Baby Carrie | Produk Baru Yang Diformulasi Dengan 100% Bahan Organik Khas Untuk Bayi

Friday, August 14, 2020

Baby Carrie | Produk Baru Yang Diformulasi Dengan 100% Bahan Organik Khas Untuk Bayi.  Produk penjagaan bayi antara keperluan yang sangat penting. Pemilihan produk yang sesuai juga perlu dititikberatkan kerana kulit bayi adalah sangat sensitive. Lambakan jenama produk penjagaan bayi pon sekarang ni memang banyak dipasaran. Sampai tak tahu nak pilih jenama yang mana satu. Tapi kan… Dalam banyak-banyak jenama produk penjagaan bayi dan kanak-kanak, saya suka dengan produk Carrie Junior. Sebab saya tertarik dengan packaging yang colourful dan comel. Lepas tu, terselit mainan dekat belakang botol. Baunya pon wangi.


Anak-anak memang suka dengan Carrie Junior. Jenama yang sangat dipercayai sebab sudah lebih 20 tahun berada dalam pasaran. Dan yang terbaru, jenama Carrie memperkenalkan rangkaian baru khas untuk bayi iaitu Baby Carrie. Dengan motto ‘DIPERCAYAI OELH IBU, SELAMAT UNTUK KULIT BAYI’ memang sepadan sangat sebab produk penjagaan Baby Carrie ni dicipta khas untuk bayi baru lahir dimana kulit mereka memang halus dan sensitive. 

Baby Carrie | Produk Baru Yang Diformulasi Dengan 100% Bahan Organik Khas Untuk Bayi 


Memang sesuai sangat lah dengan Baby Carrie ni sebab rangkaian baru Baby Carrie diperbuat dengan bahan yang selamat digunakan kerana ianya dari sumber tumbuhan semulajadi dengan 100% bahan organic dan memang selamat digunakan. Sebagai Ibu kepada empat orang cahayamata, memang saya lebih suka memilih produk yang organik tanpa bahan kimia sebab ianya memang tak sesuai untuk kulit bayi dan kanak-kanak terutama bagi kanak-kanak yang mengidap eczema.


Antara rangkaian baru produk Baby CARRIE yang perlu anda cuba ialah BABY CARRIE Head to Toe, BABY CARRIE Bath, BABY CARRIE Lotion, BABY CARRIE Nourishing Oil dan BABY CARRIE Calming Oil. Yang pasti, semua produk Baby Carrie ni memang best sebab mengandungi Susu Oat Organik, Susu Almond, Minyak Almond Organik dan Minyak Kacang Gandum yang fungsinya menyihatkan kulit bayi agar lebih lembut dan sihat. Di sini saya kongsikan penerangan mengenai produk Baby Carrie:

BABY CARRIE Head to Toe


BABY CARRIE Head to Toe membersihkan kulit kepala & kulit sensitif bayi dengan lembut dan diperkaya dengan minyak gandum, kaya dengan Vitamin E, sebagai antioksidan untuk melindungi kulit. Ia melembapkan kulit bayi secara intensif dengan minyak badam organik agar kulit lembut & licin. 
  • Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir
  • Tidak memedihkan mata
  • Hypoallergenic
  • Diuji oleh Pakar Oftalmologi
  • Bebas sulfat, sabun, paraben, pewarna, MIT

BABY CARRIE Bath


BABY CARRIE Bath membersihkan kulit sensitif bayi dengan lembut dan mengandungi susu oat organik & susu badam untuk memperbaiki kelembapan kulit bayi, mengawal kehilangan kelembapan & menguatkan kulit. Keanjalan kulit bayi ditingkatkan dengan Vitamin A & E, yang juga bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kulit.
  • Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir
  • Tidak memedihkan mata
  • Hypoallergenic
  • Diuji oleh Pakar Dermatologi
  • Diuji oleh Pakar Oftalmologi
  • Bebas sabun, paraben, pewarna, MIT

BABY CARRIE Lotion


BABY CARRIE Lotion memberikan kelembapan cepat selama 48 jam pada kulit bayi dengan kesan tidak berminyak dan rasa ringan. Ia diperkaya dengan gliserin untuk menghidrat dan menenangkan kulit bayi dengan susu oat organik & susu kacang almond untuk melembabkan & melindungi kulit.
  • Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir
  • Hypoallergenic
  • Diuji oleh Pakar Dermatologi
  • Mengekalkan kelembapan selama 48-jam
  • Bebas alcohol, paraben, pewarna, minyak mineral

BABY CARRIE Nourishing Oil


BABY CARRIE Nourishing Oil sangat sesuai untuk urutan ikatan bayi. Ia menenangkan & melegakan kulit kering dan mengunci kelembapan kulit bayi. Campuran yang diperkaya dari minyak badam organik, minyak gandum & minyak zaitun membantu kulit bayi menyerap dan mengekalkan kelembapan sambil melindungi kulit.
  • Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir
  • Hypoallergenic
  • Diuji oleh Pakar Dermatologi
  • Mengekalkan lebih kelembapan
  • Melembapkan & melembutkan

BABY CARRIE Calming Oil 


BABY CARRIE Calming Oil sangat sesuai untuk urutan ikatan bayi. Ia mengandungi minyak lavender organik yang dapat menenangkan & melegakan kulit kering serta membantu bayi tidur. Minyak gandum & minyak zaitun membantu kulit bayi menyerap & mengekalkan kelembapan sambil melindungi kulit.
  • Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir
  • Hypoallergenic
  • Diuji oleh Pakar Dermatologi
  • Mengekalkan lebih kelembapan
  • Menenangkan & melembutkan

Review Selepas Menggunakan Baby Carrie


Ok… secara keseluruhannya memang saya sangat suka dengan produk Baby Carrie ni. Bukan saya saja, malah anak-anak turut jatuh hati dengan Baby Carrie sebab ianya 100% organic dan selamat digunakan. Baunya tak terlalu kuat tapi wangi dan wangiannya sangat soft. Lotion dan baby oil… Memang lepas mandi anak-anak akan sapu dekat badan dan rambut.


Lotion pon bukan jenis melekit sebab lotion Baby Carrie memang cepat meresap. Mandian Baby Carrie pon sama... Tak melekit pada badan selepas dibilas. Baby oil... Memang wangi.

Buat ibu-ibu yang masih tercari-cari produk organic untuk bayi anda, boleh cuba produk Baby Carrie ni. Memang best. Bukan untuk bayi saja, untuk kanak-kanak dan dewasa pon boleh pakai ni. Packaging nya pon menarik.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk penjagaan Baby Carrie, boleh layari laman social mereka dibawah:





You Might Also Like

2 komen

  1. Nice Info
    Singgah
    Salam kenal
    Saya baru belajar blog
    ini blog baru saya : https://www.templateppt.eu.org/

    ReplyDelete
  2. ala, baru baca entry ni, klau tak boleh beli jenama ni utk baby..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive