Shopping Roller Blinds Di Shopee!!

Friday, November 08, 2019

Shopping Roller Blinds Di Shopee!! | Nak kata kaki shopping online tu, tak juga lah. Tapi ada lah juga shopping. Medium paling mudah dan senang kalau kau sejenis malas nak ke shopping mall adalah membeli belah di hujung talian. Selalu kalau saya shopping online tu, antara barang yang pernah di beli adalah buku/novel, baju, mainan anak-anak, bag, kasut, handbag dan yang paling besar pernah beli ialah basikal budak.


Baru-baru ni saya shopping online. Buat pertama kali nya shopping barang rumah secara online. Kebetulan saya mencari langsir, curtain rod dan roller blind untuk rumah. Pergi lah dekat KAISON Sunway Putra Mall, syurga membeli barang perhiasan rumah kan. Bukan setakat langsir dan curtain rod yang di beli, macam-macam lah hasil pancing nya. Tapi roller blinds tak ada. Yang ada pon wooden/bamboo blinds. Tapi harga pon boleh tahan juga lah. Nak cari dekat tempat lain, memang tak ada masa dah sebab nak uruskan hal rumah every weekend. Hubs pon kerja. Jadinya… beli online lah jawab nya.

Misi mencari roller blinds pon bermula. Mana lagi kalau bukan dekat SHOPEE kan.  Kalau nak shopping dekat Shopee atau mana-mana juga online shopping ni, kena berhati-hati juga. Takut kena tipu dengan seller. Nak selamat, rajin-rajin lah baca review. Banyak juga lah jumpa roller blinds dari seller yang berlainan. Rambang juga mata sebab nak ceri perbezaan harga. Ada yang jual murah dan ada yang jual agak mahal. Tambah juling mata bila baca banyak review.

Jenis-Jenis Blinds Untuk Tingkap


Oh! Ya. Blinds atau tirai ni ada beberapa jenis tau. Ada orang dia suka pakai langsir. Dan ada yang nak nampak moden, diorang pakai blinds. Tak kisah lah blinds atau langsir, dua-dua pon cantik kalau di pasang dalam rumah. Jadinya… Kalau korang berhasrat nak pasang blinds, ketahui dulu Jenis-Jenis Blinds Untuk Tingkap ni:

1) Roller Blinds


Sumber pic: Google

Roller Blinds ni selalu kita tengok dekat pejabat-pejabat selalu pakai kan. Pasang dekat rumah pon sesuai juga. Ada dua jenis roller blinds, manual dimana ianya di tarik menggunakan tali manakala automatic pula menggunakan remote control. Ada macam-macam warna dan corak.

2) Roman Blinds

Sumber pic: Google

Atau disebut tirai ganda. Roman Blinds ni sesuai dipasang pada ruang yang tidak terlalu besar dengan ukuran tingkap yang kecil dan panjang. Untuk mengelakkan tirai mengecut atau melengkung, Roman Blinds ni lebih sesuai diaplikasikan pada tingkap yang lebar.

3) Horizontal / Venetian Blinds

Sumber pic: Google

Blinds jenis horizontal / Venetian ni jenis blind yang nipis dan susunan nya melintang. Material nya pula ada yang di perbuat daripada aluminium, kain, kayu dan juga polyester. Rekabentuk blinds jenis ini khas untuk menutup tingkap yang saiznya tak terlalu besar. Kelebihan menggunakan Horizontal / Venetian Blinds ni adalah anda boleh tetapkan bukaan sirip dekat bahagian tirai sama ada nak buka habis atau sikit untuk kemasukan cahaya matahari. Dengan Bahasa mudah, kalau nak cerah, adjust bukaan sirip tu bagi cahaya masuk. Begitu juga kalau nak gelap, tutup saja sirip tu. Faham… Hehehe. Blinds jenis ini sesuai dipasang pada tingkap panjang dengan lebar yang kecil untuk mengimbangi bentuk tingkap

4) Vertical Blinds

Sumber pic: Google

Sejenis blinds yang menegak dan bersaiz lebar. Ianya berfungsi untuk mengawal kemasukan pancaran cahaya matahari secara tak langsung ianya dapat mengurangkan suhu panas pada waktu siang. Kelebihan Vertical blinds ni kesan nya menjadi kan bilik tak nampak terlalu pendek. Material nya pula terdiri dari jenis kain, kanvas dan lain-lain.

5) Wooden Blinds

Sumber pic: Google

Dah nama pon wooden kan. Sudah semestinya dari material kayu. Biasa kita tengok wooden blinds ni di pasang di Balkoni kan. Tapi kalau di pasang di dalam rumah pon cantic juga. Untuk mereka yang suka kan konsep traditional dan klasik, sesuai lah pasang wooden blinds ni. Tapi harga nya boleh tahan juga tau. Kalau ada budget lebih, apa salah nya kan ☺

Banyak juga jenis-jenis blinds. Saya pon baru tahu. Ok… Dah tahu semua jenis blinds kan, sekarang ni kita berbalik pada cerita Shopping Roller Blinds Di Shopee pula. Survey punya survey, saya tertarik dengan seller yang jual roller blinds ni. Baca review, ada yang kata ok. Tapi bila baca page seterusnya, ada yang kata tak ok sebab diorang dapat roller blind yang kemek, item tak cukup dan tak kemas. Lepas tu packaging cuma balut dengan bubble wrap jer. 

Dah berbelah bagi nak beli ke tak. Lepas tu fikir lagi, mungkin benda ni ikut nasib kot. Ada yang dapat ok dan ada yang akan dapat sebaliknya. Fikir positif lagi tu sebab dah puas survey. Jadi penat. Tapi tu lah, dah rezeki jumpa seller yang best. Baca review pon semua bagi feedback yang positive. Packaging pon cantik sebab diorang letak dalam kotak. Baru rasa yakin nak beli. Harga pon murah sikit dari seller yang sebelum ni. Saya beli 2 Roller Blinds saiz 6x6 untuk tingkap 3 panel dan 2x6 untuk tingkap 1 panel. Bila parcel sampai… hamek kau… Minta tolong pak guard angkat kan. Nasib muat masuk kereta. Material memang kemas dan berkualiti.

Nampak tak? No. 1 premium quality tu ☺

Ukuran untuk rujukan

Packaging dalam kotak. Bukan bubble wrap tau.

Kalau ada yang nak beli Roller Blinds dekat Shopee, boleh beli dengan seller Home Blind Marketing. Search je Zebra Blinds. Kalau tak tahu ukuran, jangan risau sebab memang dah siap ada ukuran kat situ. Macam saya hari tu tak sure ukuran untuk tingkap kecik kat tangga tu. Yang roller blinds ni ada 3 ukuran saiz untuk tingkap 1 panel. Terus chat dengan seller. Selesai masalah. 


Oh! Ya.. Bukan setakat blinds, ada macam-macam produk lagi dia jual. Macam biasa, komen semua positive. Boleh shopping lagi lepas ni. Ini lah hasil nya selepas pasang Zebra Roller Blinds. Tak susah sangat pon nak pasang. Sebab husband yang tukang pasang nya. Saya tukang tengok centre atau tak letak nya ☺

Note: Boleh shopping time 11.11 nanti. Mana tahu dapat lagi murah kan.


You Might Also Like

0 komen


Labels

Instagram