Pelbagai Pilihan Jenama Dan Pakaian Sempena Tateh Fashion Show 2018 | Baru-baru ni aku dijemput untuk menghadiri fashion show yang di anjurkan oleh Butik Tateh yang bertempat di Mega Glory Hall, Bangi. Ianya merupakan majlis tertutup. Memang tak terlintas difikiran pon yang aku akan menyaksikan pertunjukan fashion show sebab ini adalah pengalaman pertama. Setakat fashion show dalam TV tu biasalah tengok… Hahaha… Tapi fashion show ni lain sikit sebab membabitkan model kanak-kanak yang memperagakan barangan bayi dan kanak-kanak serta model untuk baju ibu mengandung. Memang Pelbagai Pilihan Jenama Dan Pakaian Sempena Tateh Fashion Show 2018 ni.
Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, mungkin ada yang tak familiar lagi dengan Butik Tateh ni. Kalau korang nak tahu, Butik Tateh ni merupakain sebuak kedai yang menawarkan pelbagai produk bayi yang berkualiti, produk penyusuan dan pakaian, peralatan pemakanan bayi, mainan Pendidikan dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan ibu bapa diluar sana. Butik Tateh sudah beroperasi hampir 6 tahun sejak pembukaan nya pada Jun 2012. Dan ianya semakin berkembang dengan pembukaan 13 lagi cawangan.
Bergambar dulu dekat photobooth ☺
Sweet treat untuk budak-budak
Pelbagai Pilihan Jenama Dan Pakaian Sempena Tateh Fashion Show 2018
Tujuan Fashion Show ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Koleksi Baju Raya 2018 atas jenama Tateh sendiri iaitu Tropika Raya Tateh. Selain daripada itu, ianya juga bertujuan untuk meraikan pelanggan setia Butik Tateh yang banyak menyokong sejak butik Tateh mula dibuka. Majlis yang berlangsung dengan meriah dengan kehadiran para tetamu dimulakan dengan bacaan doa oleh seorang Ustaz.
Pertunjukan Fashion Show Butik Tateh 2018 dimulakan dengan koleksi pakaian kanak-kanak dari jenama Tateh Koleksi Raya Tropika. Memang comel-comel baju yang diperagakan. Diikuti dengan jenama Storksak Kids Zip Zoe Bag. Cantik bag-bag ni. Disusuli pula dengan jenama Storksak Diaper Bag. Macam-macam pilihan dan semuanya cantik. Kemudian jenama Fathiyah Dream. Seterusnya dari Eiman Kurta. Diikuti oleh koleksi baju mengandung dari 40 Weeks Collection dan fashion show diakhiri dengan jenama Fathiyah Dream Baju Raya.
Tateh Koleksi Raya Tropika dan Storksak Kids Zip Zoe Bag
Storksak Diaper Bag
Fathiyah Dream
Eiman Kurta
Selain daripada jenama-jenama yang disebutkan ini, Kejayaan Butik Tateh Fashion Show 2018 yang pertama kali dianjurkan juga adalah dari kerjasama penaja-penaja lain seperti Tropika, Ning Salmah, Como Tomo, GabaG, Mimosa, MakYang, Pump It, Eiman Kids, Doo Deen, Baby King, Zip Zoe Bag Malaysia, Fizah Shower Baby Headband, Babylisious, Ajwa Bakery, Voo Voo, Kolok Ibu, Cik Gebu, 40 Weeks Pregnant, Storksak Malaysia, El Zahra Kids by Olemera, SofiSofian Gift, Sunny Beam, Ibu Sue, Ku-Ku Duckbill, Babymel London dan Fathiyah Dreams.
Overall Butik Tateh Fashion Show 2018 ni memang meriah habis. Macam-macam gaya dan aksi model-model cilik ni menggayakan pakaian. Ada yang sampai tertidur. Ada yang malas nak berjalan. Ada yang excited. Semuanya comel-comel. Memang pengalaman berharga bagi aku lah yang pertama kali menyaksikan Fashion Show ni... hehehe… Oh! ya.. Terdapat beberapa booth jualan yang dibuka semasa event berlangsung. Sambil tengok fashion show, sambil cuci mata gittew kan.
Tahniah buat warga kerja Tateh kerana berjaya menganjurkan Butik Tateh Fashion Show 2018 buat pertama kali dengan jayanya. Bukan senang nak handle model-model cilik ni tau. Semoga Butik Tateh terus berkembang maju dan lebih dikenali dengan memperluaskan lagi cawangannya di luar negara barangkali.. hurrmmm... Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh layari:
Tahniah buat warga kerja Tateh kerana berjaya menganjurkan Butik Tateh Fashion Show 2018 buat pertama kali dengan jayanya. Bukan senang nak handle model-model cilik ni tau. Semoga Butik Tateh terus berkembang maju dan lebih dikenali dengan memperluaskan lagi cawangannya di luar negara barangkali.. hurrmmm... Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh layari:
Website: www.tateh.com.my
Facebook : www.facebook.com/ButikTateh
Instagram : www.instagram.com/butiktateh