Kita selalu merasakan ujian yang sedang kita lalui nih adalah sangat berat untuk di pikul. Tapi sebenarnya ada hamba allah yang lebih berat diuji olehNYA. Tengah Blog walking...terjumpa satu blog yang amat² menyentuh hati dan perasaan bila membacanya. Kehilangan 4 orang tersayang.
Ujian pertama bila anak yang di kandung selama 38 bulan meninggal dalam kandungan. Ujian kedua pulak bila kegembiraan menyambut anak kedua hanya seketika dimana tarikh yang sama, beliau kehilangan suami, mak dan ayah dalam kemalangan. Ya! allah...tak tergambar perasaan kalau aku berada ditempat dia. Speechless...Ujian yang sedang aku tanggung ni pon dah tak tertahan, inikan ujian kematian orang yang tersayang.
Buat Ummufathi...semoga terus kuat dan ditabahkan hati untuk meneruskan kehidupan selepas kehilangan orang yang tersayang.
AL-FATIHAH buat mereka.