Sebab menjadikan blog saya yang buruk dulu tu bertambah cantik dan cute hasil tangan dari CIKGU MA cute miut >_<. Kalau uols semua nak tau, cikgu ma ni lah yang touch up blog saya...saya suka...saya suka...☺☺☺
Kisahnya. Saya ni suka sangat tengok doodle yang selalu cikgu ma buat. Pastu saja jer tanya. CIkgu ma tak buat tempahan untuk header ker? Pastu cikgu ma soh email saya nak design macam mana. Apa lagi kan, orang dah offer baik punya. Tu pon amik masa saya nak email sebab tak der idea nak letak title apa kat header tu. Last²...jadilah header yang sekarang nih. Pastu tanya lagi kat cikgu ma. Tak buat ker full template? Erk...dah bagi betis nak paha pula yer mak jemah nih...hehehe...maklumlah, buta HTML kod. Nak letak header pon tak reti apatah lagi nak buat template baru. Dan cikgu ma berbesar hati nak buat kan. Yeehaaaaaa....suka mak noks. Harga yang di tawarkan pon amat berpatutan.
Yang paling best, service tip top...kejap jer dah siap. Kalau uols nak tempah header atau doodle, bley lah ker blog Cikgu ma nih. Klik jer kat HEADER tu. Memang cute² hasil tangan dari cikgu ma.
Untuk cikgu ma, TERIMA KASIH banyak² sebab sudi buatkan blog akak ni bertambah cantik dan kemas. Maaf banyak² kalau akak ni banyak songeh yer cikgu. Semoga business cikgu bertambah maju, In Shaa Allah
Note: Hari ni adalah sangat tensi. PC asyik on and off dari pagi tadi di sebabkan power electric supply yang macam hampagas. Tengah syiok baca/komen/bw blog tetiba padam..cisss...
HAPPY 8 MONTHS OLD IMAN QHALIF
Rambut dah tak pacak ^_^
Cantik kan tarikh hari ni. Tertanya² juga ada yang menarik ker untuk tarikh hari ni? Rasanya macam ada. Baru teringat yang anak bujang tecik nih dah 8 bulan hari nih. Bersamaan dengan 12 December 2012 ☺☺..haishhhhh...ibu ni makin pelupa lah.
Setakat 8 bulan ni Qhalif masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya...syukur alhamdulillah...Berkat kesabaran, doa yang tak putus supaya di banyakkan SUSU IBU serta dengan kehendak dan izin dariNYA juga. Semoga misi nak Fully Breastfeed Qhalif hingga 2 tahun tercapai, in shaa allah.
Perkembangan pon seperti bayi² lain yang seusia dengannya. Membesar bagai johan. Meniarap dan berguling² satu rumah adalah hobi dia. Merangkak baru selangkah. Asyik angkat punggung jer lebih. Makan plak masih lagi kurang. Lebih kepada susu. Badan pon agak susut sikit. Mungkin sebab tengah lasak. Nak pakaikan pampers ngan baju pon susah skang nih. Pastu suka sangat lentikkan badan. Kalau dukung kena pengang belakang badan dia. Kalau tak...melentik lah. Nak gurau² lah tu kononnya ☺☺
Ok...yang ni sariau sikit. Qhalif dah tumbuh gigi. Nak masuk 2 batang dah. Alahaiiiiii...cepat pulak kamu tumbuh gigi. Abang ngan kakak dulu lambat tumbuh. Bila dah tumbuh gigi tu faham² lah kan. Nak menggigit jer lah kerjanya. Sambil gigit sambil sengih. Habislah...melecet lah nip ibu macam ni dik.
Semoga Iman Qhalif membesar sebagai anak yang soleh, sihat tubuh badan dan bijak pandai.
Tak tau lah kenapa pagi ni. Ada jer yang tak kena. Sebab Haraimau Malaya seri dengan Gajag Putih ker? Atau sebab hari ni hari isnin? Sikit² nak salahkan monday blues yer...hehehehe...Kisahnya:
1) Pagi ni parking keta. Ingatkan dah free gear, rupa² nya belum. Apalagi...meluncur ke depan lah kereta. Nasib meluncur sikit jer, kalau laju jer...masuk ke kolam lah jawabnya. Alhamdulillah...tak apa².
2) Nak keluar kereta, kaki terpelecot. Siku terhanduk kat keta sebab nak menampung badan dari jatuh....ouchhhhh...sakit. Nasib kaki tak terseliuh. Dah lama tak pakai high heels. Bila pakai rasa lain plak ☺☺
3) Electric Power Supply kat office nih main babacak plak. Kejap on kejap off. PC ni pon dah berapa kali asyik on off. Back-up Battery plak dah rosak gamaknya. Tengah menaip ni pon letrik bley shut down lagi. Adoiiiii...tension haku asyik nak ulang benda yang sama banyak kali. Dah lah tu...AIRCOND pon macam tu gak, kejap ada kejap tak der...haishhhhhh...balik ah macam ni bos...muahahaha...
4) Tak habis lagi pasal kisah seram. Berlaku masa hari jumaat aritu waktu maghrib, masa hujan tengah lebat dan waktu ayat kursi sedang berkumandang. Tak tau lah perasaan saja atau memang betul. Kali ni kat sliding door. Dia main gegar sliding door plak noks. Ni pon tengah memikir lah ni...betul ker tak...betul ker tak...angin kot...erk, bukan angin...haishhhhh...nanti lah saya citer erk. Nak kan kepastian dulu. *Tau dah...mesti uols tak sabar nak tau kan ahaks..*
Ok. Itu jer lah keserabutan saya buat hari nih. Esok SELANGOR cuti....yeayyyyyyy...
Note: Semalam jumpa kawan blogger buat pertama kali. Bersua juga akhirnya. Tapi tu lah, dah syok borak lupa plak nak amik gambar...cissss....