Lembu keluar susu manusia - Saintis ubah ternakan secara genetik

Thursday, April 07, 2011

LONDON: Saintis sudah mencipta ternakan yang diubah secara genetik yang menghasilkan susu 'manusia' dalam cubaan menjadikan susu lembu lebih berkhasiat.

Saintis memperkenalkan gen manusia ke dalam 300 lembu tenusu untuk menghasilkan susu dengan khasiat sama seperti susu ibu.

Susu ibu mengandungi kuantiti tinggi nutrisi penting yang membantu menaikkan sistem pertahanan badan bayi dan mengurangkan risiko jangkitan.

Saintis di balik penyelidikan itu percaya susu dari ternakan lembu yang diubah suai secara genetik mungkin menghasilkan satu alternatif terhadap susu ibu dan susu formula untuk bayi, yang sering dikritik sebagai bermutu rendah.

Mereka berharap produk tenusu diubah secara genetik dari ternakan lembu akan tidak lama lagi dijual di pasar raya.

Hasil kerja itu kemungkinan mencetuskan bantahan terhadap makanan berasaskan pengubahsuaian genetik (GM). Pengkritik teknologi itu dan kumpulan kebajikan haiwan memberi reaksi berang terhadap penyelidikan terbabit, mempersoalkan keselamatan susu daripada haiwan yang diubah suai secara genetik dan kesannya terhadap kesihatan ternakan.

Namun Profesor Ning Li, saintis yang mengetuai penyelidikan dan pengarah Makmal Utama Negeri untuk Bioteknologi Agro di Universiti Pertanian China menegaskan susu GM selamat seperti susu daripada lembu tenusu biasa.

Katanya: "Susu itu berperisa lebih kuat berbanding susu biasa." – Agensi

Source: SINI

You Might Also Like

4 komen

  1. MAKANAN UBAH SUAI GENETIK BOLEH DIMAKAN KE?

    ReplyDelete
  2. konfiden je dorang ni sama. takan sama nya la.percaya la.emosi manusia dgn lembu sama ke? tapi sebagai alternatif mungkin usaha yg bagus la kut especly time memerlukan.tp soalnya pulak kalau dah diubah genetik, boleh ke diminum nnt?

    ReplyDelete
  3. good info sis..keep on sharing..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive