LONDON: Saintis sudah mencipta ternakan yang diubah secara genetik yang menghasilkan susu 'manusia' dalam cubaan menjadikan susu lembu lebih berkhasiat.
Saintis memperkenalkan gen manusia ke dalam 300 lembu tenusu untuk menghasilkan susu dengan khasiat sama seperti susu ibu.
Susu ibu mengandungi kuantiti tinggi nutrisi penting yang membantu menaikkan sistem pertahanan badan bayi dan mengurangkan risiko jangkitan.
Saintis di balik penyelidikan itu percaya susu dari ternakan lembu yang diubah suai secara genetik mungkin menghasilkan satu alternatif terhadap susu ibu dan susu formula untuk bayi, yang sering dikritik sebagai bermutu rendah.
Mereka berharap produk tenusu diubah secara genetik dari ternakan lembu akan tidak lama lagi dijual di pasar raya.
Hasil kerja itu kemungkinan mencetuskan bantahan terhadap makanan berasaskan pengubahsuaian genetik (GM). Pengkritik teknologi itu dan kumpulan kebajikan haiwan memberi reaksi berang terhadap penyelidikan terbabit, mempersoalkan keselamatan susu daripada haiwan yang diubah suai secara genetik dan kesannya terhadap kesihatan ternakan.
Namun Profesor Ning Li, saintis yang mengetuai penyelidikan dan pengarah Makmal Utama Negeri untuk Bioteknologi Agro di Universiti Pertanian China menegaskan susu GM selamat seperti susu daripada lembu tenusu biasa.
Katanya: "Susu itu berperisa lebih kuat berbanding susu biasa." – Agensi
Source: SINI
Smalam nyer lunch ^_^. Penangan Durian Pancake nyer pasal. Kebetulan baca blog HANIM yang baru makan DP kat Sweetchat. Apalagi...zzasstttt...trus bukak website SC nak nengok kat mana lagi branch SC nih. Yang paling dekat pon kat The Mines lah. Pastu dak CINTA pon teringin nak makan durian, tak dapat durian sebijik, dapat DP pon jadilah.
Puas rasa dapat makan. Sedap...tapi yang kat IKANO tu warna dia lagi kuning. Yang SC nih nampak macam pucat² sikit, tapi tetap sedap.
Pastu makan Baked Mac 'N' Cheese. Sedap...tapi bila dah banyak makan rasa muak, yer lah...cheese kan. So...uols yang teringin nak makan DP bley lah cari kat SweetChat selain dari MV ngan IKANO. Kat Ice Room pon ada gak.
Seperti gambar di atas, macam ni lah rupanya bila puan punya kereta terlupa nak amik kunci. Kunci pon tak pulas habis. Dari pukul 8.30 am till 6.00 pm kereta aku berkeadaan macam nih. Ni citer minggu lepas. Kalau aku parking kat tempat lain, memang sah² hilang lah kereta aku. Pencuri nak mencuri pon gelak² syaiton sebab memudahkan kerja mereka nak mencuri. Nasib parking kat office yang 24/7 ada pak guard yang jaga. Kalau tak.....nangis aku.
Aku pon tak perasan macam mana bley tak amik kunci kereta. Ni suma gara² anjing lah nih...pagi² dah sambut aku datang, siap bertenggek kat tepi pintu kereta, dah lah aku allergy ngan anjing. Nak cepat...takut anjing datang lagi, tu yang terus lupa nak amik kunci kereta. Bila nak balik baru perasan, cari² kunci kereta dalam handbag tapi nan ado. Menggelabah gila babi tak hingat di buatnya. Yang aku risau takut pintu tu automatic lock, nasib tak...klo tak jenuh nak mengumpil.
Haihhhhh...makin menjadi² plak penyakit lupa nih. Bahaya batul lah. Ingatkan suami jer careless, rupanya isteri dia lagi careless.
Dapat tau pasal Durian Pancake ni pon dari blog MEKCHU. Dia dok citer pasal kesedapan DP nih. Aku yang nengok gambar DP ni pun turut terliur. Kalau nak beli DP nih, ada kat Mid Valley. Tapi ntah bila lah plak nak gi MV, dah lah jauh. Tak kan nak gi MV semata² nak beli DP nih. Jangan harap lah.
Kebetulan hari ahad aritu gi IKEA lagi. Ada lah satu gerai kecik nih jual bermacam² jenis pancake. Dalam hati aku ada ker tak drian pancake nih. Dah habis shopping, lalu situ pastu nengok lah satu² persatu perasa. Sekali....terpandang Duian Pancake, sukanya...☺☺☺. Beli sebungkus. Dalam tu ada 5 ketul DP RM10.
Lagi 2 ketul dah selamat masuk dalam mulut ☺☺
Masuk jer dalam kereta trus makan. Ya ampun...sedap giler tak hingat. Dah lah manis...pastu sejuk...perghhhhh...tak cukup rasanya 5 biji untuk 4 orang makan. Rasa rugi beli sebungkus jer...huhuhuhu...
Sooooo yummy. Cair di mulut...tidak di tangan, ekekekeke...
Kat mana lagi ada jual Durian Pancake nih selain kat MV ngan IKEA? Cer bagitau...cer bagitau...kat area BANGI ada tak? Nak makan DP lagi.
Salam semua.
4 hari blog sunyi sepi tanpa sebarang entry. Biasalah...puan blog bercuti. Tak ke mana pon, dok umah...memerah keringat nak up kan susu...hehehehe...pastu buat frozen solid food untuk anak dara.
google pic.
OK...berbalik kepada cerita lobak putih nih. Lobak Putih juga di kenali sebagai ajen penambah SUSU IBU. Aku gigih lah mencari lobak putih kat pasaraya, alhamdulillah...rejeki aku gamaknya, ada sebijik lobak putih yang tinggal. Apa lagi...grab lah kan even dah nampak macam pucat² sket.
Esok tu gigihlah masak sup lobak putih. 1st time masak. Mentang² lah sayur tu bayakkan susu ibu, baru lah terhegeh² nak makan, klo tak...nan adonya. Nampak lobak putih pon buat² nak nampak jer. Skang nih...ha...amik ko, tercari² lobak putih.
Bila dah masak jer aku pon makanlah, tetapi...lobak putih yang aku masak tu rasa pahit yang amat...apakah??? Adakah aku silap potong??? Atau silap masak??? Atau silap aku yang memang tak pandai masak??? Cer citer...cer citer...ada cara ker nak masak lobak putih nih supaya tak pahit?
Kesudahannya...aku buang sup LP tuh. Aku frust sebab tak bley nak makan sup lobak putih buatan sendiri...huwaaaaaaa...nasib aku tak masak semua. Ada separuh lagi LP yang blom masak.
Aku ingatkan LP nih macam carrot gak...lemak² manis berkrim gitu. Rupa² nya...pahit. HUbby cakap, 'membazir jer masak, makan jerlah...pahit tu kan ubat'. Adoi...macam mana nak makan bang, pahit campur kelat...tekak ni tak bley nak telan.