Proses Pertukaran Sekolah Rendah Dan Menengah | Ini Prosedur Yang Perlu Dilakukan

Thursday, February 27, 2020

Proses Pertukaran Sekolah Rendah Dan Menengah | Ini Prosedur Yang Perlu Dilakukan. Tak susah pon sebenarnya proses untuk pertukaran sekolah ni. Saya pon pada mulanya rasa macam susah. Tapi bila dah buat sendiri baru tahu senang saja rupanya. Ni pon 1st time uruskan pertukaran sekolah anak-anak. Sebab kami akan berpindah ke Nilai. Kalau nak ikutkan, memang sedih bila nak pindah ni. Lagi-lagi bila pindah sekolah. Anak-anak dah biasa dengan environment sekarang. Kawan-kawan pon dah ramai. Tapi tu lah, dah dapat rezeki rumah dekat Nilai, maka berhijrah lah kami. 


Ok… Berbalik kepada Proses Pertukaran Sekolah. Memang tak ada pengalaman langsung. Tanya juga lah beberapa orang kawan yang pernah ada pengalaman tukar kan anak sekolah ni. Terima kasih Aju dan Nora sebab sudi melayan pertanyaan kita ni. Saya ada juga lah search info berkaitan proses pertukaran sekolah. Tapi rasa tak puas sebab kita sekadar membaca. Kalau boleh nak tanya juga orang. Baru puas hati kan. Lepas tu kebetulan dalam group WA anak-anak ada juga parents yang sedang buat proses tukar sekolah. Hurmmm… Dah tahu tapi tanya lagi.. haishhh… Ok, Untuk Proses Pertukaran Sekolah Rendah Dan Menengah | Ini Prosedur Yang Perlu Dilakukan:

Proses Pertukaran Sekolah Rendah Dan Menengah | Ini Prosedur Yang Perlu Dilakukan


1) Pergi Sekolah Yang Hendak Di mohon


Kalau dah decide dekat mana nak tukar kan sekolah anak, lebih baik kalau kita pergi sendiri sekolah yang hendak di mohon tu. Bertanya dekat sekolah sama ada masih ada kekosongan atau tidak. Kalau ada kekosongan, minta pihak sekolah book kan dulu nama anak untuk kita buat proses seterusnya. Macam saya, husband call dulu sekolah. Tapi sekolah cakap kena tunggu hujung tahun. Tu yang silap tu, Kenapa silap? Silap sebab kita boleh je mohon awal-awal. 

Iyer lah… Kita ni tak ada pengalaman kan. Pihak PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) sendiri bagi tahu tak perlu tunggu hujung tahun. Dah boleh apply awal. Kalau Kawasan perumahan tempat anda tinggal tu padat, di galakkan mohon lebih awal. Kalau boleh, jangan decide satu sekolah je. Kena survey kalau ada sekolah lain yang dekat Kawasan perumahan tu. Kalau sekolah yang kita mohon tu tak dapat, boleh tanya dan try sekolah lain. 

2) Minta Borang Pertukaran Sekolah


Ok… Dah jumpa sekolah baru yang hendak di mohon, step seterusnya ialah pergi sekolah anak dan minta borang pertukaran sekolah. Ingat yer… Kalau lewat, contoh nya buat nak dekat cuti sekolah, takut guru besar tak ada atau guru besar bercuti sebab borang tu perlu kan tandatangan guru besar. Lebih selamat kalau buat cepat. Bukan borang saja nak kena tandatangan guru besar, file peribadi murid juga kena minta dengan cikgu. Kalau cikgu dah start cuti, memang susah lah.


Untuk borang pertukaran sekolah tu, kerani sekolah akan bagi borang P.U(A)275 Jadual Ketiga. Kita isi info penting, nanti kerani sekolah yang akan taip kan semula borang tu. Masa yang di ambil untuk borang siap dalam 1-2 hari saja. Tak payah nak isi beria sangat macam saya buat. Siap scan bagai dan taip pakai PC. Rajin sangat kan. Info tu nanti kerana sekolah akan taip balik semua maklumat. Untuk pertukaran Sekolah Menengah pon pakai borang P.U(A)275 Jadual Ketiga ini juga ye.


Macam saya, Iman Hakimi masih Tahun 6 masa nak buat proses tukar sekolah ni. Dan keputusan sekolah mana dia dapat untuk Sekolah Menengah pon dah tahu. Jadinya… Borang pertukaran sekolah anda tak boleh minta dengan sekolah rendah. Kena pergi dekat sekolah menengah tersebut minta borang.  

3) Hantar Borang Pertukaran Ke PPD


Macam yang saya tulis dekat atas tu, masa yang di ambil untuk kerani sekolah isi borang tu 1-2 hari sahaja. Jadinya… Anda kena follow up kalau pihak sekolah tak call. Bersama borang yang dah siap tu, anda kena sertakan dokumen untuk urusan pertukaran murid. Sebanyak 4 salinan diperlukan untuk setiap satu dokumen iaitu:
  1. Salinan sijil lahir murid
  2. Salinan K/P murid, ibu bapa / penjaga
  3. Salinan surat nikah
  4. Surat hak penjagaan anak (kes perceraian)
  5. Surat anak angkat (jika anak angkat)
  6. Bil utiliti (alamat terkini)
Untuk permohonan pertukanan Sekolah Menengah pula, ini dokumen yang diperlukan:
  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  2. Salinan Kad Pengenalan IbuBapa/Penjaga
  3. Salinan sijil nikah IbuBapa/Penjaga
  4. Salinan sijil keputusan UPSR atau PT3 jika pelajar akan memasuki tingkatan 4 ketika masuk sekolah baru
Pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terdekat dengan Kawasan anda. Macam saya, akan berpindah ke Nilai. Saya kena pergi ke PPD Seremban. Memang kena ambil cuti sehari nak ke sana. Dah sampai PPD, serahkan 4 salinan borang dan dokumen tersebut. Pihak PPD akan menyemak penempatan bagi sekolah yang dipilih. Jika terdapat kekosongan, permohonan pertukaran sekolah tersebut berjaya dilakukan. Sekiranya tiada kekosongan, semakan akan dibuat pada pilihan sekolah kedua, dan seterusnya ketiga.


Setelah permohonan pertukaran sekolah baru sudah diluluskan dan sudah ditandatangan oleh pegawai PPD, 4 salinan borang P.U(A)275 Jadual Ketiga dan dokumen tersebut akan/perlu diserahkan kepada:

1) 1 salinan untuk simpanan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
2) 1 salinan untuk diserahkan kepada Sekolah baru
3) 1 Salinan untuk diserahkan kepada sekolah lama
4) 1 Salinan untuk simpanan Ibu Bapa/Penjaga


Perlu di ingatkan ye, dokumen perlu diserahkan ke sekolah yang telah diluluskan dalam tempoh 14 hari bermula dari tarikh kelulusan. Kalau tak buat dalam tempoh 14 hari tu, permohonan akan terbatal dengan sendirinya. Jangan lupa sertakan sekali Fail Peribadi Murid di mana di dalam nya mengandungi maklumat seperti:
  • Buku Kesihatan Murid
  • Kad Rawatan Pergigian 
  • Salinan Keputusan Peperiksaan
  • Buku Pencapaian Program j-Qaf

4) Pemulangan Buku Teks. Perlu atau Tak?


Jawapannya… Tak perlu pulangkan buku teks. Pakai buku teks sedia ada untuk sekolah baru sebab sekolah yang di mohon tu tak ada peruntukan buku teks untuk murid baru masuk yer. Perasan tak… Masa balut buku sekolah anak-anak, ada terselit cop dari sekolah lain. Saya ingatkan kena pulangkan buku teks sebab Iman Qhalif dah dapat buku teks untuk Tahun 2 memandangkan kami buat urusan pertukaran sekolah anak-anak nak masuk cuti sekolah hujung tahun. Siap pesan dekat Qhalif suruh pulangkan balik dekat cikgu.


Masa pergi pejabat sekolah untuk urusan pertukaran, kerani pejabat yang bagitahu tak perlu pulangkan buku teks. Macam Qahirah, buku teks untuk Tahun 4 belum keluar lagi masa tu sebab buku teks Tahun 4 pakai silibus baru. Jadinya… Kami kena ambil buku teks dekat sekolah lama walau pon dah masuk sekolah baru. Kalau tak cukup buku teks yang dapat dekat sekolah lama, baru sekolah baru akan top up kan mana buku teks yang tak dapat tu. Tak kira lah urusan pertukaran sekolah tu awal tahun, pertengahan tahun atau hujung tahun, tapi buku teks tetap pakai yang sekolah lama punya. 

Kalau Tak Ada Kekosongan Pada Sekolah Yang Di Mohon?


Kalau nak ikutkan, prosedur tukar sekolah ni mudah kalau tempat permohonan tu ada kekosongan. Tapi macam kes saya, sekolah yang di mohon sudah penuh. Pilihan 2 sekolah yang di pilih semuah penuh. Ingatkna masa hantar borang permohonan, boleh lah selesai pada hari tersebut. Tapi sebaliknya berlaku. Pihak PPD tak dapat nak proses borang. Pegawai tu suruh pergi sekolah dan tanya sendiri sama ada boleh masuk kan lagi 2 murid. Jadinya… Kami pergi sendiri sekolah. Bukan 1 sekolah, tapi 3 sekolah dekat Nilai tu kami terjah.

Dari sekolah Desa Jasmin, pergi ke sekolah Desa Cempaka. Lepas tu sekolah Ahmad Manaf. Malangnya… Ketiga-tiga sekolah sudah penuh. Call pula sekolah Dato’ Shah Bandar dan sekolah Taman Semarak… Pon penuh. Allahu… Tak tahu pula sekolah dekat Nilai ni padat sampai semua sekolah penuh. Saya dengan husband dah pening kepala. Dah kalau semua sekolah penuh, nak hantar sekolah mana lagi? Majoriti semua sekolah kata tak boleh nak selit dah. Dalam kelima-lima sekolah ni, Desa Jasmin yang dekat dan kami lebih prefer sekolah ni.

Bila semua sekolah dah penuh, kami call PPD semula. Bagi tahu yang kami dah pergi dan call semua sekolah. Tapi semua tak available. Sampai pegawai tu tak tahu nak cakap apa. Nak sedih atau nak ketawa… huhuhu… Pegawai tu suruh datang semula ke PPD. Memandangkan hari dah petang dan memang tak sempat pon nak ke sana. Seminggu selepas tu, kami ke PPD semula untuk dapatkan tandatangan pegawai PPD. 

Bayangkan urusan kami hari jumaat bermula selepas lunch sampai office PPD nak tutup baru selesai semua. Diorang sendiri call sekolah dan akhirnya dapat juga sekolah yang dimohon walaupon sekolah kata dah penuh. Lega bila urusan pertukaran sekolah anak-anak dah selesai. Permohonan untuk pertukaran sekolah menengah tak ada masalah. Cuma sekolah rendah ni saja masalahnya. Memang Kawasan Nilai ni hot spot lah.

Kesimpulan nya… Kalau nak tukar sekolah anak-anak atas sebab berpindah rumah, anda kena survey sekolah yang terdekat dengan tempat kediaman. Kalau Kawasan perumahan anda tu hot spot, kena buat preparation awal-awal. Kena pergi sekolah, tanya kekosongan dan book dulu. Ni kalau tempat hot spot lah. Tak perlu tunggu hujung tahun baru nak buat permohonan. Nanti jadi macam saya. Sekolah dekat Nilai ni dulu satu sesi saja. Tapi mungkin sebab dah padat dengan murid, tahun ni di jadikan dua sesi. Lepas ni nak kena daftar awal-awal untuk Iman Harraz pula. Harap info ni dapat membantu parents yang nak tukarkan anak sekolah.

Note: Kalau nak compare sekolah dekat Bangi, lagi padat kot. Satu kelas ada 40++ murid. Kat sekolah baru ni satu kelas dalam 35++ je. Tak sampai 40 pon. 



You Might Also Like

29 komen

  1. Nilai memang padat kak.. Samalah dengan Sersmban ni. Lambat buat memang penuh

    ReplyDelete
  2. Adakah pertukaran pelajar ni terpakai antara negeri? Sebab takde langsung kaitan dengan JPN

    ReplyDelete
  3. Tak senang juga nak uruskan proses ni. Especially , kalau sekolah yang kita nak tu penuh. Jenuh nak kena survey lagi.

    ReplyDelete
  4. info yang berguna untuk masa depan ni untuk anak-anak buah kalau pindah ke mana-mana sekolah lain ke hehe

    ReplyDelete
  5. Senang ada tips pemindahan sekolah ni.. liez masa awal2 sebelum masukkan anak darjah satu mmg ada niat nak tukar sekolah sbb nak anak sekolah pagi. Tp bila tgk sekolah ok dan urusan pun mudah.. just terus sekolah sesi petang

    ReplyDelete
  6. Oh baru tau macammana cara nak tukar sekolah. Pasal buku teks tu pun ingatkan kena pulangkan semula ke sekolah. Perkongsian baik buat ibu bapa yang berpindah lokasi kerja kan.

    ReplyDelete
  7. thanks sharing cara-cara ni, sangat membantu kelak untuk uruskan hal persekolahan anak-anak.

    ReplyDelete
  8. thanks info ni memang wajib tahu ni untuk sesiapa yangmemang ada anak2 nak meningkat usia kan

    ReplyDelete
  9. Good sharing good sharing! Senang untuk org yg nk tukarkan sekolah anak nak refer!

    ReplyDelete
  10. dulu masa saya sekolah rendah selalu jugak tukar2 sekolah ni. 3 sekolah saya tukar sebab ayah saya polis , kena pindah2

    ReplyDelete
  11. Mmg leceh sgt tukar sekolah. Apatah lagi di kawasan yg padat dengan penduduk

    ReplyDelete
  12. Bagus jugak kak fiza share pengalaman ni.Boleh buat rujukan untuk masa akan datang. Sekarang ni dah banyak kawasan perumahan baru dibuka sebab tu la kot banyak sekolah penuh. Sama la dengan kawasan rumah kinah ni, sekolah rendah saja ada 3 buah sekolah. Itupun dah padat huhu.

    ReplyDelete
  13. Bagus nya Kak Fiza buat artikel macam ni. Rasanya ramai yang nak pindah sekolah rasa proses ni macam rumit kan

    ReplyDelete
  14. wah !! tak renyah macam dulu.. hee~ atie dulu nak tukar sekolah, kesian mak ayah kena jumpa ketua kampung lah apa segala lepas tu makan masa lagi nak sebulan lebih..

    ReplyDelete
  15. senang kalau awal kan, tapi tu la bila semua sekolah dh penuh, risau juga kan..Nasib abik dapat juga..harap budak2 tu selesa dengan environment baru ni

    ReplyDelete
  16. Rawlins pun lalui perkara sama bila nak sekolahkan adik - dia berpindah dari Sarawak ke Selangor. Nasib PPD Kajang banyak membantu

    ReplyDelete
  17. jenuh jugak kan proses pertukaran sekolah ni kan...

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, mmg membantu sangat. Tqvm

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, mmg membantu sangat. Tqvm

    ReplyDelete
  20. macam mane kalau student sbp nak pindah smk?

    ReplyDelete
  21. Surat hak penjagaan anak tu katne nak dapat kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure lah pula. Kena minta dekat mahkamah kot.

      Delete
  22. terima kasih berkongsi.sangat bermanfaat untuk saya dalam proses nak tukar sekolah anak.

    ReplyDelete
  23. Terima kasih buat posting ni. Sangat membantu.

    ReplyDelete
  24. hello boleh tak nak pindah sekolah sbb aliran yang kita nak dekat sekolah asal takda ?

    ReplyDelete
  25. Terima kasih buat posting ni..saya pun sedang mencari info untuk tukarkan sekolah anak.

    ReplyDelete
  26. Thanks utk info ni Fiza...ammi pun tengah nak cari prosedur untuk pindah dari KL ke Seremban. Cuak pulak takut takde sekolah yg paling hampir nanti

    ReplyDelete
  27. Terima kasih share info. Baru tahu buku teks tak perlu hantar.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive