Budak Melayu Mirip Anak 'Mat Salleh'

Friday, July 22, 2011


MOHD. IZMEET (kanan) bersama isterinya, Siti Rubiah mesra dengan anak pertama mereka Puteri Sarah di Kuala Lumpur semalam.

Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan Melayu Mohd. Izmeet Iskandar, 30, dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21.

Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia ialah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini.

Mohd. Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia pergi dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya.

Katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hinggakan terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah ialah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selepas kejadian itu, menurut Mohd. Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit kulit atau genetik yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani satu ujian khas, sememangnya anak comel tersebut didapati normal.

Sumber: email

Note: Rejeki dapat anak comel and cantik kan. Parents biasa jer rupa...kuasa allah ☺☺☺



You Might Also Like

11 komen

  1. memang comel weii...tulah tu...kuasa Allah

    ReplyDelete
  2. kuasa Allah s.w.t kan ... comel puteri sarah..

    ReplyDelete
  3. heheh...terkenan ke tu...kot2 time pregnatn ligat tengok cerita mat salleh kat tv ke...hehehee

    ReplyDelete
  4. Allah Maha Besar..ni mcam dah kira ajaib ni..

    ReplyDelete
  5. itulah yg dikatakan kuasa Allah kan...

    ReplyDelete
  6. menarik jugak tu.. nak tanya mamat ni lah.. apa rahsia anda ??

    ReplyDelete
  7. masyaAllah bestnya. mmg mcm anak matsalih anak dia.
    putih blonde semua cukup la.
    memang rezeki mereka.
    jiranku dulu ada cmtu tp takde la putih blonde bagai
    meaning makpak dia biasa tp anak2 dia yg perempuan cantik sgt anak lelaki hensem sangat. nasib ai db kawin kalau tak mau gatai tetiba muahaha

    ReplyDelete
  8. bestnya...
    agak2 kalo anak i kuar muka camni, org argue x?

    *cheh..bajet mka mat saleh lak aku

    ReplyDelete
  9. memang pelik dan ajaib, apa-apa pun semuanya kuasa Allah

    ReplyDelete
  10. comelnyaa anak dia.... Allah maha besar...

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page