Kelebihan Perniagaan Food Truck Dan Cara Permohonannya | Sebelum ini kan, tempat yang selalu kita pergi untuk menjamu selera bersama keluarga biasanya di kedai-kedai makan, cafe atau pon di restaurant. Kalau nak minum-minum sambil melepak dengan kawan-kawan pula selalunya kedai mamak lah yang menjadi pilihan kan. Tapi sekarang ni, selain dari tempat-tempat makan yang aku sebutkan ni. Ada lagi tempat makan yang kita boleh cuba iaitu Kendera Saji atau lebih dikenali sebagai Food Truck. Apa yang aku perasan kan. Kebanyakan Food Truck ni dimiliki oleh peniaga-peniaga muda.
Kelebihan Perniagaan Food Truck Dan Cara Permohonannya
Pertama kali aku dan keluarga mencuba makanan Food Truck ni dekat Putrajaya. Kalau tak silap masa tu makanan food truck masih agak baru lagi diperkenalkan. Kawasan pon tak berapa meluas lagi waktu tu sebab ada beberapa tempat saja yang menempatkan kawasan untuk food truck ni. Macam aku tinggal dekat Bangi. Kawasan yang terdekat ada dekat Putrajaya. Tengok design Food Truck waktu itu pon sama jer semua. Tak macam sekarang lah. Ada macam-macam design dan warna. Memang boleh buat kau tertarik nak singgah dekat Food Truck ni.
Design moden. Cute kan. Sumber: FB
Kelebihan Perniagaan Food Truck
Dari pemerhatian aku kan, perniagaan Food Truck ni makin berkembang maju dan mendapat tempat dihati peniaga makanan. Terutama dari golongan muda. Memang bagus sangat kalau ada peniaga-peniaga muda yang berminat untuk memulakan perniagaan Food Truck sebab bagi aku banyak kelebihan yang boleh kita nampak. Antaranya:
1. Tak perlu cari tapak untuk buka kedai
2. Tak perlu upah ramai pekerja
3. Tak payah bayar sewa kedai
4. Tidak memerlukan kawasan yang besar
5. Bebas bergerak kemana-mana kawasan
6. Kawasan disediakan
Apa yang aku tahu, DBKL ada sediakan kawasan parkir tertentu untuk peniaga Food Truck. Tambah menarik lagi, mereka tengah mencari lokasi khas untuk food truck yang lengkap dengan elektrik, air dan tempat buang sampah
7. Bantuan Pinjaman
Aku ada baca berita online. Katanya Kementerian Wilayah Persekutuan sedang dalam perbincangan dengan pihak Majlis Amanah Rakyat dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) untuk membantu dalam permohonan pinjaman.
Sumber: Google pic
Tak susah pon nak memulakan perniagaan Food Truck sebab aku ada terbaca berkenaan dengan lesen perniagaan Food Truck akan dikeluarkan akhir tahun ni dengan sasaran sebanyak 1,000 lesen perniagaan kepada yang berminat. Bagus juga tau sebab secara tak langsung dapat mengurangkan atau kalau boleh tak nak lah ada peniaga yang berniaga dekat tepi jalan ni dengan ada nya perniagaan Food Truck. Sebab berniaga tepi jalan ni agak kurang sedap mata memandang. Terutama di kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya yang banyak dikunjungi oleh Pelancong kan.
Perniagaan Food Truck ni juga dapat membantu golongan yang memerlukan pekerjaan atau golongan muda yang masih mencari peluang pekerjaan dengan adanya inisiatif dari Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memulakan perniagaan Food Truck. Memang perniagaan Food Truck ni makin berkembang dan mendapat tempat dihati penggemar makanan yang sukakan kelainan disekitar Kuala Lumpur tak terkecuali di kawasan lain juga. Memang beruntung lah siapa yang akan terpilih nanti.
Cara Permohonan Lesen
Bila bercerita pasal perniagaan Food Truck ni kan. Rasa macam nak apply juga lesen perniagaan ni. Kalau korang berminat nak mencuba kan, boleh dapatkan borang permohonan dan membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran tingkat 5, Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpuy (DBKL) yang terletak di Jalan Raja Laut. Boleh juga muat turun borang dilaman web DBKL. Lagi senang, korang boleh mohon secara online melalui sistem e-lesen DBKL. Semua maklumat dihujung jari jer sekarang ni.
Apa yang aku suka dengan Food Truck kan, banyak juga pilihan makanan yang disediakan. Nak masakan kampung? Western? Chinese food? Macam-macam ada. Bagi aku, perniagaan Food Truck ni boleh menguntungkan dan boleh menjana pendapatan yang tinggi kalau kita usaha. Sebab ianya tak tertakluk pada satu kawasan sahaja. Contohnya kalau ada hari sukan sekolah atau ada karnival. Kita boleh apply untuk ambil bahagian kan. Dari situ pon dah boleh dapat untung.