Berpantang Sendiri Bersama Set Berpantang SHAKLEE

Thursday, September 27, 2012


Tu dia. Tajuk sikit punya panjang. Ada dua cerita dalam satu entry. Boleh lah kan.Pengalaman bersalin anak ketiga tak citer lagi kan. Tapi tak per lah. Nanti² bley citer. Ni nak citer pasal set berpantang dulu. Atas permintaan Ina @ Intan Berlian dan untuk mommy wanna be juga Biasalah kan. Ibu² mengandung ni memang payah nak memilih set bersalin mana. Rambang mata gamaknya. Banyak sangat pilihan...hehehehe...


Masa pregnant aritu saya ada buat entry pasal Set Bersalin. Ada beberapa pilihan. Dan last² saya pilih untuk mencuba Confinement set Shaklee nih. Bukan apa, masa anak 1st dulu pakai set bersalin AMWAY, tapi sayang sangat sebab tak pakai semua pon barang dalam tu. Saya ni plak jenis culas. Macam rugi jer dgn barang² yang tak pakai tu. At least kalau vitamin ni makan lah jugak even kekadang skip >_<. Untuk anak ketiga ni plak berpantang sendiri jer. Mak cuma jaga seminggu. Nak berpantang kat umah mak tak boleh sebab kimi sekolah. Nak tak nak terpaksa lah pantang sendirian berhad.Tapi ditemani KakNgah saya lah.

Ok...berbalik kepada cerita. Memang best lah makan produk shaklee nih. Mungkin sebab serasi dengan saya kot. Badan memang tak rasa letih langsung. Tidur lewat bangun cepat pon tak per. Memang tak der rasa mengantuk dan penat. Rasa cergas. Tak der rupa macam orang baru lepas bersalin pon. Luka jahit kat bawah tu pon cepat baik. Mungkin sebab jahit pon tak banyak kot. Buat kerja rumah, kemas rumah, basuh baju *mesin yg basuh lah, aku letak baju jer..haha..*, sidai baju dan masak lauk berpantang. Orang dalam rumah tu pon terpaksalah makan lauk dalam pantang gak kan. Perghhhhh...ko nampak tak. Orang baru lepas bersalin buat semua kerja rumah tu. Apa? Tak percaya? Silalah percaya. 

Dalam pantang memang saya seorang yang active. Hari ke 20 saya dah start driving sebab nak amik anak kat sekolah. Kekadang gi kedai sebab nak beli barang² untuk masak. Kalau qahirah tido, berdesup lah saya ke sekolah kimi. Kalau qahirah bangun, terpaksalah bawak anak dara tu skali. Naik tangga turun tangga mak noks dengan dukung anak dara tu. Nampak tak...nampak tak...dalam pantang dah dukung anak yg belum 2 tahun tu. Berpantang kali ni sangat mencabar sebab saya kena jaga qahirah. Kenapa tak hantar nursery? Haaaaa....sebab anak ku itu kena KUDIS BUTA. Hutang lagi citer tu. Nanti² saya citer yer. Ingatkan boleh lah berpantang dengan aman damai. Tapi sebaliknya. Ada hikmah disebaliknya tu.



Dah nampak kan kelebihan confinement set SHAKLEE nih. Serious...memang saya tak rasa letih. Bab susu badan pulak. Alhamdulillah...susu memang meriah. Baby pon tak der kena jaundices.


Set bersalin Shaklee ni ada 2 jenis. Satu untuk trial set yang penggunaannya selama 40 hari. Harga plak RM100.00. Satu set lagi boleh tahan sampai 4 bulan. Harga plak RM225. Ni harga promotion termasuk pos tau. Kalau tak harganya RM270. Kena pandai cari dealer dan pandai survey harga. Ada yang jual murah dan ada yang jual mahal. Saya beli dulu dengan Farah @ Mommy Iskandar Sampai hari ni confinement set tu ada lagi. Masih belum habis. *Nampak sangat ko ni culas makan ubat fiza oooiiiii...hehehe...*

Owh ya..set ni ada 4 jenis supplement. Vitamin B, Vitamin C, Multivitamin dan Zinc.Kalau nak tau lebih lanjut, bley klik kat link tu. Harap² info ni bley membantu ina yer dan juga ibu² yang tengah pening nak pilih set bersalin yang mana satu. Pilihan ditangan anda.

Note: Bila berpantang sendiri nih, memula jer ikut pantang. Lama²...langgar pantang larang. Tak der orang nak pantau...hahaha...



You Might Also Like

23 comments

  1. mak aih...tgh pantang dukung qahirah?? cmne tuu??

    sy masa menyusu dulu pun mkn shaklee...ok la..susu meriah...

