Assalamua'alaikum
Rasa macam dah lama jer tak update. Padahal baru 2 hari. Bila mood blogging up and down. Macam ni lah. Ok...sambung citer. Nak citer pasal cuti ni ha. Semalam terpaksa amik Emergency Leave bila Qhalif tak sihat. Start dari isnin tu badan dia dedar. Lunch time terpaksa balik sebab pengasuh cakap badan dia still dedar.
Ni lah masalah bila demam on and off. Malam semalam badan dia kembali panas. Tidur pon tak lena. Si ibu apatah lagi kan. Bila anak tak sihat memang ko nak tidur pon tak tenteram. Mengempeng jer lah kerjanya. Nak hantar nursery memang tak sampai hati. Kejam plak rasa sebab anak demam still nak hantar nursery.
Bila dah jadi ibu yang bekerja ni, banyak benda yang unexpected...yerlah, bila anak demam tiba², takkan nak gi keja gak kan, sanggup ker hantar anak kat nursery lagi bila temperature anak dah cecah 38-40'c...Emergency Leave lah kesudahannya, klo demam anak tak kebah 2-3 hari, 2-3 hari gaklah si ibu ni EL.
Teringat masa anak² kena Chickenpox. Memula kimi kena. Baik jer si abang, adik² plak kena secara berjemaah. Cuti plak tinggal nyawa² ikan. Nasib lah dapat doctor yang prihatin. Anak yang kena Chickenpox, ibu yang dapat MC. Tapi berapa hari jer yang dapat. Selebihnya kena apply Annual Leave lah. Tapi tu tahun 2013. Skang kalau anak kena CP memang susah doctor nak bagi MC kat si ibu. Ikut pada budi bicara doctor jugak kot.
Inilah lumrah ibu bekerja, AL..EL..MC..memang takkan terpisah. Lain lah kalau kita ni ada kuasa yang buat kita boleh tau bila anak kita nak sakit. Boleh apply cuti siap² kan. Tapi kuasa tu hanya ada padaNYA. Bukan apa, ada bos² yang jenis tak reti bahasa dan pertikaikan bila kita ni EL sebab nak jaga anak sakit.
Note: Kejap jer dah khamis.