Resipi Mudah Kek Batik Cheese Indulgence Sukatan Cawan

Thursday, December 17, 2020

Resipi Mudah Kek Batik Cheese Indulgence Sukatan Cawan | Siapa yang tak pernah makan Kek batik kan. Gabungan Biskut, Coklat dan Milo memang menaikkan rasa keenakan kek batik. Kalau sebelum ni kek batik hanya dibuat menggunakan resipi asas sahaja, tapi sekarang ni resipi sudah di variasikan kepada beberapa jenis. Seperti tambahan topping Chocolate Ganache pada permukaan kek batik yang dipanggil Kek Batik Choc Ganache dan juga campuran Cheese dan Chocolate Ganache pada Kek Batik yang lebih dikenali sebagai Kek Batik Cheese Indulgence. 

Bagi peminat Cheese dan Chocolate macam saya ni, kek Batik Cheese Indulgence memang sangat sedap. Tak tahu lah bagi orang lain. Iya lah… Selera masing-masing kan. Masa kek ni famous, sanggup saya order. Nak buat sendiri mood tak datang lagi. Pada hal bukan susah pon nak buat. Base asas nak buat kek batik pon dah ada, cuma penambah nya cheese dan chocolate ganache saja. Tapi itu lah, bila dah teringin ni, cari juga lah resipi. Kebanyakan resipi macam complicated lah. Sampai lah saya jumpa satu resipi ni. Memang ringkas dan saya gantikan sukatan metric kepada sukatan cawan. Nah… Resipi Mudah Kek Batik Cheese Indulgence Sukatan Cawan.

Resipi Kek Batik Cheese Indulgence

- 350g Biskut marie

- 150g butter

- 1 cawan Milo

- 1/2 (setengah) cawan serbuk koko

- 1/2 (setengah) cawan susu pekat manis

- 1 cawan fresh milk

- 1 biji Telur (optional) 

𝐂𝐫𝐞𝐚𝐦 𝐂𝐡𝐞𝐞𝐬𝐞 𝐋𝐚𝐲𝐞𝐫

- 258g cream cheese
- 2 sb (sudu besar) susu pekat
- 1 cawan whipping cream
*  hand mixer semua bahan diatas hingga sebati dan tak berketul 

𝐂𝐡𝐨𝐜 𝐆𝐚𝐧𝐚𝐜𝐡𝐞 

- 200g dark chocolate 
- 1 cawan whipping cream. Kalau tak ada whipping cream, boleh ganti dengan 1/2 (setengah) cawan fresh milk 
* panaskan fresh milk/whipping cream & masukkan dark choc. Kacau hingga sebati 

𝐂𝐚𝐫𝐚-𝐜𝐚𝐫𝐚

1) Cairkan butter dengan api yang perlahan⁣
2) Masukkan milo, serbuk koko, susu pekat dan fresh milk. Kacau hingga sebati. ⁣
3) Masukkan Biskut marie yang sudah dipatahkan dan gaul hingga sebati.⁣
4) Sedia kan loyang dan lapik dengan parchment paper. Masukkan adunan Biskut dalam loyang dan padat kan. Sejuk kan dalam fridge dalam.30 minit⁣
5) selepas 30 minit, letak cream cheese layer di atas kek batik dan Keep in the chiller dalam 30 minit lagi⁣
6) Akhir sekali Tuang choc Ganache diatas cream cheese layer dan sejukkan dalam fridge dalam 4 jam. Tapi lagi bagus kalau di biarkan semalaman⁣
7) Sedia untuk di makan 😁

Macam saya kan, saya suka resipi yang menggunakan sukatan cawan. Sebab mudah faham. Kalau resipi yang pakai sukatan metric ni macam leceh. Nak kena standby metric cup dan nak kena sukat dulu. Kalau dah baker, memang handal lah bab sukat menyukat ni. Macam saya yang amateur ni, memang kena pakai metric cup lah jawabnya. Sebab tu saya suka cari resipi yang menggunakan sukatan cawan sebab mudah dan cepat.


Kalau nak lagi sedap, lebih baik kek batik dibiarkan semalaman. Itu pon kalau korang buat petang atau malam lah. Kalau buat pagi, malam dah boleh potong. Macam saya, sebab anak-anak dah tanya kan. Jadinya… Kita  potong awal sikit lah. Kesannya… Cheese dan coklat tak berapa nak keras sangat. Tapi rasanya… Memang tersangat sedap. Korang bayangkan gabungan bikut, chocolate dan cheese yang dimakan fresh from fridge. Memang heaven. 


Yang saya geram. Punyalah saya menjaga kesucian Kek Batik Cheese Indulgence ni dari dinodai. Sekali masa bawa keluar dari peti sejuk, ada kesan kena kokak dekat atas kek. Haishhh… ini tak lain tak bukan memang kerja anak soleh Iman Harraz. Kecik besar kecik besar je ibu tengok dia tau. Nasib Abah kau dah balik. Sikit lagi nak jadi MOMSTER ya. Konon nak photoshoot gambar kek daripada atas. Tapi kek dah kena kokak. Tak apa lah. Nanti boleh buat lagi 😊

Note: Sejak work from home ni kerja kau asyik nak makan saja


You Might Also Like

1 komen


Labels

Instagram