Jika seorang isteri menangis dihadapanmu….“hargai lah ia sebeulm terlewat…”Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, pasti tenang hatinyaSeorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu...
Umur baru nak masuk 2 tahun bulan sembilan nih, tapi dah kena berdikari. Naik tangga sendiri jer, tapi dibawah pengawasan ibu yer. Rumah tingkat dua plak tu. Terkedek² naik tangga ngan bag Angry Bird dia tu. Naik...jangan tak naik... Posing jap Naik lagi...kesiannya...☺☺ Rehat jap...posing dulu. Anak sapa lah nih. Kesian tak? Kesian kan...muahahahahaha...Macam ni lah rutin tiap² petang. Ibu nak dukung tak...
Nota: Alhamdulillah...dah 2 tahun berturut² dapat puasa penuh. Pada yang berpuasa hari ni...selamat berbuka lah yer. Dan pada yang belum ganti tu...cepat² sket ☺☺ ...
'Bila bersama orang yang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri. tetapi bila bersama ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan diherdik' Tersentap bila membacanya. Ada betulnya statement itu. Sebagai contoh...kita tengah sibuk lipat baju yang bertimbun. Tetiba si anak datang mengacau, memunggah kain yang sudah berlipat sambil tersengih². Dengan tak semena-mena, kita naik hangin lalu marah si anak tadi. Tak cukup dengan tu...di...
Pagi ni ada CIDB Training dari pagi sampai petang...hurmmmmmm...Dengan ini, aktiviti melawat kawasan akan di lakukan esok hari. Sekian...harap maklum ☺☺☺ Pagi ni ada CIDB Training dari pagi sampai petang...hurmmmmmm...Dengan ini, aktiviti melawat kawasan akan di lakukan esok hari. Sekian...harap maklum ☺☺☺ ...
Hasil tenusu ibu yang di perah hari jumaat yang jumlahnya 24 oz terpaksa di buang begitu sahaja...sob..sob...sob...Aku terlupa nak letak dalam peti ais. Nak nangis tgk susu basi. Sebelum tu dah ingat nak letak dalam freezer. Tapi bila dah buat benda lain, terus jadi lupa sebab malam tu nak balik gombak. Sibuk packing nyer pasal lah nih. Dah keluar rumah baru teringat yang...
Sakit lain masih bley tanggung lagi, tapi kalau sakit gigi...perghhhhhhh...memang hazab. Dah rasa macam sakit orang nak beranak gamaknya. Lepas bersalin aritu makin menjadi² plak sakitnya. Gusi bengkak sampai muka pon nampak herot sebelah. Memang nak gelak ah tengok muka sendiri...hehehehehe...dekat seminggu gak lah bengkat tu nak surut. Nak gi dentist, masih dalam pantang. Pastu dah ok, tak rasa sakit plak. Tapi start...
1. Doa memohon Rahmat, surah Ali-Imran (ayat 8-9) (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; Karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)". "Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya". Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji....
Laju jer mengalir keluar macam air paip. Keluar seratus hinggit...tak sampai sminggu pon dah habis. Kalau lima puluh hinggit lagi lah, sehari pon dah habis...hurmmmmm... Nota: Tak sabar nak tunggu hari isnin sebab tak sabar nak tunggu gaji masuk...hahahahaha... ...
Ku di dalam dilema. Berbaloi ker kalau beli deep freezer semata² hanya untuk letak hasil tenusu ibu? Atau ada sesapa yang sudi sewakan deep freezer....hehehehe... Freezer mak dah hampir penuh noks. Hasil perahan pon alhamdulillah...meriah. Rezeki qhalif. Ada dekat 60 bekas dah. Puasa pon dah nak dekat. Nak kena buat stok lagi. Biasalah...hasil perahan ada pasang surutnya. Bekas dadih tu makan space lah....
Siapa suka choki choki sila angkat keyboard...hihihihih...favourite coklat masa jaman skolah. Sampailah dah jadi mak budak...choki choki tetap jadi pilihan. Iyer lah, buat penggemar coklat mcm mak ni, masa skolah dulu nak beli coklat cadbury mahal sket...beli choki choki baru seposan satu. Tapi skang ni 5 stick sama dengan sehinggit. Lain kedai lain harga. Kudapan aku kat office skang ni adalah choki choki....
Google pic. Hangat hati sebab hari² jalan sesak nak mampos. Pagi petang sesak. Tension di buatnya. Nota: Sekian...Luahan perasaan di pagi hari yang berjerebu dan berdebu. ...
Aktiviti hujung minggu. Bawa anak² gi swimming. Memula gi kat MBSJ, sekali kolam tutup lah plak. Nak gi putrajaya...dah jauh nak patah balik. Finally...gi kolam DBKL. Tapi pukul 6.00 pm lah plak baru bukak. Kitorang sampai situ pukul 4.45 pm. Ada lagi sejam lebih. Alahaiiiiii...bebudak dah tak sabo nak mandi. Apalagi, gi isi perut dulu. Abang yang teruja. Si abang plak asyik membebel....
Yang terucap di bibir tidak sama yang tersimpan dihati.. bibir bisa saja menipu, hati masih mampu menyembunyikan keperitan tetapi mata tidak bisa.. kerana bila hati sakit air mata terus megeluarkanya walaupun pada saat itu bibir masih mampu tersenyum... sentiasalah tersenyum walaupun pada saat itu engkau sedang meratapi kesedihan.. ...
Buat tatapan dan pengetahuan kawan² ibu, nama saya: IMAN QHALIF BIN HUSAINI Ibu saya saja jer tak nak bagi tau nama saya...surprise lah tu kekononnya...hehehehe...Ibu berkenan dengan nama ni sejak saya dari dalam perut lagi. Besar harapan ibu dan abah supaya saya dapat jadi pemimpin yang beriman, menjadi anak yang soleh, bijak dan yang baik² lah bila besar nanti. Ibu tak dapat nak...
Bukan satu, tapi 3 Buffered Earnings sedang seronok menari² kat blog nih. Puan blog senyum...tak perlu kata apa²...muahahahahaha...luv u Nuffnang ☺☺ Pelik gak kekadang. Bila update blog hari², BE malu² jer nak bertandang. Nak singgah sebijik pon amik masa. Tapi bila tak update berbulan²...hamik ko...sekali 3 ketul datang...sukanyaaaaaa...Rejeki orang baru dapat baby lah katakan ☺☺☺ ...
Achummmmmmm...bersawang nya blog. Ada lagi ker pembaca nih. Iyerlah...agak lama terbiar. Banyak sarang labah² dah...ekekekekeke... Assalamua'laikum semua...rindu sama kamuuuuuu. Nak terjah rumah kamu semua. Nak baca citer² kamu yang best². Dah lama sangat tertinggal ketapi nih. Hari ni 1st day bekerja. Cukuplah 2 bulan cuti. Sampai² jer office trus check email...perghhhhhhh...empat ratus lebih inbox. Pastu buka blog lah kan, rindu ngan blog sendiri. ...