    ReplyDelete
  2. macam best je.. sy teringin nak guna.. tu yg tanya harga n mana nak dpt... bkn pe, saya ada gtau hubby baru ni, tp hubby pulak cakap, kalau kita masuk duit tu, comfirm ke blh dpt... dgn kata lain, hubby takut tertipulah kan...

    so, hubby suh tanya kengkawan psl dorg beli dkt mana or dgn sape...

    thanks tau fiza... ;-)

    ReplyDelete
  3. mcm best jgk shaklee nie...nti kalo nak tahu lbh lanjut tnya akak boleh, sal experiance akak mkn shaklee nie..skrg masih awal..

    ReplyDelete
  4. Saya pun bercadang nak ambik shaklee untuk pantang kali ni. La ni pun dah start supplement shaklee untuk ibu mengandung.

    ReplyDelete
  5. biasalah kalau produk tu mahal hasilnya berbaloi.
    pantang sendiri mmg nak kena kuat semangat..kalau lemah mau semua kelaut hehe

    ReplyDelete
  6. shaklee ni ok jugak kan...sy makan set skincare..amik trial pack je rm70 + ESP..tak hbs makan lg da ngandong..

    ari tu orderkan set besalin tok akk ipar..rm370 ada 6 jenis vit kot..sepupu sy pun agen shaklee..belikat die je..

    ReplyDelete
  7. Sy tak consume ape2 set pun ms confinement dulu....cume adelah jamu2 yg basic...mane tau if got 2nd nanti, ley try...

    ReplyDelete
  8. meh nak bisik, kita langsung tak guna ape2 set bersalin. gamble sendiri... dasyat kan.. hahaha

    ReplyDelete
  9. salam fiza,
    kita pun tak tau nak pilih set mana lagi..kena check kocek dulu ler baru leh pilih..skang set confiment semua mahai2..huhu..lom tukang urut lagi..mau duk umah kopak...

    ReplyDelete
  10. same la kite Fiza, sy pon mkn set pantang ni gak...anak tk kn kuning...tp sy tak seaktif Fiza la...mang best.

    ReplyDelete
  11. thanks for the tips.

    amaze bab leh driving hari ke-20 tuh. fuuuh...bagus:)

    ReplyDelete
  12. bagus gak eh set bersalin shaklee ni..tp k dee amik afiat je..dua2 anak operation..dua2 anak k dee berpantang sendiri..seminggu je kakak jaga..pastu balik rumah sendiri..semua pun buat sendiri..tp k dee sgt berdisiplin..44 hari tulah berkain batik, berstokin, x keluar rumah..walau berpantang sorang2..sbb badan nak pakai lama..jgn sok umur baru 40 dah sakit sini sana..teruskanlah mkn ubat tu tau..jgn culas2..

    ReplyDelete
  13. amie aritu guna cecampur je fiza. dah tak dan dah nak beli set bersalin. tp pantang sendiri jugak sebab adik ipar kawen jadik kena pindh umah sendiri. hari ke 15 je dah kena berperang dengan anak bujang haku kat rumah sendiri. pengsan!bilik nak jadik bilik pengantin..huhu..qaira kena kudis buta?...adoi takutnya dengor.!

    ReplyDelete
  14. ramai yg cuba produk ni.. ramai kata berkesan...

    ReplyDelete
  15. kalau berpantang guna set shaklee, set jamu macam salindah or nona roguy tu mmg x ambil langsung ke?

    ReplyDelete
  16. nak tanya..kalau dah berpantang dgn set bersalin shaklee ni, set jamu macam salindah n nona roguy xperlu ambil dah ke?
    mintak sgt reply kt komen ni sbb komen yg saya post td tu xkan hantar feedback ke email..salah step..hehe
    tq utk reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy amik set bersalin shaklee je dlu. Sempat mkn jamu 2biji je pastu stop sbb baby kene kuning. Pas mkn shaklee,da xmkn jamu lain.heheh

      Delete
  17. saya dulu masa lahirkan qisya sgtla seksa..kira saya paling xsuka masa berpantang coz letih, rimas, sakit2 n rasa xbermaya je..masa tu xjumpa shaklee lg..tp after keguguran hari tu, saya tekad cuba shaklee pas tgk cousin saya dok promote kt fb. alhamdulillah, rasa sgt best. saya paling suka vita c, dan ostematrix. coz osteamtrix ni bt sakit2 badan saya hilang ;)

    if nak tahu lebih lanjut tentang shaklee boleh tgk sini. saya dh jd distributor skrg.hihi. 013-353 2798

    http://qissmemummyhealthy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. Sy pun jatuh cinta dgn shaklee bermula dgn set bersalin shaklee. Alhamdulillah,mmg btl rase sihat waktu pantang. Skang dah jd distributer gk. Selalu promote kat kwn2 cuba yg trial set rm 100. Moga dpt mmbantu kwn2 yg lain. Blh hubungi sy 019-2876484 or bace review sy ttg set bersalin shaklee di

    http://healthlovepray.blogspot.com

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive