JODOH ada tiga jenis??? Buatlah pilihan yang tepat

Thursday, September 13, 2012


Info yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Terutama buat yang sedang bercinta dan yang sedang mencari cinta. Untuk yang dah berkahwin pon boleh juga kot. Renung² kan lah.

JODOH ada tiga jenis:

Jodoh dari Syaitan

berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah...

- Jangan lah terjebak dengan yang ini.


Jodoh dari Jin

berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah...

- Tolonglah...Kalau rasa diri tu bertepuk sebelah tangan, carilah yang lain. Tak perlulah nak usaha utk dapatkan juga. Kalau bujang tak per, kalau suami orang? Tak ker menderita dibuatnya. Jawab lah diakhirat kelak. Dan jangan lah terlalu taksub dengan pasangan sampai menjadikan pasangan cinta nombor satu. Jadikanlah Allah cinta nombor satu kita.

Jodoh dari Allah

cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA...

- Ini adalah yang terbaik.

Jodoh dan pertemuan itu ditangan allah. Kalau nak mencari jodoh, carilah khalifah yang boleh membimbing kita dan anak² didunia dan akhirat. Kalau dapat lelaki yang bertanggungjawab dan beriman...alhaamdulillah. Tapi kalau dapat yang sebaliknya, hanya DIA yang maha mengetahui.Istikharah lah dalam mencari jodoh.

Menyesal dengan jodoh yang bermasalah? Jangan sekali² cakap kita menyesal dengan perkahwinan itu. Kerana jodoh itu telah ditentukan olehNYA. Kalau kita menyesal bermakna kita tak percaya pada Allah. Berdosa. (Seperti yg diperkatakan oleh ustaz/ustazah, lupa dlm rancangan apa).

Dan Ingat, Binalah kebahagiaan anda sendiri. Jangan bina kebahagiaan diatas kesedihan, penderitaan dan kesengaraan orang lain. Harga sebuah kebahagiaan takkan pernah mampu dibeli dengan melukakan hati orang lain. what goes around comes around...ingat tu. Erk...mcm dah lari tajuk pulok...hahahaha...

Note: Ini adalah info  dan nasihat. Harap maklum yer. Sentap erk!!!



You Might Also Like

20 komen

  1. mau jodoh dari Allah..Insya-Allah :)

    ReplyDelete
  2. moga jodoh kita seme berkekalan insyaAllah..nape yg akak note dkt c2 mcm sedih jer bunyinya..

    ReplyDelete
  3. ada satu filem yg citer psl ni.. klu xsilap filem "syurga cinta"..

    ReplyDelete
  4. Adakah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat ini Fiza?

    Semoga semuanya akan baik-baik saja dan semoga Allah melimpahkan rahmat buat kita dan keluarga. Amin.

    ReplyDelete
  5. sabar ye fiza.. walau apa pun berlaku semoga fiza tabah n harap ianya adalah yg terbaik utk fiza...

    ReplyDelete
  6. Allah will always with you..mungkin dia mudah melupakanmu..tapi DIA tidak..maka lebihkan la cinta padaNya dari cinta kepada si dia..

    ReplyDelete
  7. moga dipermudahkan segalanya buat fiza ye

    moga kita semua mendapat jodoh yg terbaik dari Nya

    ReplyDelete
  8. SAYA MACAM FAHAM SITUASI AWAK SEKARANG.. TAPI ERM... ENTAH, TAK PASTILAH..

    ReplyDelete
  9. Salam singgah & follow....kalau sudi jenguklah ke blog saya di http://shumie-dz.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. wah..wah..entry yang sangat bagus bagi mereka yang belum ada jodoh..;D

    ReplyDelete
  11. sabar ye nok! moga ko terus ceria mcm selalu key!

    ReplyDelete
  12. insyaallah dikk
    semoga allah sentiasa bersama fiza untuk membuat keputusan
    hanya diri kita yg memahami
    kita redha dgn apa jua yg tertulis ..
    semoga ada jalan buat mu dik

    kita sama2 berdoa ..

    ReplyDelete
  13. Pernah terbaca or maybe terdengar kat mana entah. Lupa pulak

    ReplyDelete
  14. sabar dan redha yer dgn apa yg berlaku....walaupun wani xtau apa yg berlaku tp nampak sedih jer baca entry ni

    ReplyDelete
  15. Nice entry...:)

    Bg sy jodoh ni mcm rezeki. Ada jodoh, ada la, xde jodoh, xdela..:)

    Dan bg sy jugak jodoh ni bukan MILIK KITA, tapi MILIK ALLAH. Dan bila namanya MILIK ALLAH. Siapalah kita nak memunyakan sesuatu yg bukan milik kita kan?

    Dlm dunia ni kita tak miliki apa2 selain Allah. Semuanya anugerah yg Allah pinjamkan sementara je.

    Semoga sentiasa REDHA DAN IKHLAS KERANA ITULAH ISLAM YG SEBENAR. InsyaAllah hati akan jauh lebih tenang bila mana muslimah sejati ada dlm diri. :)

    ReplyDelete
  16. Untuk adik2 yg suka baca pages islam pun hati2... ^_^ memang postingannya menakjubkan tapi realitanya betul tidak...

    Cek disini pun bisa

    http://alhikmah-diari.blogspot.com/2009/07/3-jenis-jodoh-dari-filem-syurga-cinta.html?m=1


    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page