Susu terakhir untuk si Kecil...Kasih Ibu Sehingga ke Hujung Nyawa

Friday, January 28, 2011

Salam Jumaat semua.

Sempena hari jumaat yang mulia nih, aku nak kongsikan satu kisah sedih yang sangat menyentuh naluri keibuan ku ini...sehingga menitiskan air mata. Aku percaya, kalau uols semua baca pon mesti akan tersentuh dengan cerita nih. Sumber ni pon aku dapat dari seorang sahabat forum dan blog iaitu HERNI. Tak salahkan kita kongsikannya sekiranya ia mampu menyedarkan kita erti kasih sayang, pengorbanan dan tanggungjawab yang sebenar. Mari kita sama² hayati kisah ini.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjabaw sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat² akhir. Subhanallah...

You Might Also Like

10 komen

  1. sedihnyer bila baca...macam kita plak yang berada di tempat ibu tu...

    ReplyDelete
  2. tulah kasih ibu,hingga hujung nyawa...

    ReplyDelete
  3. babe, ko buat aku sedih la. dah la tgh selesema nie.

    ReplyDelete
  4. isk..isk..
    rasanya kalo i pun, i tetap nak susukan anak kalo itu yg menenagkan dia. isk...

    ReplyDelete
  5. betapa besar pengorbanan ibu kan.. saat2 akhir macam tu pun tetap pikirkan anak... oh, sedih woooooo cerita nih... sebaik tak panjang... kalo panjang, mmg konpem nangis............

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, sungguh benar kasih ibu sehingga ke hujung nyawa...sedih, sebak menahan nangis.

    Sampai tak tau nak cakap apa....sooo touching.

    P/s: Fiza, Intan share citer nie kat blog boleh ye?

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page