Dua bayi mati tersedak susu di pusat asuhan

Friday, January 20, 2012

KELUARGA dan sahabat salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki dari sebuah pusat asuhan maut dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh mereka di Taman Pertama, Ampang dekat sini, tengah hari semalam.

Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan petugas pusat asuhan terbabit ke sebuah poliklinik di Taman Permata sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Bapa Muzaffar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di Kedah kerana urusan kerja sebelum bergegas pulang ke ibu negara selepas dihubungi isterinya pada jam 2.45 petang berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga.

“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama.

“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya.
Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini.

Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu.

“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengenalpasti punca kematian

Source: BH Online

Note: Ya! Allah...sedihnya bila baca cerita² macam nih. Ingatkan dah tak der lagi kes² macam nih. 2 bayi serentak plak tu tersedak susu. Semoga anak² kita yg berada di Nursery/Pengasuh akan sentiasa berada di bawah lindunganNYA. Takziah kepada parents bayi² ni.



You Might Also Like

19 comments

  1. ya allah sedihnya saya..tk dpt nk gmbrkan perasaan parent budak2 tu..moga anak kita dilindungi ALLAH swt..

    ReplyDelete
  2. betulll...
    takut dengar cerita macamni...

    lagi takut sebab saya berpengalaman keje kat taska..Selalu alami detik2 suspend!

    cukupla sekali keje kat taska....

    ReplyDelete
  3. Ya Allah.. kesiannya dkt family arwah bay tu... mesti sedih yg amatkan..

    alhamdulillah jugak saya diberi peluang olehNYA untuk jaga anak sendiri... mintak2 dijauhkanlah dari semua ni

    ReplyDelete
  4. seram betul bila dengar berita camni~sekali 2 orang plak tu~ada nursery yang bagi susu guna puting besar sebab malas nak tunggu lama.sebab tu kadang2 tersedak.pastu ada nurseri yang 1 orang jaga sampai 4-5 orang baby~~mana boleh~~haih~

    ReplyDelete
  5. adehh...buat aku penasaran jek weii...
    terus teringat kat anak2...moga anak2 dijauhkan dari perkara2 yang tidak diingini...

    ReplyDelete
  6. Ada sesetengah suara akan kata, sedak susu tu adalah sebab tibanya ajal bayi tu...

    Kehendak Allah, tiada siapa dpt tebak kan?

    ReplyDelete
  7. semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini, memang terkejut dgr berita ni kan fiza, smg anak2 kita dipelihara Allah

    ReplyDelete
  8. aku tak boleh dengar la kes mcm ni...aku sedih sgt!! harap pihak taska lebih berhati2 lepas ni....

    ReplyDelete
  9. hm..kene jage baby sendiri la mcm ni...org len jage x safety kot..

    ReplyDelete
  10. takziah..sedihnya kan..terkejut dengar berita pagi tadi..jgnla jadi lagi benda macam ni..jauhkan lah kita dr benda2 mcm ni..

    ReplyDelete
  11. ya Allah sedihnye...xleh bayangkn perasaan ibu bapa die..makin takut sye d watnye..berdoa pd Allah agar d jauhkn dr sume ni..

    ReplyDelete
  12. aku xbleh la baca berita mcm nih. sedih & stress. bg aku

    ReplyDelete
  13. takutnyer..dahla marina tengah dok mencari taska utk baby bakal lahir ni..

    ReplyDelete
  14. TU LA.. 2 ORANG SEKALI PLAK TU..

    ReplyDelete
  15. aduhhh x daya nak baca kes nie dikk
    sedih sgt2 ..
    entah apeee lah pengasuh tadika tuu buat
    leka sgt ke ??
    masalahnyeee sampai 2 org
    x pernah jadi macam nie , dlm 1 hari 2 nyawa bb yg x berdosa pergi .. huhuhu

    ReplyDelete
  16. kesian kan.. perlunya pihak pengasih yang d beri tgjawab utk mengambil berat isu ini

    ReplyDelete
  17. sedih sangat!!!
    harap anak2 kita dilindungi Allah....

    ReplyDelete
  18. Sedih, takut, risau dan marah semuanya ada bila baca citer ni. Moga anak-anak kita yang ada kat Nurseri akan selamat.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive