Perjalanan 2021 RichWorks Membantu 605,000 Usahawan Bangkit Dari Pandemik

Wednesday, January 19, 2022

Perjalanan 2021 RichWorks Membantu 605,000 Usahawan Bangkit Dari Pandemik | Penutup tahun 2021 melabuhkan tirai dengan pelbagai peristiwa dan cabaran yang berlaku disekeliling kita. Paling menyedihkan bila berlaku nya musibah banjir besar pada akhir Disember lalu di beberapa Kawasan di sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan juga Pahang yang telah meragut beberapa nyawa serta menyaksikan kehilangan harta benda yang boleh di katakan hilang kesemuanya bila paras air banjir menenggelamkan sebahagian rumah. Siapa sangka dalam sekelip mata mereka yang terlibat dalam banjir besar ini hilang segala-galanya. 


Rumah, kereta, barangan kelengkapan rumah, buku-buku sekolah, baju-baju dan banyak lagi. Saya percaya semua nya terkesan terutama nya buat peniaga-peniaga yang mata pencarian nya adalah dengan perniagaan. Mana nak dapat balik modal kalau semua barang dan peralatan musnah? Macam mana nak bina semula semangat selepas ditimpa musibah? Baru nak bernafas balik selepas diuji dengan PKP, datang pula dugaan banjir besar. Sangat memahami dengan situasi yang sedang berlaku, RichWorks telah mengambil inisiatif untuk membantu Usahawan yang terkesan untuk bangkit semula kerana RichWorks prihatin dengan kesusahan yang dihadapi ekoran pandemik dan banjir.

Memahami Situasai Yang Berlaku Buat Richworks Komited Untuk Membantu 

Setiap dari kita tak terlepas dari diuji. Dan ujian yang datang itu adalah berbeza untuk setiap orang mengikut kemampuan kerana Allah tak akan menguji di luar batas kemampuan hambaNya. Berkongsi kisah Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman ini, beliau juga tak terlepas dari ujian bila 31 ahli keluarganya telah dijangkiti COVID-19 dan menyebabkan Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia.


Bukan itu sahaja, Dr Azizan sendiri hampir maut selepas di jangkiti COVID-19 sehingga doctor mengatakan beliau sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan. Alhamdulillah, dengan izin Allah keadaan beliau semakin baik. Bagi Dr Azizan, peluang kedua yang telah diberikan oleh Allah SWT akan digunakan sebaik mungkin untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama sekali dalam RichWorks Academy bimbingan nya.


Selain di uji dengan ahli keluarga dijangkiti COVID-19 dan kehilangan ibu mertua akibat COVID-19, Dr Azizan di duga lagi bila Pejabat Urusan RichWorks turut terkesan dengan musibah banjir yang berlaku pada akhir Disember lalu. Walaubagaimanapun, ianya tetap tidak mematahkan semangat Dr Azizan untuk terus bangkit dalam berdepan dengan ujian.

Cetus Semangat Bantu Usahawan Untuk Bangkit

Walaupon ujian datang bertimpa-timpa, tetapi tidak sedikit pon melemahkan semangat juang Dr Azizan. Buktinya, tidak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan masih dalam proses pemulihan, Dr Azizan begitu komited untuk menjalankan program percuma yang dihadiri oleh ribuan orang untuk terus bangkit dan bersemangat ekoran pendemik dan juga banjir.


Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan untuk memberi tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan kerana perjuangan RichWorks yang ingin terus membantu dan membuka jalan untuk meningkatkan ilmu supaya rakyat Malaysia berjaya membina masa depan sebagai usahawan yang berjaya.

Secara keseluruhan nya pada tahun lalu, RichWorks telah berjaya membantu hampir 605,000 orang dan sokongan dari RichWorks bukan omong kosong. Buktinya, RichWorks telah melaksanakan pelbagai inisiatif melalui 13 program keusahawanan seperi Bootcamp, Richwell dan program-program lain yang sepenuhnya ditaja oleh RichWorks pada tahun lalu.

Program Anjuran RichWorks Menjadi Sebutan Dalam Dewan Rakyat



Berkat dari usaha yang berterusan dalam proses untuk melahirkan ramai usahawan berjaya, salah satu program anjuran Dr Azizan dan RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan bila ianya disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi dalam inisiatif Wanita Bangkit dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

RichWorks Bantu Rakyat

Sementara itu, Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell)RichWorks bantu rakyat dalam menyediakan keperluan dan sumbangan.


Ujarnya juga "Kempen #RichWellBantu yang digerakkan oleh Dr. Azizan bermula dari Julai tahun lalu, telah berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk membantu bantu lebih 2,000 keluarga."

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 telah berjaya dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam tempoh 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya. 


Bukan itu sahaja, perjalanan RichWorks 2021 membuahkan hasil apabila RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut sama menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta yang bernilai RM 824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain daripada itu, ahli Titanium dan juga anak didik RichWorks juga telah menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

RichWorks Lahirkan Usahawan From Zero To Million RichWorks

Kejayaan program anjuran RichWorks dalam melahirkan usahawan Jutawan yang berjaya terus mendapat perhatian dimana bukti menunjuk kan pada tahun lalu jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang telah berjaya dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion. Manakala ahli RichWorks Titanium pula, sebanyak 312 usahawan telah berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).


Melalui program bimbingan Spire, RichWorks telah memberi tunjuk ajar kepada usahawan bagaimana untuk mencapai jualan RM1 juta pertama dalam masa setahun. Dan Alhamdulillah, sebanyak 72 usahawan telah berjaya mencapainya. Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks telah berjaya mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.


Sejarah RichWorks International Sdn Bhd 

RichWorks merupakan sebuah Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia sejak dahulu lagi. RichWorks International khususkan dari segi penjenamaan dan pemasaran serta kepemimpinan usahawan bermula dari tahun 2008. Secara umumnya, RichWorks International Sdn Bhd telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live serta dalam talian (virtual online).


Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 nanti. Pencapaian terbaik dari rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks telah berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan pada tahun 2021.

Video Perjalanan RichWorks 2021 

Jom saksikan Video Perjalanan RichWorks sepanjang tahun 2021 dalam mengimbas pelbagai cabaran dan dugaan dalam menjayakan misi membantu usahawan-usahawan untuk bangkit dan berjaya.


Tahniah RichWorks atas kejayaan yang di capai pada tahun 2021. Semoga RichWorks terus komited dalam membantu melahirkan lebih ramai lagi usahawan berjaya pada tahun 2022 ni. Semoga misi dan perjuangan diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kalau anda berminat nak sertai program-program anjuran RichWorks International Sdn Bhd, Boleh layari laman web RichWorks.

You Might Also Like

1 komen

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive