Pemandu wanita berbahaya?

Tuesday, March 29, 2011

What say you? Topik hangat Dewan Rakyat dan Hot FM pagi nih.

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.

‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.

Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.

‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.

Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

Source: UTUSAN

You Might Also Like

7 comments

  1. fiza, aku ada buat auto-publish entry. nantikan entry pukul 9.30 nanti. kebetulan pulak kita ckp hal yg sama

    ReplyDelete
  2. tak sokong! penipu..pemandu lelaki pulak memandu ikut suka lps tu memecut je kejenya..sama jgk merbahaya..mmg la tk akui kdg pemandu perempuan ni agak gopoh..hehehe

    ReplyDelete
  3. tak sokong & tak setuju...kalau dengar kat hot fm tadi lagi la...tak semua pemandu wanita drive macam tu...

    ReplyDelete
  4. As salam..
    Dia nak suruh tarik balik ke lesen utk wanita?
    Nanti kalau kecemasan, siapa yg nak pandu? Wanita jgk..

    Cendol Dan Peralatan Tradisional | Teratak Usang

    ReplyDelete
  5. Susah gak nak komen pasal topik ini tapi yang penting kita tahu bila berada di jalan raya macam mana karenah pemandu-pemandu yang tak ada disilpin

    ReplyDelete
  6. tah hape2 je si bung ni..agaknya bini dia yg bawak keta yg camtu kot..bukan semua pompuan bawak keta camtu..tak puas hati gak ni..

    ReplyDelete
  7. hehehe..dah baca komen2 kawan2 di atas..rasanya tkla semua camtu..tapi kan dr pengalaman sy, mmng cara kwn2 pmpuan saya bawak menakutkan!hr tu staff bawak, nyaris x accident sy!siap masuk lane sebelah lagi.yg kwn prgi lunch pulak bawak laju laju laju tetiba brekkkk sbb dh nk terlanggr orang!.ada pulak kwn sy konon2 nk race dgn kete sebelah!mngucap sy.sy x sebelah sesape ek, sbb sy sndr x bawak kete, numpang orang je.huhu

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive