Terkunci dalam Toilet

Tuesday, June 30, 2009

Huhuhu....malam semalam anakku Iman terkunci dari dalam toilet. Iman bikin aku and hubby ribut. Unexpected...masa nak mandikan iman, aku tinggalkan kejap dia dalam toilet, pastu dengar kakak aku bising kat hubby cakap iman nak kunci pintu. Hubby aku biarkan saja sebab iman memnag selalu macam tu, suka main2 tutup pintu tapi tak tutup. Bila kakak aku bising lagi..baru hubby pergi tengok, pantas...hubby tengok iman baru nak tutup pintu toilet, bila sampai depan pintu sah2 pintu dah berkunci. Dari dalam bilik aku meluru ke toilet bila hubby cakap iman dah terkunci Aku ingat hubby gurau2 ckp macam tu, tapi bila aku tolak pintu memang dah berkunci. Hubby tanya aku kalau ada sapa2 lagi dalam toilet, aku cakap iman sorang jer. Ahhh...risau sudah, nak gelak pon ada....aku ngan hubby dah ketuk2 pintu, soh dia bukak pintu, nampak bayang2 dia macam nak buka pintu tapi tak boleh.
Dah tak ada jalan lain, hubby aku rempuh pintu toilet, nasib baik pintu PVC. Cuma selak jer yg patah. Iman...iman...masa pintu tu terbuka, selamba jer muka dia...siap senyum lagi. Aku betul2 tak expact yang dia boleh kunci pintu tu sebab dia tak sampai. Haiii...benda dah nak jadi kan, ibu pon careless jugak biarkan iman dalam toilet tanpa pengawasan orang dewasa. Mak ngan adik aku pon dah cakap jangan tinggalkan dia dalam toilet. Ini lah pengajarannya. Jangan tinggalkan anak anda dalam toilet walaupon sekejap.




You Might Also Like

6 comments

  1. aku dh komen dlm ym..sekian..ekekeke

    ReplyDelete
  2. bikin naya saja... betul2 nak bg pengajaran tu..huhuhuhu...nnt bila anak dah besar, boleh citer kisah ni..kui kui kui

    ReplyDelete
  3. uikss...
    bahaye tu..
    macam2 buley jadi..
    nauzubillah mintak dijaohkan...
    moge2 pisang berbuah sekali saje..
    hehehe..
    ;P

    ReplyDelete
  4. ibu dia nak kena babab ni.... nnt suh iman babab ibu sbb tinggalkan kat bilik air sorang2...

    ReplyDelete
  5. tak boleh tinggal no... bahaya...
    tapi budak2 suka buat bende unexpected.. :)

    ReplyDelete
  6. hada-> saja jer ko ni tau.

    mama-miya-> Memang pengajaran buat ku ija. hehehe...bikin ribut betul.

    lea-> Sangat bahaya lea, tak nak pisang berbuah 2x dah :)

    as-> hehehe...aku sungguh careless.

    nadnye-> Betul tu nadnye, memang unexpected.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive