Penangan WISDOM TOOTH Buat aku Hilang MOOD

Wednesday, June 29, 2011


Atau dalam bahasa melayunya Gigi Geraham Bongsu. Dah namanya pon gigi bongsu kan, sesuka hati jer nak tumbuh ikut gaya bebas. Dah besar bangka macam ni pon masih tumbuh gigi lagi. Start dari ahad aritu dah rasa sakit...tetiba jer. Bila usik ngan jari ada gigi baru tumbuh gamaknya. Sakit jangan cakaplah, berdenyut jer rasanya nih, bengkak dan tak selesa pulak tu. Nasib tumbuh kat belah kiri dan bukan tempat aku mengunyah. Alhamdulillah...masih bley makan dengan jayanya walaupon sakit.

Info mengenai Gigi Geraham Bongsu

Gigi geraham bongsu adalah sejenis gigi geraham iaitu gigi yang tumbuh di bahagian belakang rahang. Biasanya manusia mempunyai gigi geraham pertama, kedua dan ketiga. Gigi geraham bongsu adalah geraham yang ketiga. Sekiranya terdapat cukup ruang di dalam rahang dan susunannya baik, ianya akan tumbuh di belakang gigi geraham kedua. Masa pertumbuhan adalah sekitar usia seseorang lewat belasan tahun atau awal dua puluhan. Biasanya terdapat empat geraham bongsu iaitu di rahang bawah kanan dan kiri; dan rahang atas kanan dan kiri.

KLASIFIKASI GIGI GERAHAM BONGSU TERIMPAK

Doktor pergigian menggunakan istilah tertentu untuk menggambarkan kedudukan gigi geraham bogsu terimpak.


1. Terimpak ke mesial

Kedudukan terimpak yang paling sering terjadi. Ini menggambarkan kedudukan gigi yang tercondong ke depan menghadap depan mulut.

2. Terimpak vertical

Kedudukan gigi menegak seperti gigi lain di rahang tetapi kedudukannya rendah dari gigi lain.

3. Terimpak horizontal

Permukaan mengunyah gigi geraham bongsu menghadap ke bahagian depan mulut dan kelihatan gigi terbaring hampir bersudut tepat dengan gigi geraham kedua.

4. Terimpak ke distal

Gigi geraham bongsu tercondong menghadap ke belakang. Arahnya bertentangan dengan terimpak ke mesial. Selain daripada itu terdapat juga gigi geraham bongsu yang terimpak oleh tisu lembut iaitu gigi sudah melepasi tulang rahang tetapi sebahagian permukaannya ditutupi gusi, dan ada yang terimpak oleh tulang rahang di mana gigi masih terkandung di dalam tulang rahang.

KOMPLIKASI CABUTAN ATAU PEMBEDAHAN GERAHAM BONGSU.

Pesakit dan doktor pergigian perlu berbincang tentang komplikasi prosedur dan menimbangkan samada prosedur lebih mendatangkan kebaikan berbanding dengan komplikasi.

1. Parestesia/ Rasa kebas berpanjangan

Ini boleh berlaku sekiranya akar gigi berhampiran dengan saraf di dalam tulang rahang. Sekiranya prosedur menyebabkan saraf luka atau putus maka parestesia atau kebas boleh berlaku.

Lebih detrai bley baca kat SINI

Kalau sakit berpanjangan gak, terpaksalah jumpa dentist. Uuuwwaaaaaa...dah lah aku takut cabut gigi. Dari jaman skolah. Asal dentist datang jer mesti gigi aku ni klo tak kena cabut...kena tampal, tu yang seriau sket nak jumpa dentist.

Lagi menambahkan ketakutan aku, ada yang kena buat minor surgery klo wisdom tooth tu teruk sangat. Pastu tengok plak gambar² org cabut gigi...uuwwaaaaaa...lagi lah mak takut noks...huhuhu...

You Might Also Like

11 comments

  1. kita pernah wat minor surgery buang dedua belah gigi geraham bongsu yang senget..baik buang dr tanggung sakit..

    ReplyDelete
  2. kita pun takottt..hehehe..masa sekolah dulu, asal van kementerian kesihatan dtg je nyorok kat jamban..takot giler nak cocok ngn check gigi..last2 nk bersalin kena ler jugak menyerah..haha

    ReplyDelete
  3. Awan sudah tumbuh semuanya. Tiada masalah langsung. Tahu-tahu dah tumbuh.

    ReplyDelete
  4. seramnye tgk pic yg tumbuh horizontal tu..

    ReplyDelete
  5. uwaaaaa....sakit!! tau tak fiza..aku dah cabut 3 batang wisdom tooth.. 1st cabut tu, takut sampai mintak selimut.. yg 3rd one, almost kene surgery, die tumbuh tegak elok tapi terbenam...dah x-ray bagai, dentist ckp, saya cuba tarik..kalau takleh, terus buat surgery...rase nak bangun dan2 tu jugak..tapi alhamdulillah, selepas tukar 3 spanar(tak tau ape ke nama tools tu), yg spanar paling kecik, buleh tarik..tapi perghhh 3 hari masih bleeding tau..dentist suh dtg balik jahit...uwaaaaa tak sanggup..sanggup aku telan eskem bagi berenti darah...hahahaha

    ReplyDelete
  6. owhhh..pernah kena dah dulu masa 1st year study kat U dulu..sakit wokkk

    ReplyDelete
  7. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sakit ..

    hihihi ... nieza dah lepas, sudah buang itu gigi. good luck ... ;)

    ReplyDelete
  8. all my wisdom teeth are gone.hehehe

    ReplyDelete
  9. kita bru tumbuh sbtg haitu..gigi tak sakit tp yg sakitnya gusi..lps tu asyiklah tergigit isi dalam tpi pipi tu..sakittt!

    kesian mu kak..tk dpt bygkan kalo gigi yg sakit..

    ReplyDelete
  10. dua-dua gigi bongsu aku dah cabut..sebab salah tumbuh..sakit woo..lain sakit dari gigi biasa..nak cabut pun lain biasa..siap kena potong gusi tu..tapi taklah sakit sebab dah bius kan..sakitnya masa bius je..heheh..takut tak fiza...hehehe

    ReplyDelete
  11. dah seminggu operate gigi...tumbuh horizontal....ms cbt tak skt coz ada bius tp lps tu tak ingt...nangis2 lg...msk ari ke3 pulak muntah2 teruk sgt sampai ubt antibiotik abis...mungkin tak serasi ubat...sengsara btl...tp mkn ari pertama je pantang...ari ke dua dah balon mcm2 walaupun terpaksa senget2 mkn...x mampu nak mkn bubur jer...nie msh bengkak lg tkt gak kn komplikasi...operate je dr skt sepanjang ms...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive