Rambut Harum Dan Segar Dengan Syampu Rambut Kanak-Kanak Carrie Junior Odour Buster

Saturday, June 30, 2018

Rambut Harum Dan Segar Dengan Syampu Rambut Kanak-Kanak Carrie Junior Odour Buster | Boleh tak korang bayang kan anak yang baru lepas bermain dan berpeluh-peluh? Lebih-lebih lagi peluh baru main bola sepak. Dari hujung rambut sampai hujung kaki kot basah dengan peluh. Lepas tu anak pulak jenis pakai minyak rambut. Memang berbau lah bila kulit kepala dah berminyak dan berpeluh kan. Kalau nak hilangkan bau yang tak menyenangkan ni, kena pastikan anak basuh rambut masa mandi selepas diorang bermain. Menjaga kebersihan rambut juga penting sebab ianya dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala. Selain daripada itu, dapat memastikan anak sentiasa berbau segar.


Rambut Harum Dan Segar Dengan Syampu Rambut Kanak-Kanak Carrie Junior Odour Buster


Bercakap pasal syampu ni kan. Korang tahu tak yang syampu dewasa ni tidak digalakkan untuk kanak-kanak sebab penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak boleh menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak ydalam lingkungan umur antara 6-12 tahun. Ini kerana kulit kepala dan rambut kanak-kanak adalah halus dan amat sensitif. Jadi... Cara yang terbaik agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.adalah dengan menggunakan syampu yang dirumus khas untuk kanak-kanak.

Model Syampu dan bag ☺

Nak jugak jadi  model. Dengan ucapan 'syampu ini saya yang punya'

Sebab itulah CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dengan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. , Ianya memastikan anak kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman kerana aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.

Jangan lupa bahagian belakang ni. Ada mainan comel ☺

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. Korang boleh dapatkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.


Memang tersangat wangi lah CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER ni. Tak perlu risau dengan peluh anak sebab walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari! Bag tu pon cantik tau. Nampak kecil tapi besar sebenarnya. Rugi kalau korang tak beli. Ni macam nak kena beli lagi sebab anak-anak berebut nak kan bag tu.. ppffttt...


You Might Also Like

3 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive