Hilang Ingatan sekejap....

Monday, July 06, 2009

Ini kisah sabtu lepas, masa nak bayar tol. Ini statement hubby ku yer, bukan sesuka hati ku jer nak kata dia hilang ingatan :-). Kisahnya...aku nak jumpa amyatie sebab nak amik barang and janji nak jumpa kat Sunway Piramid. Masa sampai kat tol Pantai ni lah hubby ku kehilangan ingatan nya sekejap. Cuba kalians bayangkan, orang bayar tol dekat lane yang sepatutnya, tapi hubby ku bley plak melencongkan stereng keretanya ke laluan motosikal....dapat bayangkan tak? Kalau aku tak menjerit, aku rasa hubby dah langgar concrete divider kat tepi. Aku tak tahu lah apa yang ada dalam fikiran hubby ku ittew. Kami bernasib baik sebab:

- Laluan motosikal tu besar sikit (sikit jer erk), sebab kereta pon bley masuk.

- Tak ada motor kat belakang, kalau tak...sah2 kena hentam.

- Sempat break, sebab ingatan dah pulih lepas dengar jeritan si isteri.

- Kereta tak calar cuma terlanggar cone kat concrete divider tu sket.

- Tak perlu keluar duit untuk baiki kereta.

- Kami masih di bawah lindunganNYA :-)

Tak dapat ku bayangkan kalau aku pon sama 'hilang ingatan sekejap' masa tu. Alhamdulillah...syukur. Hubby pon tak tahu macam mana dia bley termasuk kat laluan motosikal tu. Mungkin sebab dah biasa lalu naik motor....sampai bawa kereta pon ingat bawa motor gak...ahakss...Inilah gunanya co-pilot, bertindak dengan cekap dan pantas. Malu?....malu gak ah, driver lori tu siap senyum simpul lagi, yang driver kancil plak siap turunkan cermin and thumb up sambil senyum kat hubby whether hubbyku ok ker tak. Once in a lifetime buat hubbyku....

'Khayalan menjelma, ketika fikiran, melayang menjauh'....berangan yer Yang :-)





You Might Also Like

4 comments

  1. co-pilot yg cekap ye!....ahahaha

    ReplyDelete
  2. sori.. nak tergelak.. hahahahhaha comel sungguh

    ReplyDelete
  3. As-> Hahaha...cekap lah sangat, nak drive dah tak confident, dok tepi jer lah.

    ely-> hahaha..comel bila tgk muka hubby menggelabah.

    emma-> memang bahaya :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive