Yoohooooo...selepas setahun lebih menceburkan diri dalam dunia blogging nih, finally aku dah bley cash out duit hasil penulisan yg tak seberapa nih walaupon amount nya tak berapa banyak. Yerlah...blogger picisan jer kan, berapa jerlah hasilnya kalau nak di bandingkan dengan blogger fofular dan ramai pengikut.
Nak tengok ker hasil nya? Ala...i malu lah nak tunjuk, nanti org cakap poyolah pulak kan. Amount tak sampai ratus² pun nak tunjuk. Yerlah...hati & mulut org kan, mana kita tau. Nak tengok jugak ker? Ok lah...ok lah....(^_^)

Inilah hasilnya. Alhamdulillah...walaupon berapa amountnya, kita kena gak bersyukur. Buat yang masih belum mendapat hasil tu, usaha tangga kejayaan. Coming soon uols nyer turn plak (^_^).
Buat penggemar² coklat sekalian, sila ambil perhatian. Detail as below:

28 May - 30 May, 2010
No. 8, Jalan 9/1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
Chocolate Fair - Free Chocolate Buffet
Time: 9.00am - 6.00pm
Terms and Conditions:
• Eat all you can with no wastage.
• Strictly for dine-in only.
• Unfinished chocolate will be charge according to our selling price.
• Beryl's reserve the rights to change the terms and conditions without prior notice.
For enquiry, please contact 03 8925 6136.


28 May - 30 May, 2010
No. 8, Jalan 9/1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
Chocolate Fair - Free Chocolate Buffet
Time: 9.00am - 6.00pm
Terms and Conditions:
• Eat all you can with no wastage.
• Strictly for dine-in only.
• Unfinished chocolate will be charge according to our selling price.
• Beryl's reserve the rights to change the terms and conditions without prior notice.
For enquiry, please contact 03 8925 6136.
Untuk renungan kita bersama. Cerita ni aku c & p dari rakan BFku AJUI di FB. Semoga ia dapat membuka mata² ibu di luar sana betapa pentingnya Breastfeeding nih. Breastfeeding seperti "Breaastaurant...anytime, anywhere, no waiting list, no Q hygiene and its totally FREE (^_^)" (pinjam ayat² cinta ecar)
**********************************************************************************
*Berita ini telah dikongsi oleh seorang Doktor O&G di Manjung, Perak... Berita ini telah disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak... Saya telah cuba dapatkan secara online tetapi gagal, oleh itu saya amat berterima kasih kepada Dr. Nadrah Ariffin kerana sudi menyalin semula petikan berita tersebut untuk tatapan dan panduan semua... Alhamdulillah...
Seri Manjung - Seorang ibu terkejut apabila susu formula yang baru dibeli di sebuah pasaraya di sini, mengandungi bendasing dipercayai ulat.
Faridah Ahmad berkata, dia menjumpai dua bendasing dalam susu tepung itu yang menyerupai ulat sebelum menelefon suaminya, Anuar Che Ros.
Menurutnya, dis tidak menyangka susu formula mengandungi bendasing seperti ulat kerana susu jenama itu sentiasa menjadi pilihannya untuk diberikan kepada anak-anaknya.
"Sejurus selepas itu, saya cuba menghubungi talian hotline syarikat susu berkenaan, namun taliannya sibuk," katanya.
Sementara itu, Anuar berkata, dia akan memulangkan semula susu itu kepada pihak pengurusan pasar raya itu.
"Masalah ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak bagi mengelakkannya berulang," katanya.
Ulasan dari Dr. Nadrah...
Rakan2 yang saya sayangi. Cuba kita renungkan sejenak, bagaimana untuk atasi masalah ini. Pada saya, saya hanya nampak kebaikkan pemberian susu ibu dari sudut ini dengan sangat nyata:
1. Mengelakkan risiko pencemaran seperti yang dilaporkan oleh akhbar ini pada hari ini.
2. Bukan saja pencemaran sewaktu pengilangan susu tepung ini, tetapi juga pencemaran disebabkan kelalaian penjagaan kebersihan untuk botol2 yang digunakan/diberikan kepada anak2.
3. Jika ramai yang menyarankan supaya pihak2 tertentu mengambil langkah yang tegas dalam menangani masalah pencemaran susu formula bayi/anak, alangkah bagusnya disertakan dengan kempen kesedaran kepentingan penyusuan susu ibu...dah tentu susu ibu adalah susu yang sangat segar, tidak pernah rosak jika cara pengendaliannya betul, dan yang pastinya tidak akan ada pencemaran dalam susu ibu.
Akhir kata 'Majulah Breastfeeding untuk Ibu² di Malaysia"...ahaks...
Kat mana lagi nak cari buah delima ni yer. Mak buyung nan sorang ni mengidam buah delimalah plak. Dah suruh hubby cari, tapi tak jumpa² lagi. Ada gak soh cari kat pasar chow kit & pasar pudu, tapi belum berkesempatan lagi nak pergi.
Baru dapat makan sebiji jer buah delima, itupon kat umah mak, mamang ada tanam pokok delima ni. Memang rezeki ibu mengandung...kebetulan ada sebiji yg masak, tapi tak puas makan lah, cinonet sangat pastu isi pon tak merah. Kalau dapat yg beso dengan isi kemerah-merahan mcm yang dalam gambo nih...perghhhhhh...sedapnya....

Antara Khasiat & kelebihan buah delima:
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)
Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.
Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.
Antara kebaikannya yang lain:
- menghalang pembentukan sel kanser
- mencantikkan kulit
- mencegah dr nyanyuk
- memberi tenaga
- elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
- elok utk sistem penghadaman
- mngurangkan berat badan
- prevent morning sickness( utk org mengandung)
- memperelokkan rahim