Sumber [Vanillakismis.my]
Tertarik aku nak berkongsi fakta nih. Cuma aku tambah Perempuan, Kasut dan Handbag. Korang jenis yang mana? Aku mengaku aku jenis yang nombor 1 tu hokay. Aku akan pakai kasut tu sampai lunyai. Itu lah kasut aku gi office dan itu jugak lah kasut aku gi jalan-jalan. Dah haus tapak kasut pergi hantar kedai ganti tapak. Kalau dah lunyai habis, memang kena beli baru lah. Kalau setakat jalan-jalan gi kedai makan atau area-area rumah aku pakai selipar jer.
Kenapa tunggu dah lunyai baru nak cari baru? Entahlah. Aku pon tak tau dengan perangai aku nih. Orang lain sibuk kumpul kasut. Pantang ada sale, berkotak-kotak kasut dibelinya. Tapi aku tak der nafsu pulak nak beli kasut even kasut kau dah menanti untuk dikebumikan... hahahaha... Asal nak beli jer asik tertangguh... 'Alaaaa... nanti-nantilah beli. Elok lagi kasut nih'.. 'Alaaaa.. malaslah pulak ni pilih kasut nih'... 'Nak beli ker tak kasut nih'... Erkkk... Macam-macam alasan lah. Sudahnya kau pakai jer lah kasut tu.
Bukan setakat kasut jer tau. Handbag pon sama. Orang lain gi office bertukar-tukar handbag setiap hari. Kau??? Handbag tu jer lah yang disarungnya. Sampai tali dah putus baru kau nak cari baru. Betapa setianya seorang yang bernama Afizah nih kan. Tapi since aku dah jadi ibu yang mengepam susu di pejabat. Bertukar jugak lah handbag. Tapi bag letak pam susu lah... hahahaha... Itu lah bag baru aku sekarang nih.
Tipu lah kalau aku tak teringin nak beli handbag dengan kasut baru kan. Asal tengok kasut dengan handbag. Lepas tu kau tertengok pulak barang-barang budak. Automatik nafsu kau bertukar. Dari nak beli barang untuk kau, terus kau terbeli barang-barang untuk anak. Acener tu?? Kesimpulannya disini adalah. Keperluan anak-anak kau lebih diutamakan dari keperluan untuk kau sendiri.
Ok lah... Rasanya macam nak kena cari kasut baru nih. Dah nak sampai ke penghujung nya kasut ni berkhidmat. Handbag tak perlu tukar lagi. Tunggu tamat tempoh penyusuan 2 tahun baru kita tukar yerp sebab skang ni usung bag mengepam jer hari-hari gi office☺☺
Note: Masih belum berkesempatan nak buat blogwalking. Mana yang sempat jer.