6 Tips Menabung Paling Mudah

Monday, February 26, 2024

6 Tips Menabung Paling Mudah Ç€ Assalamualaikum semua. Alhamdulillah… Tahun 2023 sudah pun melabuhkan tirainya. Walaupun dah bulan Februari, masih belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Datang 2024. Dah lama betul tak bersiaran. Momentum dah banyak lari kalau nak dibandingkan masa zaman rajin update blog dahulu. Nak kejar balik pun dah tak terkejar rasanya. Tahniah pada blogger-blogger lama yang masih konsisten menulis blog setiap hari. Cemburu sebenarnya. Tapi itu lah, tak nak janji bulan bintang dengan diri sendiri konon nak rajin update blog. Sebab tahu kemampuan dah tak macam dahulu. Just follow the flow sahaja lah. Kalau lah rajin tu boleh dibeli kan… Hahaha…


Ok… Tak nak melalut panjang-panjang, kita kembali kepada tajuk di atas. Antara azam kebanyakan daripada kita termasuk lah saya antara nya ialah MENABUNG. Iya… Bunyinya macam senang, tapi tak semua orang boleh buat. Saya mengaku saya salah seorang dari padanya. Memang sangat susah nak menabung. Masuk tabung korek tabung. Begitu lah kisah nya. Apa yang saya boleh cakap, menabung ni memerlukan disiplin yang tinggi dan tahap konsisten yang berterusan. Menabung ni tak susah sebenarnya sebab ada 6 Tips Menabung Paling mudah yang boleh kita praktik kan. Cuma cabaran nya itu lah… Daya ketahanan kena kuat sampai hujung tahun. Boleh lah cuba 6 Tips Menabung Paling Mudah ni.

6 Tips Menabung Paling Mudah

1)    Kumpul Duit Kertas Berwarna 

Duit kertas berwarna ni semua orang tahu kan. Duit Biru mewakili (RM1), duit Hijau (RM5), duit Merah (RM10), duit Oren (RM20), duit Hijau Muda (RM50) dan duit Ungu (RM100). Mungkin ramai yang dah tahu tapi saya Kongsi kan juga lah kalau ada yang terlepas pandang kan. Konsep kumpul duit kertas berwarna ni senang Sahaja. Ikut formula ni:

  • Duit Biru (RM1) – Pastikan setiap hari asingkan duit seringgit masuk tabung. Jumlah setahun boleh dapat RM365
  • Duit Hijau (RM5) – Asingkan 2 keping duit lima ringgit setiap minggu. Kumpul setahun dah boleh dapat RM520
  • Duit Merah (RM10) – Sama juga macam duit Hijau, setiap minggu asingkan 2 keping duit sepuluh ringgit ni. Jumlah setahun RM1040
  • Duit Oren (RM20) – Simpan 2 keping setiap bulan. Boleh dapat RM480 setahun
  • Duit Hijau Muda (RM50) – Untuk lima puluh ringgit ni asingkan duit mengikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September dan November). Jumlah setahun RM300
  • Duit Ungu (RM100) – Kalau duit hijau muda bulan ganjil, untuk duit ungu seratus ni simpan ikut bulan genap (Februari, April, Jun, Ogos, Oktober dan Disember). Kumpul setahun dapat RM600

2)    Asingkan Duit Hijau 

Kalau tak nak buat tip nombor satu tu, korang boleh cuba kumpul duit hijau sahaja. Setiap kali dapat duit hijau, asingkan terus sebab duit hijau ni kadang-kadang susah juga nak dapat. Kalau konsisten kumpul dan tak usik duit hijau ni sebulan boleh cecah dua ratus ke tiga ratus juga ni.

3)    Simpanan 12 Bulan

Konsep simpanan selama 12 bulan ni mengikut jumlah yang perlu disimpan setiap bulan mengikut jumlah yang telah ditetapkan dimana jumlah setiap bulan adalah berlainan ya. Korang boleh refer jadual dalam gambar bawah ni.


Bagi saya konsep ni mudah juga. Asingkan specific amount yang telah ditetapkan. Mudah sangat ni. Jumlah terkumpul pun boleh tahan banyak juga.

