Crack Nipple

Thursday, March 19, 2009

Antara cabaran yang aku rasa paling mencabar dalam BF ialah Crack Nipple. Phew.....sakit betul pedih plak tu. Banyak kali aku kena. Kekadang sebelah and kekadang dua2 belah. Nangis aku dibuatnya. Bila aku pakai Nipple Shield, anak bujang tu bukannya nak hisap...lagi di gigitnya adalah...macam pelik plak dia nengok benda tu. Nak tak nak....terpaksalah aku BF dalam keadaan emosi yg tak menentu..pedih, sakit & aku nangis wei...tapi itu tak mematahkan semangat aku untuk terus BF, aku takkan putus asa, aku tetap akan BF selagi termampu & itu bukan alasan atau penyebab untuk aku stop BF kerana Susu Ibu adalah yang terbaik.

Ini info yang aku copy and paste. So...check it out..

Penyebabnya...
  • Meletakkan bayi dalam posisi yang salah.
  • Teknik penyusuan yang tidak betul.
  • Penjagaan puting yang tidak betul.
  • Bayi menggigit.
  • Ekzema puting: Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.
  • Seriawan: Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.

Penyelesaiannya...

Jangan hentikan penyusuan.

  • Susukan dengan payudara sebelah lagi dahulu dan setelah bayi kenyang baru alihkan ke payudara yang putingnya melecet supaya hisapan bayi tidak terlalu kuat dan mengakibatkan ia bertambah sakit/luka.
  • Biar sekejap tapi kerap. Jangan beri bayi hisap terlalu lama pada puting yang sakit. 10 minit adalah memadai.
  • Jika puting anda terlalu sakit, perah saja dulu susu di payudara tersebut sementara menunggu ia sembuh.
  • Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Pastikan bayi memasukkan hampir keseluruhan areola ke dalam mulutnya.

Pastikan puting kering

  • Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
  • Elakkan memakai coli yang terlalu ketat. Jika boleh kerap 'anginkan' puting sehingga ia pulih.
  • Tidak perlu gunakan losyen atau sabun untuk puting melecet. Biar udara mengeringkannya.
  • Anda juga boleh menyapukan krim seperti bepanthen yang juga boleh digunakan untuk ruam lampin bayi.

Jumpa Doktor

  • Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.

Pencegahan...

  • Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.
  • Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.
  • Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
  • Tukar coli setiap kali mandi.
  • Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.

Jika anda taknak mengalami Crack Nipple, please follow the above instructions, insya'allah tak crack. Selamat mencuba.....

You Might Also Like

3 komen

  1. alamak.. kena hi-lite baru bleh baca. .. good info..kena tuka colour font la fiza :D

    ReplyDelete
  2. owh...yer ker. Thanks ely, nnt i tukar.

    ReplyDelete
  3. fiza...satu petua..ku mmg amalkan...sapu hindmilk~susu akhir tau, pas bb kita hisap tuh...susu akhir ni moisture, kira mmg ubat arr...mama kamariah pon advise cam tuh...cobalah~~~hoho

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive