McDonald’s Malaysia Rai Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja

Wednesday, July 21, 2021

McDonald’s Malaysia Rai Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja | Bila sebut pasal petugas barisan hadapan atau Frontliner ni kan, kita selalu terbayang kan petugas-petugas kesihatan dan juga anggota-anggota keselamatan yang bertugas bagi memastikan keselamatan rakyat terjaga sejak negara kita diserang wabak pendemik ini. Tanpa kita sedar, sebenarnya ada wira yang tak di dendang yang patut juga kita raikan sebagai petugas barisan hadapan iaitu Penghantar Makanan. Penghantar Makanan juga adalah Frontliner.


Sejak akhir-akhir ni pekerjaan sebagai penghantar makanan mendapat sambutan yang agak mengalakkan berikutan tempahan penghantaran yang menlonjak naik disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Macam saya sendiri… Saya lebih utamakan tempahan secara dalam talian sebab nak keluar beli makanan pon rasa tak selamat. Lebih baik buat pesanan dengan penghantar makanan sahaja. Tugas penghantar makanan juga bukan suatu perkara yang mudah ya kerana Ia nya suatu pekerjaan yang agak berisiko tinggi. 

McDonald’s Malaysia Rai Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja


Bayangkan penghantar makanan terpaksa berpanas, berhujan dan merisikokan diri sendiri demi memastikan penghantaran selamat sampai kepada pelanggan, Bukan itu saja, penghantar makanan juga perlu cekap dan pantas ketika mengambil, menerima dan menghantar tempahan kepada pelanggan. Betapa besar nya pengorbanan seorang petugas penghantar makanan. Sebagai menghargai jasa penghantar makanan Malaysia, McDonald’s Malaysia telah mewujudkan kempen #LekLuMcDBelanja 

Kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu adalah satu usaha yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia untuk mengajak rakyat Malaysia bersama-sama turut serta menzahirkan penghargaan kepada kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus dalam memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan mereka dengan selamat dan sampai tepat pada masanya. Sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, McDonald’s Malaysia telah membelanja 65,000 penghantar makanan di seluruh negara dengan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju.


Antara penghantar makanan yang terlibat dengan inisiatif #LekLuMcDBelanja ini adalah penghantar makanan di seluruh negara yang terdiri daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan juga perkhidmatan McDelivery (MDS) dimana mereka layak menebus set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju di restoran McDonald’s seluruh negara.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Encik Azmir Jaafar:

“Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika mereka sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar."


"Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”

“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.”

Kisah Inspirasi Si Penghantar Makanan


Bagi Roslina Talhad, seorang penghantar makanan McDelivery yang merupakan seorang ibu kepada lima orang cahayamata ini. Memandangkan suami beliau hilang sumber pendapatan dan tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik, Roslina Talhad terpaksa bekerja bagi meningkatkan ekonomi dan pendapatan keluarganya.


“Pelanggan selalunya akan terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kan kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.”

Merupakan seorang penghantar makanan McDonald’s selama dua tahun, William Quah pula berkongsi kisahnya:

“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati kerana dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.”


“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberikan saya satu set hidagan burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus bekerja.”

Tidak kurang juga kisah hebat dari seorang pelajar jurusan Kejuruteraan di sebuah universiti Swasta, Mohamad Azyhan Musa. Beliau yang bekerja sebagai penghantar makanan McDelivery telah menggunakan pendapatan nya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian nya.


“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga merupakan seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.”

Terima Kasih McDonald’s Hargai Penghantar Makanan Malaysia


Hebatnya. Rasa terinspirasi bila membaca kisah-kisah mereka yang terdiri dari latarbelakang yang berbeza. Betapa tinggi semangat juang mereka dalam bekerja sebagai penghantar makanan bagi menampung keperluan diri dan keluarga. Usaha yang dilakukan oleh McDonald’s bagi menghargai penghantar makanan Malaysia seharusnya dipuji dan patut di teruskan 


Jom… Kita semarak kan lagi kempen #LekLuMcDBelanja kerana penghantar makanan juga adalah frontliner dengan cara mengambil photo / video bersama penghantar makanan. Hantarkan gambar tersebut dalam akaun media social anda bersama hashtags #RiderKu #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider. Mudah kan. Akhir sekali… Terima kasih McDonald’s Malaysia kerana membelanja 65,000 Penghantar Makanan 😊


You Might Also Like

5 komen

  1. Alhamdulillah, orang Malaysia memang pemurah. Semoga inisiatif yang dijalankan Mekdi kalini sedikit sebanyak dapat naikkan semangat abang/kakak rider makanan lebih semangat untuk buat kerja. Jasa mereka tiada tolak banding waktu pkp ini. Thank you Mekdi!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. rezeki food riders kita.. McD belanja untuk menghargai usaha dan penat lelah rider kita..terbaikkk!!

    ReplyDelete
  3. Salam, initiatif menghargai mereka, frontliners yang banyak menolong. Well done.

    ReplyDelete
  4. Tahniah McDonald dan front liners kita. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Tahniah Mekdi. Kita hargailah jasa dan pengorbanan riders. Sometime kesian tengok bawa motor waktu tengah hujan lebat, berpanas terik. Dengan adanya inisiatif McD ini mesti dorang rasa seronok sikit! TQ Mekdi!

    ReplyDelete


Labels

Instagram

Facebook Page