan?

    ReplyDelete


Labels

Instagram