Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’

Tuesday, June 07, 2011

What say you dengan statement di atas? Islam juga meletakkan darjat seorang isteri itu tinggi, janganlah nak di samakan dengan pelacur. Sangat tak munasabah dan tak masuk akal.

Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar


KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.

Source: Berita Harian Online

You Might Also Like

10 comments

  1. glamer makcik ni sejak dia buat statement x-fikir-abis tu

    ReplyDelete
  2. wohoho isteri memang tidak sama standard dengan pelacur mehh..

    tapi seboleh-bolehnya kita pandang dari keseluruhan ayat dan perenggan dan jalan cerita kot...mungkin wartawan yg tulis tersalah mungkin dia baru kerja..hehe

    ReplyDelete
  3. hadoiii pengsan! kenapa kena guna ayat cmtu eh? huhu

    ReplyDelete
  4. Maksud mungkin baik, tapi dah menyimpang. Rasanya sebelum keluarkan fakta macam ni. Kena fikir panjang dulu kesan secara lisannya. buat org pandang status wifey ni mcm pelacur pula. xde istilah kelas pertama atau ketiga. kalau istilah wife boleh jd salah faham, payahla kan...

    ReplyDelete
  5. isk...sakit hati pulak baca keratan akhbar tu...ingat pompuan yg jadi isteri ni apa???? huhu.....

    ReplyDelete
  6. hmmm..hnya org yg penah jadi pelacur dan melanggan pelacur je tau mcmana layanan pelacur kelas pertama tu..yg pasti dlm Quran pn xde nyatakan garis panduan utk jadi isteri terbaik adlh sprti pelacur kelas pertama..hmm..

    ReplyDelete
  7. tak perlu la diibaratkan sebegitu rupa kan..ish..ish..

    ReplyDelete
  8. laki ade 1 nafsu jek..pompuan.. kalau pompuan, mak oiii byk tul nafsu nye..heheh

    ReplyDelete
  9. Agak2nya cemana la pelacur kelas pertama punya layanan tu ek???

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive