Resipi Ayam Tiram Thai @khairulaming

Monday, April 26, 2021

Resipi Ayam Tiram Thai @khairulaming | Assalamualaikum semua. Salam 14 Ramadan 1442 Hijrah. Allahu… Lama betul saya ber hibernasi dari dunia blogging ni. Last update bulan December last year kot. Memang bersawang betul ni. Cerita ada, tapi semua dalam draft. Rindu betul dengan blog. Rindu nak menaip. Tapi selalu taip padam taip padam. Rindu nak mengadu domba.. Eh!!... Hahaha… Bila dah lama tak menulis ni, skill menulis pon dah agak ke Laut China Selatan. Jenuh nak mengarang ayat… Haishhh… Nak kena asah dan nak kena rajin update entry nampak nya ni. 

Ok… Mukadimah pon dah panjang. Begitu lah bila dah lama tak menulis kan. Kembali kepada tajuk di atas. Siapa yang tak kenal dengan @khairulaming kan. Instafamous yang selalu berkongsi resipi dan video-video masakan nya dekat Instagram. Saya memang suka dengan resipi-resipi yang dikongsikan sebab mudah, bahan-bahan nya pon simple dan memang menjadi lah masakan nya bila follow steps dalam video nya tu. 

Dan baru-baru ni saya teruja nak mencuba Resipi Ayam Tiram Thai @Khairulaming ni. Gigih lah pergi kedai Acheh area rumah cari bahan-bahan. Malangnya… Daun Ketumbar pula tak ada. Kecewa lah juga sebab kita dah beriya nak masak tapi tak cukup bahan pula. Esok nya balik dari pejabat singgah sekejap dekat supermarket dengan harapan adalah daun ketumbar nya. Malangnya... Pon tak ada juga. Dah semua pakat borong daun ketumbar ke apa ni… hahaha… Dalam hati tu dah berdoa, minta-minta lah dekat kedai Acheh tu ada. Alhamdulillah… Makbul permintaan.

Balik tu terus sinsing lengan bersilat dekat dapur. Resipi @khairulaming ni memang mudah. Nak saya kongsikan Resipi Ayam Tiram Thai @khairulaming:

Resipi Ayam Tiram Thai @khairulaming


Bahan-Bahan Perapan Ayam

- Ayam (Sekor / setengah = suka hati)

- 5 sudu Sos Tiram 

- 1 sudu Kicap Manis Pedas Mahsuri 

- 1/3 cawam Minyak Masak

- Secubit Garam 

Cara-Cara

  1. Campurkan bahan-bahan perapan ayam dan gaul rata
  2. Bakar dalam oven / air fryer / pemanggang ajaib selama 20 minit dengan suhu 200’c (saya pakai Air Fryer)

Bahan-Bahan Sos Thai

- 6 biji Cili

- 5 ulas Bawang Putih

- 1 sudu Sos Tiram

- 2 sudu Sos Ikan

- 3 sudu Gula (saya pakai gula perang)

- 3-4 biji Limau Nipis

- Daun Ketumbar

Cara-Cara

  1. Tumbuk cili dan bawang putih (Terulang nak lumat atau separa lumat)
  2. Masuk kan sos tiram dan sos ikan
  3. Tambah gula dan campurkan perahan limau nipis
  4. Letak daun ketumbar dan kacau rata

Rasanya? Masyaallah… Memang tersangat sedap ya. Pertama kali buat terus jadi. Memang exited lah kan. Husband and anak-anak pon kata sedap. Mau nya tak sedap, habis lah ayam sekor. Bila dah sedap tu, memang repeat lah buat lagi. Dua hari berturut-turut masak Ayam Tiram Thai @Khairulaming ni untuk juadah berbuka puasa. Yang best nya sebab tak perlu menggoreng, kita bakar je. Healthy lah juga kan 😊

Kalau korang dah takt ahu nak masa kapa untuk juadah berbuka puasa, boleh cuba Resipi Ayam Tiram Thai @khairulaming. Gerenti menjadi. Selamat mencuba.

Note: Puasa atau tak, hari-hari buntu nak masak apa 😊


You Might Also Like

3 komen

  1. Best ni..kalaau dapat bahagian peha je semua..memang layan kan..x pun bahagian kepak...pergh....

    ReplyDelete
  2. Ai pun dah buat, sedap. Tapi cili tu Ai blend je sebab buat dalam kuantiti yang banyak. Tak larat nak tumbuk.

    ReplyDelete


Labels

Instagram

Facebook Page