Tasneem HOME Centre: Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah

Sunday, September 17, 2023

Tasneem HOME Centre: Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah Ç€ Dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang ni, satu inisiatif perlu dilakukan untuk meningkatkan ekonomi keluarga iaitu dengan membuat kerja sambilan. Ini lah antara cara untuk menambah pendapatan keluarga. Kalau anda masih tercari-cari sumber yang boleh menambah pendapatan, boleh sertai Tasneem HOME Centre kerana mereka sedang menganjurkan Program Inisiatif  Perniagaan Buat Suri Rumah.

Tasneem Naturel

Pada majlis pelancaran Tasneem HOME Centre baru-baru ini, seramai 21 orang agen berdaftar sebagai Tasneem telah hadir untuk sesi penyerahan marketing tools percuma dimana Marketing Tools PERCUMA ini akan diberikan apabila anda berdaftar di bawah Program Tasneem HOME Centre.

Tasneem Bantu Ramai Pengedar Sah Jana Pendapatan

Kalau anda nak tahu, Tasneem Business Legacy sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, sekali lagi dengan bangganya telah mengumumkan dan melancarkan sebuah inisiatif terbaru untuk pengedar sah mereka melalui program yang dinamakan Tasneem HOME Centre. Program inisiatif terbaru dari Tasneem Naturel ini bertujuan untuk membantu lebih ramai pengedar sah dan juga buat suri rumah menjana lebih pendapatan. Bagi saya program ini sangat bagus untuk mereka yang sedang mencari alternatif dalam menambah sumber pendapatan tambahan.

Tasneem Naturel

Tambahan lagi, Tasneem HOME Centre merupakan satu inisiatif perniagaan yang menyasarkan pembukaan pusat jualan perniagaan Tasneem Naturel yang beroperasi dari rumah sama ada di lokasi bandar atau luar bandar. Setiap Tasneem HOME Centre berdaftar akan diberikan bahan pemasaran PERCUMA terdiri daripada bunting, catalog, flyers, car window sticker, beg plastik berlogo dan kad perniagaan dengan memaparkan wajah pemilik Tasneem HOME Centre itu sendiri. 

Bagusnya program ni buat pembeli dan pengguna yang setia dengan produk Tasneem Naturel kerana mereka tak perlu pergi jauh untuk mencari produk Tasneem kerana Tasneem HOME Centre ada berdekatan mereka. Buat pengedar sah juga, mereka tidak perlu bersusah payah untuk mencari bahan promosi kerana semua bahan pemasanan telah disediakan secara PERCUMA. Menarik sangat kan.

Tasneem Naturel

Selaras dengan objektif syarikat untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Naturel mengalu-alukan kepada mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai pengedar sah Tasneem Naturel secara percuma dan bergerak ke hadapan menjana pendapatan yang lebih baik.

Kelebihan Menjadi Tasneem HOME Centre

Antara kelebihan yang anda perlu tahu apabila menjadi Tasneem HOME Centre ialah:

1) MUDAH - Dengan menjadi salah satu Tasneem HOME Centre, ia akan dapat memudahkan pelanggan Tasneem Naturel mendapatkan produk terus dan cepat dikawasan terdekat mereka.

2) JIMAT - Menjadi Tasneem HOME Centre akan menjimatkan masa & kos penghantaran kepada pelanggan kerana belian boleh dibuat secara bersemuka seperti pembelian di kedai fizikal.

3) SENARAI - Pihak HQ akan senaraikan lokasi Tasneem HOME Centre yang berdaftar di website rasmi untuk memudahkan pelanggan mencari lokasi Tasneem HOME Centre yang hampir dengan mereka.

4) PAMER – Semua lokasi yang berdaftar akan dipamerkan di dalam Google Maps & aplikasi Waze bagi memudahkan pelanggan mencari dan ke lokasi terdekat.

5) HADIAH – Hadiah menarik ditawarkan kepada mereka yang berjaya mencapai nilai restock tertentu bagi membantu lagi perniagaan.

6) BIMBINGAN – Akan dapat bimbingan dan bantuan dari semasa ke semasa oleh Founder & pihak pengurusan HQ bagi membantu manaikkan lagi perniagaan.

7) PEMASARAN – Marketing Tools PERCUMA untuk mereka yang berdaftar sebagai alat untuk pelanggan mengetahui kewujudan Tasneem HOME Centre berdekatan mereka.

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua kategori Tasneem HOME Centre iaitu Tasneem HOME Centre dan Tasneem HOME Centre Mini.

Pihak Tasneem Naturel berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pengedar Tasneem Naturel yang berjaya dan menjadikan program Tasneem HOME Centre ini lebih berkembang dan menjadikan ramai pengedar Tasneem lebih mudah dicari seterusnya produk Tasneem lebih mudah didapati.

Tasneem Naturel

Jom tambah pendapatan dengan menjadi pengedar sah Tasneem Naturel dan mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre sekarang. Kalau nak tahu maklumat lanjut, disini saya sertakan link Tasneem HOME Centre untuk setiap negeri berdekatan anda lengkap dengan nombor telefon untuk anda hubungi dan bertanya lanjut jika anda ingin mendaftar sebagai pengedar yang sah.


You Might Also Like

0 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive