Selepas Hampir 2 Jam Terperangkap Dalam Kereta, Bayi 7 Bulan Berjaya Di selamatkan

Friday, October 07, 2011

Sapa tengok Buletin Utama malam tadi? What say you? Apa yang aku bley katakan, ibu nih cuai. macam mana bley tinggalkan baby dalam kerata. Kot yer pon tergesa², amiklah baby tu dulu. Pastu kenapa nak tunggu masa yang lama nak selamatkan anak? Pecah kan jer lah cermin kereta tu. Hanya ibu tu jer yang bley jawab. Kesian kat baby tu. Menangis² dalam kereta. Alhamdulillah...baby tu tak apa².


Cerita dari Portal TV3

Seorang bayi terperangkap dalam sebuah kereta selepas ibunya tergesa-gesa meninggalkan kereta untuk mengambil seorang lagi anaknya yang belajar di tahun dua Sekolah Rendah Pendidikan Islam Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Ibu muda yang hanya mahu dikenali sebagai Zurina, datang ke sekolah ini bersama bayinya, Fawdah.

Sebaik masuk ke kawasan sekolah, tanpa disedari kenderaan ini terkunci secara automatik.

Akibatnya bayi terperangkap dalam kenderaan berhawa dingin dan enjinnya masih hidup.

Menyedari kejadian itu pelbagai pihak termasuk guru dan orang ramai cuba membantu membuka pintu kenderaan tapi gagal.

Berikutan itu, seorang pekerja syarikat milik suami wanita ini bergegas ke Pelabuhan Kuantan untuk mengambil kunci pendua.

Bayi berjaya diselamatkan selepas hampir dua jam terperangkap.

Peringatan untuk diri sendiri dan ibu² di luar sana. Tolonglahhhhhh...jangan tinggalkan anak dalam kereta yer.

You Might Also Like

24 comments

  1. sib baik kete aku tak berapa nak canggih...tiada auto lock...kalu ada ginilah...nak pecahkan cermin sayang...sob sob...trauma budak tu agaknya...

    ReplyDelete
  2. betul2
    peringatan kepada semua ibu bapa

    ReplyDelete
  3. sayang duit..sanggup x nak pecahkan cermin kete

    ReplyDelete
  4. 2 jam??2jam??syg kereta dari syg anak!

    ReplyDelete
  5. salam kenal.

    masa akak ada anak kecik dulu mmg teruk.Sebab setiap kali keluar kereta, angkut baby kuar sama. lotih. tapi insyalllah selamat.

    ReplyDelete
  6. Cuai..dorang ni x serik! Skrg ni macam2 benda xelok leh jadi, ni baru terperangkap, buatnya kena culik ke ape ke... Sia2 je~

    ReplyDelete
  7. selalunya sy bukak tingkap sikit bila nak kuar amik anak kat car seat sblh pemandu...risau keadaan camni la...

    ReplyDelete
  8. sgt setuju!!!!

    jgn la sesekali tinggalkan dalam keadaan mcm tu..kesian kat anak!!

    ReplyDelete
  9. bahaya betul..nasib baik xde pape jadi kat baby tuh

    ReplyDelete
  10. isk..tu lah..lebih sayang kereta dari anak ke? isk..peringatan untuk diri sendiri yg suka tinggalkan anak dlm kereta sekejap..isk...isk

    ReplyDelete
  11. Sy tak penah berani tglkan anak sorang2 dlm kete. Mmg takkan berani!

    ReplyDelete
  12. dulu masa syahmi kecik pun pernah jadi camni...nsb le ada jiran tlg umpil pintu kete..tak leh nk buat apa..biarlah kete rosak skt asal anak selamat..huhuhu

    ReplyDelete
  13. iye..kalu has pun pecahkan aja.. 7 jam tu lama!!

    ReplyDelete
  14. KALAU SAYA, DAH PECAHKAN DULU CERMIN KERETA... CERMIN BOLEH DIGANTI, NYAWA TIDAK BOLEH...

    ReplyDelete
  15. beraninya tinggalkan baby dlm kereta tanpa pengawasan.. memang cuai sikap mcm ni... x harus dicontohi oleh semua ibu2 @ bapa2..

    ReplyDelete
  16. peringatan utk aju jugak, slalu tinggal budak2 bertiga tu dlm kete, suh kakak sulung tu kunci dari dlm, nak bwk semua keluar mmg risau diorg berlari tak tentu arah

    ReplyDelete
  17. dahla 2 jam..nape tak pecahkan tingkap ye?

    ReplyDelete
  18. Tu la, 1st thing on my mind lps tgk berita tu- nape tak pecahkan je cermin kete? Syg kete kot;p sebbaik baby dia tak apape..

    ReplyDelete
  19. inilah namanya sayang kereta lebih dari saya anak..ish..ish..ish..

    ReplyDelete
  20. adoi ape la perangai.. lebih sayangkan kete dari anak? perghh! geramnyer aku

    ReplyDelete
  21. ya allah seb beik la mesia nih takde tahap panas smpai 40darjah. kes cuai mcm nih byk berlaku even smpai mati pon, dulu aku rasa bende2 mcm nih mmg cuai sgt tp bila aku jadik mak nih & byk bende aku buat & tercuai bg aku kes nih bleh jadik kt sapa cuma mcm kata ko lah

    APESAL TAK PECAH KAN AJE CERMIN KETE????? kalu budak tu nangis smpai tersedak tecekik patu mati??? hishhhhhhh

    ReplyDelete
  22. ku pun heran,syg sgt dgn keta sampai tak sanggup nak pecahkan cermin tu..pertaruhkan nyawa anak lagi..eeee

    ReplyDelete
  23. sy tgk berita ni br ni.. sian kat ank dia.. nasib xda pe2..

    ReplyDelete
  24. sy nk tggl smnit dlm kete pon tkut..mmg husband dh pesan sbb kete auto lock gini bahaya..

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive