Malangnya nasib....

Wednesday, December 16, 2009


Petang semalam, on the way nak balik rumah, dengan hujan lebatnya, tetiba.....tayar motor pancit daaa, kat highway Sg. Besi plak tu. Nasib dah dekat ngan stesen minyak. Dah lah jauh, klo pancit kat area bangi ok lah lagi, ni pancit kat highway plak. Masa tu dah pukul 7.00 pm dah, iman tak amik lagi ni. Kat stesen minyak, try lah isi angin macam tak bley terima kenyataan yang tayar memang pancit..haha.., mana tahu angin kurang, skali sah², memang pancit. Aku yang dah berat atau tayar masuk paku? Ntahlah.

Masa try isi angin tu, adalah terselit no. HP untuk tukar tayar pancit, pucuk di cita ulam mendatanglah kan, hubby pon call, charge RM25.00, tapi budak ni kat Pantai Dalam, amik masa 25-30 minit utk sampai. Lama lah plak kan. Pastu, terserempak plak ngan colleague hubby, dia bagi no. HP utk tukar tayar area kajang plak, skali charge RM35.00, giler mahal, bukannya jauh sgt pon. Last²...hubby aku tumpang member dia naik motor skali, tinggallah aku sorang² kat stesen minyak shell tu, menemankan motor yang pancit sambil tunggu tukang pasang tayar pancit datang. Bayangkanlah...dari pukul 7.15 pm sampailah pukul 8.40 pm aku terpacak kat shell tu. Dah macam makcik guard jaga stesen minyak. Asyik² tgk jam, bilalah hubby nak sampai ni.

Masa tengah menunggu ni, adalah 2-3 insiden. Kat shell skang kan tgh promosi isi & menang duit ribu riban tu kan, so...adalah di sediakan meja & kerusi kat situ untuk fill in form. Aku pon duduklah kat tempat tu, skali adalah sorang kakak ni dok tanya aku kat mana nak letak borang tu, aku ckplah tak tahu, pastu...datang lagi sorang tanya...HELLOOOOO...aku pakai baju kurung hokey, klo aku pakai baju shell, bley lah korang tanya. Dah lah aku tengah panas hati tunggu hubby yang tak sampai² lagi. Pastu...ada plak pertanyaan yang tak ada kena mengena ngan aku...adooiiii. Tapi yang lagi best, ada lah sorang mamat ni, lupa nak letak pam kat tempat asal, nozzle tu masih kat tempat tangki minyak keta dia tu, selamba jer drive...apa lagi, tercabut lah pam getah yang panjang tu, kuat bunyinya. Mesti mamat tu malu (^_^), sbb jadi perhatian. Kena bayar plak tu utk kerosakan. Hai...macam²

Pengajarannya, sediakan payung sebelum hujan...simpanlah no. HP si penukar² tayar. Senang klo ada emergency. Inilah risiko klo gi kerja naik motor (^_^).Sepanjang perjalanan pergi balik selama 3 bulan ni, inilah pertama kali tayar pancit kat highway. Hopfully untuk perjalanan yang seterusnya, janganlah pancit kat highway lagi...na'uzubillah...minta di jauhkan.


You Might Also Like

6 comments

  1. itu lah kan..kita ni slalu lupa..belum kena, kita tk amik kisah pun..so, no ni, better taruk 2-3 no penukar tayar ke mechanic ke kt dlm hp tu kan..
    ingatan utk diri sendiri tuh!
    ish..lawak tp kesian kat mamat tuh..:D

    ReplyDelete
  2. ala siannye fiza. akhirnye sapa sampai dulu? hubby ke tukang tuko tayar? haahaha nak tau gak tuh sebok tul aku nih.. xpe nasib baik ko selamat kat situ xdek org kaco. ko tu dh la cam anak dara :D

    ReplyDelete
  3. Btul3x, 1st time kena & satu pengajaran.
    Hehehe...memang lawak klo zarin tgk, menggelabah muka mamat tu...ahaks...

    ReplyDelete
  4. Hehehe...terima kasih atas pujianmu ely (^_^)

    Yang sampai dulu kat tempat kejadian...tukang tuko tayar, lepas settled suma, baru hubby aku sampai..lega..☺☺☺

    ReplyDelete
  5. kadang kala org tu sengaja letak paku ke hapa ke?bisness bisness..

    ReplyDelete
  6. Ntahlah hada, aku dah gumuks kot..akahs...aku pernah gak dgr kes mcm tu. Org biness...biasalah, ada macam² cara nak kaut untung.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive