Jalan Raya lengang...ramai yang bercuti
Office pon lengang juga...sunyi sepi sebab ramai yang bercuti hujung tahun ni, menghabiskan saki baki cuti
Blog...pon lengang dan sunyi sepi juga. Banyak blog yang tak berupdate..hurmmmm
Rasa boring dan sunyi plak hari ni
Selamat Hari Natal buat panganut agama Kristian
Selamat Bercuti semua
1) Anak bujang saya yang cute macam ibu dia ni demam lah. Start demam dari semalam, Mata pon bertahi, panas dalam mungkin. Nak bukak mata pagi ni pon macam payah jer, bagai di gam². Terpaksa lap dulu ngan air suam. Pastu titikkan sket dengan air susu ibu. SI tu kan ubat untuk sakit mata ☺☺. Air masak pon tak nak minum. Mengempeng jer kerjanya. Tak nak di letak. Nak berdukung...alahaiii...demam nak tumbuh gigi lagi ker dik. Ker demam sebab nak merangkak...hahaha...
2) Hati berbelah bagi nak hantar anak ker Nursery, tapi kena hantar gak...uuwwaaaaa...
3) Badan sengal² sebab mengiring lama sangat. Dah tu...anak mengempeng berjam-jam. Acaner tu? Mata pon mengantuk sebab tak cukup tidur. Tak per...besar pahala ibu sebab jaga anak yang tak sihat.
4) Line tenet pon tak berapa nak sihat. Asyik HANGGGGGG jer memanjang. Nak BW pon terbatas. Nak dengar radio pon sakit hati sebab asyik putus². Dengar radio online katakan. Nak dengar pakai radio biasa tak boleh sebab tak dapat siaran HOT fm. Mak kan pendengar tegar HOT fm.
5) Surat pengesahan majikan masih belum dapat lagi...adoiiiiii...lamanya. Dah seminggu mak submit hat HR noks. Kalau cepat dapat, cepatlah proses pinjamannya. Terpaksa pinjam ngan MBSB even interest 4.9%. Nak buat macam mana, bank lain tak nak kasi pinjam. Pihak bank nak gaji RM3000 dan keatas. EZ RHB plak lagi tinggi interest nya 9% even senang lulus. Beginilah nasib pekerja yang bergaji bawah dari #tigaribu...harap maklum.
Itu jer lah kisahnya. Pagi ni pon jalan lengang. Office pon lengang gak sebab ramai yang menghabiskan cuti² tahunan. Bos besar pon tak der. Jadinya...hari ni kita ENJOY...muahahaha...*gelak syaiton*
Note: Kejap lagi saya jalan² umah kamu. Jumaat aritu saya half day. Jadinya jejak ku di blog mu separuh jalan jer ^_^.
Alhamdulillah...moga bertambah lah duit tabung. Dah lama BE tak bertandang. Bley kata hari² check nuffnang...tapi hampa. Petang semalam check lagi, melekat seketul BE...saya suka...saya suka..^_^
Dapat Buffered Earnings dari DIGI. DIGI tengah buat Jualan Internet 2x ganda. Promotion Period: 3 December 2012 - 3 February 2013. Kalau nak tau lebih lanjut, klik lah iklan tu yer. Mekasih juga buat kamu² semua yang sudi bertandang dan yang sudi klik. Bertambah juga duit tabung saya.
Note: Semoga BE tu melekat lama sikit ☺☺
Ok. Saya saja jer nak tunggu hari Khamis untuk citer pasal kisah seram lagi. Dah bersedia untuk seram secara berjemaah...muahahaha...Kalau sebelum tu saya pernah citer pasal 'Ibu...kita Nampak Hantu'. Pada yang belum baca tu bley klik kat situ sebab saya dah buat link.
Kali ni kisah seramnya berlaku pada diri saya sendiri. Selang empat hari selepas kimi nampak 'makhluk' tu. Berlaku pada hari Jumaat. Masa tu saya tengah duduk kat sofa sambil melayan citer ADABI Spices Route. Anak² plak tengah berkubang dalam bilik air...terjerit² sambil mandi...gasaklah kan. Janji ibu aman nak tengok TV. Si Qhalif plak berguling² kegembiraan sebab tak der orang nak mengacau.
Kebetulan Jumaat tu hujan lebat selebatnya. Tiba²...masa tengah syiok tengok TV tu hati ni rasa macam tak sedap. Tetiba perasaan takut tu datang *mak dah mula meremang ni nyah*. Saya mulalah pasang ayat² Ruqyah. Lepas tu kan, secara tiba² saya dengar sliding door tu macam bergegar. Saya dah terdiam. Mula berfikir 'mungkin jiran sebelah atau atas tutup sliding door kuat kot'...'erk...tak mungkinlah sebab ada dinding yang memisahkan sliding door tu'. Bunyi lagi, hati dah berdebar². Saya pegang sliding door tu, memang sliding door tu sedang bergegar. Sekali dia gegar lagi noks. Saya buka sliding. Angin biasa jer. Langsir pon tak berterbangan. Tengok lampu kat balcony. Lampu tak goyang. Kalau angin kuat mungkin goyang. Tutup balik sliding door. Dia gegar lagi sekali. Saya rasa dekat 5 kali sliding door rumah saya tu bergegar. Darah dah naik kepala dah nih. Saya pon mula bersuara 'Aku tak kacau kau, kau tolong jangan kacau aku dan anak² aku'. Memang lepas tu dah tak gegar lagi.
Nak tau tak. Masa sliding door tu bergegar adalah pada waktu Maghrib dan pada masa yang sama Ayat Kursi sedang berkumandang. Ya! allah...hanya dia jer yang tahu perasaan saya masa tu. Saya duduk jer kat ruang tamu tu sampailah anak² habis mandi. Nak gi dapur yang sekangkang kera tu pon takut. Bila perasaan takut tu dah reda, barulah berani nak masuk dapur. Iyerlah....anak² nak makan kan. Kebetulan anak² dah berkumpul kat ruang tamu tu, berani lah sket kan...hehehe...
Macam mana tu? Suruh anak² jangan takut tapi mak budak ni yang terlebih takut...acaner tu. Tapi skang ni dah rasa kuat semangat sket lah. Allah kan ada ☺☺☺. Dulu tak der plak benda² mistik macam nih. Lately ni pulak. Risau nya takut ada yang 'menghantar'...mana tau kan. Apa² pon, doa saya setiap hari supaya di pelihara keselamatan kami sekeluarga dari hasad dengki, fitnah dan sihir. Mak saya pon ada pesan soh ustaz tengok² kan umah tu.
Note: Si dia kata mungkin angin jer kot. Tapi instinct saya mengatakan bukan angin. Memang sliding door tu seperti ada orang yang menggegarkannya.