4)    Simpan Duit Syiling

Kalau boleh kumpul duit syiling sepuluh sen (10₵), dua puluh sen (20₵) dan lima puluh sen (50₵). Lepas tu letak dalam tabung yang berasingan. Tak ada lah juling biji mata nak asingkan dan nak mengira bila tabung syiling dah penuh nanti kan. Walau pun nilai duit syiling ni kecil sahaja, tapi bila dikumpul sikit-sikit, lama-lama boleh jadi bukit kan. Malah boleh dapat beli sebiji kereta secara tunai tau.


Tak percaya? Korang boleh baca kisah lelaki dari Indonesia ini yang berjaya membeli kereta idamannya secara tunai hasil dari simpanan menabung duit syiling selama empat tahun. Menarik kan. Tak ada yang mustahil kalau kita usaha kan. Jom lah simpan duit syiling. Kalau tak boleh tukar dekat bank, korang pergi je kedai runcit Acheh atau 99Speedmart. Ada juga bank yang sediakan tempat kira duit syiling. Tapi kena tengok cawangan mana sebab tak semua bank ada. Rasa nya bank terima je duit syiling.

5)    Buat Sampul Wang Tunai

Sediakan sampul khas dan letak jadual. Alaaaa… Buat money saving challenge. Contoh nya kalau nak menabung ikut minggu. Buat lah 26 minggu atau 52 minggu. Setiap minggu jumlah wang perlu disimpan adalah berlainan. Kalau 26 minggu, korang kena simpan setiap minggu dua ringgit (RM2) dan gandakan untuk minggu seterusnya. Untuk 52 minggu pula cara nya ikut bilangan minggu. Minggu pertama seringgit (RM1), minggu kedua dua ringgit (RM2) sampai lah cukup 52 minggu bersamaan dengan lima puluh dua ringgit (RM52). Tengok lah jadual bawah ni untuk senang faham.

Kalau malas nak renyah-renyah, korang beli je lah sampul yang dah siap jadual. Tanda Sahaja bila dah letak duit dalam sampul tu. Dekat Shopee banyak jual. Search saja Custom Cash Envelope. Macam-macam design ada. Boleh juga request kalau nak custom made sendiri. Macam nak suruh label kan untuk saving monthly, travel, kahwin, kids dan lain-lain lagi lah. 


Nak lagi cantik, korang beli sekali Book Cash Planner. Nampak tersusun dan semangat sikit nak menyimpan. Dia macam dompet juga lah. Yang ni nampak selamat sebab berzip. Tak ada lah risau duit tercicir kan. Material pun leather tau. Sila lah beli.

6)    Beli Tabung yang Tidak Boleh Dibuka

Bagi saya tabung pun memainkan peranan yang penting juga tau. Kalau nak menabung, cari tabung yang tak ada kunci dan tak boleh dibuka. Selalunya bawah tabung kan ada tempat buka. Tapi kalau betul-betul dah nekad nak simpan duit, cari tabung duit tong gas sebab tabung ni kena pecahkan kalau nak keluarkan duit. Kira selamat lah duit daripada digunakan. Cukup hujung tahun baru kita pecahkan tabung.


Selamat ke duit kertas kalau simpan dalam tabung duit tong gas tu? Yang saya baca, selamat je duit kertas. Tak rosak pun. Macam Tabung Tong Gas untuk Duit Syiling dan Kertas ni. Tabung nya sudah di cuci luar dan dalam. Jadi nya duit syiling dan duit kertas dijamin selamat dan tidak rosak. Sila lah beli sebab ada macam-macam warna. 

Siapa yang belum mula menabung tu, boleh lah mula dari sekarang. Tak ada istilah cepat atau lambat. Kalau dah ada niat tu terus lah buat. Menabung lah ikut kemampuan. Jangan paksa diri kalau tak mampu sampai terpaksa ikat perut. Tak boleh buat banyak, buat sikit pun sudah memadai. Faham... Hidup sekarang ni keras. Minggu ni simpan minggu depan dah korek tabung. Begitulah hidup di dalam era serba mencabar dengan kos sara hidup yang tinggi.  

Sentiasalah berdoa supaya Allah sentiasa luaskan rezeki kita seperti air sungai yang mengalir dan tidak putus. Pada yang sedang menabung, semoga terus istiqomah sehingga hujung tahun. Bagi yang baru nak bermula, selamat menabung semua.

You Might Also Like

0 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive