Batuk, rawatan apa yang sesuai selain bagi ubat batuk untuk bayi bawah 4 bulan?

Tuesday, January 18, 2011


Pagi ni sleepy sangat sebab tak cukup tidur. Kesan daripada tak cukup tidur...payung di sangka drawing hanger...sengal. Qaira kena batuk². Dah 3 hari dah. Tapi malam tadi kerap bangun sebab kejap² batuk. Kesian anak dara nan sorang tuh. Nak kata batuk berkahak tak jugak, sebab tak dengar bunyi kahak. Cuma bila bernafas tu ada bunyi macam hidung tersumbat. Tapi tak der pon selsema. Risau jugak. Malam tadi gi klinik, Dr. cakap peparu ok. Dapatlah ubat batuk ngan ubat titis kat hidung.

Kesian dak tembam nih

Kalau boleh aku nak elakkan bagi ubat, sebab baby lagi kan, bukannya elok bagi ubat, tapi hubby dah ajak gi klinik, pergi jer lah. Ni ada info pasal Ubat batuk, selesema tidak sesuai budak bawah 2 tahun

Kalau anak uols batuk macam mana plak? Bagi makan apa? Kalau bagi madu boleh tak? Ada gak dengar pasal teknik 'Fisioteraphy'. Teknik ni sesuai untuk anak² yang menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi dan simptom seakan asma. Nak tau tekniknya, bley baca kat sini Teknik tepuk bantu masalah bayi berkahak

Hhhhmmmm...bley cuba kaedah nih. Teringat masa iman kena 'fisio' dulu gara ² bronchities. Tak tahan bila kena sedut kahak...seksa tu. Balik nih nak try buat kat Qaira.


You Might Also Like

9 comments

  1. selalu ieda sapu vicks bayi untuk amanda:)

    ReplyDelete
  2. adam sekarang nie pun tengah batuk n selsema semalam tiga kali muntah

    ReplyDelete
  3. IEDA: Nak kena cari vick baby lpas nih.

    ZAIDAH: Musim agaknya kan, gi klinik pon ramai orang.

    ReplyDelete
  4. fiza..boleh try vicks..tp pastikan vicks utk baby tu yer..bukan vicks biasa...

    http://arissazoela.blogspot.com/2010/10/vicks.html

    or boleh try kunyit :) ni petua org dulu2..
    http://arissazoela.blogspot.com/2010/10/kunyit-dan-nasal-spray.html

    tp ni utk selsema...

    ReplyDelete
  5. Kecil2 lagi, elakkan bagi ubat batuk. Selalu sapu vick je la, madu panas sgt kot....

    ReplyDelete
  6. tq 4 sharing. dah lama adam besar, x ingat dah benda2 ni.
    jgn lupa sapu vicks gak kat tapak kaki dia n pakaikan stokin.

    ReplyDelete
  7. Alaa kesian nya dengar kalo bb sakit nie...hopefully qaira lekas sembuh. Dulu arissa masa 3 bulan lebih kena sesema spi kena admit...mmg sedih tgk dia coz kena cucuk kat tgn, kena neb, kena fiso lagi...uwaaa...mmg intan pon menangis sama tgk dia :(

    Fiza cuba buat yg tepuk belakang tu. Buat lepas dia mandi coz kahak tu akan cair sikit so senang dia nak flow bila kena tepuk. Letak bantal kat bawah bdn dia dan tepuk both side belakang dada dia. Jgn lupa pakaikan dia vicks baby sekali kay and kalau boleh kipas angin jgn pasang direct kat dia coz nanti lagi worse.

    ReplyDelete
  8. ARISSA: Thanks arissa

    IZA: Tu lah, memang tak nak bagi pon.

    ReplyDelete
  9. ISABELLE: Sharing is caring.

    INTAN: Mekasih intan. Kes arissa sama mcm iman, kena fisio...memang nangis.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive